BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kematian Aina: Peraturan gila apa ini, Pak Lah?

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
Saya merujuk kes kematian anak tahanan ISA, Aina Mardiah Shahrial. Menyirap darah saya bila dapat tahu pihak Cawangan Khas dan Kem Tahanan Kamunting sengaja melengah-lengahkan perjalanan pulang Shahrial yang sudah ditahan tujuh tahun, hingga menyebabkan si bapa yang malang itu tidak dapat menemui anaknya yang terlantar di Hospital Kajang.


Kita mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan mengapa tahanan ISA itu begitu sukar untuk melawat anaknya yang sedang koma itu? Apa prosedur yang menghalang KDN memberikan kelulusan secepat mungkin selepas mendapat makluman bahawa Aina Mardiah dalam keadaan tenat?
Peraturan gila apa yang menyebabkan Shahrial begitu sukar untuk balik segera walaupun pihak Kemta sudah dimaklumkan sejak petang Rabu lagi? Apakah semuanya kena mendapat perkenan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar sebelum tahanan Kamunting boleh menziarahi anaknya yang berada dalam keadaan cukup kritikal?

Lebih menyakitkan hati saya apabila pihak SB melakukan pembohongan apabila memaklumkan kepada keluarga Almarhumah Aina bahawa Shahrial bertolak dari Kamunting pada jam 1 tengahari, dan sepatutnya boleh tiba di Kajang lebih kurang jam 5-6 petang. Ironisnya, Aina menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 6.20 petang dan bapanya hanya tiba jam 9.40 malam.

Dari Detikdaily
 
pasal ISA zalim ni takde totok umno yg nak ulas ke? kah3
bela Melayu konon kah3
 
kodi gampang ada la kut nak bela, kekeke
 
siut!!! sampai camni skali!! kejam !!
 
dorang ni mmg dh melampau la..makin benci aku ngan kerajaan nie..:mad: :mad:
 
al-fatihah buat arwah..n kepada mereka yang telah berlaku kejam kepada keluarga beliau yang telah sngaja melewat2kn proses kebenaran pulang ayah arwah..bersedialah kalian menerima pembalasan....ya allah,selamatkanlah kami umat islam di malaysia ya allah..amin
 
Back
Top
Log in Register