KETENGAH JAYA - “Saya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas guru wanita yang memukul anak saya agar kes ini menjadi pengajaran kepada semua," kata Nurul Fadila Mohd, 27, ibu kepada adik Ahmad Fairuz Daniel Mohd Fauzi, 9, murid tahun tiga yang dipukul guru wanita dengan kasut.
Nurul Fadila berkata, sebagai ibu, dia amat sedih dengan kejadian tersebut kerana seorang guru yang sering digambarkan mempunyai sifat kasih sayang tidak sepatutnya memukul seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan kasut.
Menurutnya, dia juga kesal kerana sejak peristiwa itu, guru atau ahli keluarga guru berkenaan tidak berjumpa dengannya bagi menyelesaikan perkara itu.
Sehingga kini difahamkan, pihak berkenaan masih belum mengambil tindakan disiplin terhadap guru terbabit, biarpun laporan polis sudah dibuat ke atas suspek yang difahamkan mengajar di kawasan berkenaan.
Ibu kepada dua anak itu berkata, sejak peristiwa itu, emosi anak sulungnya yang turut menghidap penyakit buah pinggang terjejas dan enggan meneruskan persekolahan.
“Anak saya minta ditukarkan ke sekolah lain dan tidak mahu ke sekolah itu sekiranya guru wanita berkenaan masih lagi mengajar di sekolah tersebut.
“Sejak kejadian itu, dia kini jadi takut, tak banyak bercakap, kesihatannya juga mungkin terjejas kerana sebelum ini dia sering keluar masuk wad untuk menerima rawatan atas penyakit dialaminya itu," katanya.
Oleh itu, dia berharap agar pihak jabatan memberi perhatian terhadap isu ini untuk memberi pengajaran kepada semua guru agar bertindak rasional sekiranya ingin menghukum murid.
Dalam kejadian minggu lalu, Ahmad Fairuz Daniel didakwa dipukul seorang guru wanita menggunakan kasut selain ditumbuk di bahagian perut.
Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek apabila wujud salah faham antara mangsa dengan anak lelaki guru wanita tersebut.
Akibat kejadian itu, mangsa yang sebelum ini pernah dimasukkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan Hospital Kemaman akibat penyakit buah pinggang, mengalami kecederaan di bahagian muka selain sakit di bahagian perut.
Satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Ketengah Jaya berkaitan kejadian tersebut.
ye ke? takde tambah perasa ke dalam cita dia? takyah hantar anak gi sekolah le.. aku dulu berbirat punggung kena rotan.. mulut kena cili.. time sekolah menengah lak kena hukum gali lubang sampah guna cangkul..dah macam kolam lak lubang tu...relak je..takde pun nak report kat bapak.. kalau report pun kena tambah lauk adalah..
ye ke? takde tambah perasa ke dalam cita dia? takyah hantar anak gi sekolah le.. aku dulu berbirat punggung kena rotan.. mulut kena cili.. time sekolah menengah lak kena hukum gali lubang sampah guna cangkul..dah macam kolam lak lubang tu...relak je..takde pun nak report kat bapak.. kalau report pun kena tambah lauk adalah..
Kan? Tak berani nk gtau mak ayah...
Anak2 akk pun x pnh blk ngadu kalau kena denda ke, kena rotan kat tgn ke....sbb dia tau mak dia ni x akan percaya 100% dia kena tanpa buat salah.....
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE