KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memutuskan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) tidak mempunyai kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Hakim Datuk Zaleha Yusuf turut membenarkan syarikat pengendali kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Beta Tegap Sdn Bhd memasang kamera AES di dua lebuh raya itu.
Hakim Zaleha berkata Plus dan SKVE berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.
Pada 19 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Beta Tegap bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan MPS yang difailkan 12 Disember lepas.
Dalam permohonan itu, Beta Tegap mendakwa MPS, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 November tahun lepas, memutuskan syarikat berkenaan perlu memohon kebenaran untuk memasang tiang dan kamera AES di Kilometer 301.7 Lebuhraya Utara Selatan dan Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan, kedua-duanya di Dengkil, Sepang.
persolan nya adakah semua R&R, petrol pump kat higway tak membayar cukai pintu/cukai tanah dan lesen perniagaan dari PBT,, sebab hakim kata PBT tk ada kuasa keatas lebuhraya.. kalau ya mmg jahanm la nampaknya sebab semua tempat tu bermatlamtkan keuntungan
__________________ So, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas,.. kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas :)
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE