BTC USD 80,465.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kearah Negara Kapitalis? AKAN HENTIKAN Ubat, rakyat tanggung kos sendiri..????

tangkisan

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
7,998
Joined
Dec 12, 2010
Messages
7,998
Reaction score
415
Points
81

Kearah Negara Kapitalis?
Kerajaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri..????


sakit.jpg



PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.

“Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

“Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.

“Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.

“Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah,” katanya.

Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.

Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang. -KD


Yahya_1_300x169.jpg



SATU LAGI KEJAYAAN PEKEMBAR DALAM MENJAGA RAKYAT...
TERBUKTI KINI...
RAKYAT DIBAHULUKAN...

TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI PENGUNDI PEKEMBAR UNION...



​
 
Last edited:
Meniaga dengan rakyat memang untung. Contoh mudah, untuk mendapatkan rebet telefon 3G, rakyat dipaksa melanggan perkhidmatan internet walaupun kat rumah cuma ada 2G.. Siapa yang untung...
 
perubatan adalah PERNIAGAAN...kahkahkah

mana ada org yg X PERNAH SAKIT...tu pasal untung gile buat bisness ubat...

sama mcm air laa...mana boleh mesia x ada hujan dalam masa setahun...hari2 hujan...untung gile buat bisness air hujan ni...kahkahkah

sama mcm pendidikan laa...mana ada budak2 yg x kan masuk U...MESTI masuk punya laa walaupon dunggung...tu pasal pekenalkan PTPTN utk budak dunggu dapat belajar sambil2 untungkan bisness KRONI...kahkahkah

sama mcm SAMAN AES...mana ada org yg x speed di highway2...mesti SPEED punya walaupon jalan lengang...tu pasal kene buat AES utk saman rakyatt sepanjang hayat sambil2 kayakan kroni...kahkahkah
 
punya la byk rebit umno bagi...tiba2 yg lain pulak kene tarik...kahkahkah

sapa yg nak sgt rebit tu mesti menyesal sekarang...rm200 utk kau rm 1.2 billion utk umno...kahkahkah
 
Nampaknya jika perkara ini berjaya dilaksanakan maka bertambahlah beban dan tertekanlah golongan yang berpendatan rendah dan bertambahlah lagi golongan rakyat mengalami stress kerana segala-galanya perlu dibayar perkhidmatannya.
 
perubatan adalah PERNIAGAAN...kahkahkah

mana ada org yg X PERNAH SAKIT...tu pasal untung gile buat bisness ubat...

sama mcm air laa...mana boleh mesia x ada hujan dalam masa setahun...hari2 hujan...untung gile buat bisness air hujan ni...kahkahkah

sama mcm pendidikan laa...mana ada budak2 yg x kan masuk U...MESTI masuk punya laa walaupon dunggung...tu pasal pekenalkan PTPTN utk budak dunggu dapat belajar sambil2 untungkan bisness KRONI...kahkahkah

sama mcm SAMAN AES...mana ada org yg x speed di highway2...mesti SPEED punya walaupon jalan lengang...tu pasal kene buat AES utk saman rakyatt sepanjang hayat sambil2 kayakan kroni...kahkahkah

sokong :)paid :)cgrock
 
jgn risau,,,banyak penyokong umno pun x suka berita ni,,
 
untung la farmasi,lepas ni harga ubat adalah harga barang kawalan sama mcm harga ayam... :)
 
baru tahu ke? ha ha ha.
aku dah lama tahu.ura2 dgr start aku masuk keje dlm KKM ni.skrg ni pun dimulakan sikit dah bermula ngan label hrga kat ubat yg korang dpt bila dtg klinik.

xpe,rakyat bising jap je.lama2 okla.
sama mcm insuran kenderaan,bila semua yg ada kereta wajib ada insuran,korang tgk apa syk insurans buat kat kita skrg? sesuka hati kpla bapak dia nak main harga insurans.
itu yg moto cabuk market value x smpai seribu,tp insurans 200.

insurans kesihatan?tunggu jelah.
 
perubatan adalah PERNIAGAAN...kahkahkah

mana ada org yg X PERNAH SAKIT...tu pasal untung gile buat bisness ubat...

sama mcm air laa...mana boleh mesia x ada hujan dalam masa setahun...hari2 hujan...untung gile buat bisness air hujan ni...kahkahkah

sama mcm pendidikan laa...mana ada budak2 yg x kan masuk U...MESTI masuk punya laa walaupon dunggung...tu pasal pekenalkan PTPTN utk budak dunggu dapat belajar sambil2 untungkan bisness KRONI...kahkahkah

sama mcm SAMAN AES...mana ada org yg x speed di highway2...mesti SPEED punya walaupon jalan lengang...tu pasal kene buat AES utk saman rakyatt sepanjang hayat sambil2 kayakan kroni...kahkahkah

Ya betul!!!...... Ayat dan alasan nak klepek manis je tapi.... "Ada udang disebalik Mee"
 
Back
Top
Log in Register