perniagaan misteri yang sampai sekarang menjadi tanda tanya...
salam kawan2...
saja jer nak tanya kat anda, adakah pernah didatangi oleh kawan2 yang berborak pasal bisnes tapi taknak ceritakan bisnesnya.. kerjanya duduk melepak minum kopi tau2 duit masuk je.pening jugak memikir perniagaan apa yang mcmtu. ada ker perniagaan mcmtu??
pada hari selasa aritu ada seorang kawan ni ajak minum, sambil tu dia ajak kawan2 dia yang aku tak kenal langsung.. lpas tu cara cakap diorg ni aku agak mcm multilevel. pasal cerita semua nak gah tentang bisnes diorg ni, kata doktor joinlah, polis joinlah...senang cerita perniagaan diorg jer la yang bagus..
masaalahnya bila aku mintak ceritakan perniagaan apa yang diorang buat,diorg tknak pulak bagitau pasal semua tu akan tau bila saya ke opis diorg, pergh.. teringat plak kat lambeger masa dulu.. bayangkan sampai nak mintak tengok web diorg pun, boleh diorg kata cuma ahli yang dah join saja akan dapat bukak web tu.. bisnes apa yang sampai mcmtu skali.
kat sini aku nak tanya la klu ada siapa2 yang ada pengalaman atau dah pergi tengok bisnes ni.. klu ada blh la kongsikan, samaada untuk aku atau untuk org lain... pada aku perniagaan ni memang tak jelas, dan rasa bahaya pulak sampai bisnes nak rahsia2.
aku cuma nak tanya:-
1) bisnes apa yang lebih kurang lambeger ni??
2) betul ker bisnes ni dah ada lebih dari 10 tahun??
3) apa website company ni?
trademark diorg klu cerita pasal bisnes ni kebanyakkan diorng guna adalah " Lepak2 dapat duit"
update terbaru.. sesiapa yang berkeinginan jadi spy untuk maklumat ni sila pm aku.. nnty aku bagi id awek ni kat tagged siasat betul2 aku dah terlepas nak siasat,harap ada yang dapat membantu supaya perniagaan ni jadi telus... diulangi id awek tersebut akan diberi..
macam sedikit membantu...
tak real la nak rahsia2 senang sangt kantoi..
Quote:
Originally Posted by Aliko Labuan
Sy sgt yakin ni Steady Dynasty punya sykt. Dulu dia pakai nama Steady Global Network(SGN), kununnya mengedar brand Mcrean Oceanus. Trademark menari cap ayam (cken dance). Nak info lanjut taip saja SGN scam kat google.
Modus operandi akan suruh kamu loan hingga 30k kalu mau incom lebih..tu yg gov srvt nak join muka dia akan berseri2 coz sng nak uruskan loan.
I bukan ahli, tapi ada suku sakat trdekat yg join. Kesian gak coz beritau kat org yang nak dipancing join tu, biz/incom 5 angka tapi hakikatnya hanya ahli keluarga dia yang tau.
Nasihatku jangan join, coz bila join u trpaksa jadi 'penipu' nak suruh org join bawah u nanti. Kunun kereta, rumah mewah tapi buka table di kedai mamakpun kita yang bayar...duit juta2 dia tak disentuhpun hehe
Quote:
Originally Posted by fly2rich
aku ada pengalaman...Steay Global Network..SGN
Quote:
Originally Posted by agigas
Steady Global Network. Sebijik Modus Operandi yang ko cakap. Member baik aku ada join dan pernah ajak aku join sekali. Aku pernah pergi HQ depa dekat2 area Airport Sg Besi tu.
Masa mula2 3 4 kali ajak lepak minum, memang langsung xde cerita pasal SGN ni. Dia cuma akan pancing ko dengan cerita dah beli kereta baru, bawak famili pergi cuti2 @ umrah, buat bisnes sampai boleh benti keje...
Sampai akhirnya ko sendiri yang terpesona & nak tau apa yang dia buat..so dia akan tanya, "betul ke nak tau????"... baru dia akan bawak ko gi opis. So pada diorang, bukan diorang yang ajak...ko sendiri yang nak tau & minat.
Memang dgn 3k ko boleh join dah. Tapi itu permulaan, ko akan dipujuk untuk buat loan rm32k++ supaya boleh naik pangkat. Then macam mana nak dapat balik duit tu? Kene pujuk orang lain join & jadik downline ko lah ape lagi..
Masa aku kat HQ, Upline member aku tu cerita yang dia dah dapat rm16k sejak 6 bulan join. Masa tu aku xtau lagi pasal laon RM32k++ tu. Tapi bila dah balik umah & kumpul maklumat, maknanya rm16k tu belum la balik modal lagi...
Janjinya dalam 6bulan ko akan dibantu untuk dapat downline.. tapi banyak kes, lepas 6bulan, samada ko dapat downline ke tak...pandai2 la nak idup & carik orang.
Aku tak kata bisnes ni salah.. salah ke idak itu di tangan pihak berkuasa. Dan aku tak kata bisnes ni x boleh berjaya. tapi ko pikir2 la sendiri baik buruknye.
Dengan syukur aku dapat menolak untuk join even nampak macam molek2 belaka mulanya. Cuba cari kat internet kisah benar sorang mamat & 5 orang ahli keluarga join...last2 suma sekarang terpaksa join program pengurusan hutang AKPK..
rasanya 4 orang cakap pekara yang sama jugak.. SGN...
tapi masih carik jugak.. sapa nak jadi spy pm akan diberi id awek ni..
__________________ ORIGINAL!!! 365DAYS GUARANTEE!!! KASPERSKY INTERNET SECURITY 2013..call/sms 011-1995 4699
kalo dah sorok2 camtuh baik lupakan jer la....jual dadah pun tak sorok2 sampai camtuh skali
sebab tak puas hati tu yang tanya.. mana tau ada kawan2 yang dah pi opis tu ker... lagipun aku nak buktikan kat dia aku blh carik punya apa bisnes yang diorng buat tu..
__________________ ORIGINAL!!! 365DAYS GUARANTEE!!! KASPERSKY INTERNET SECURITY 2013..call/sms 011-1995 4699
tu la pasal bro..
tapi yang jumpa aku tu 2 org yang berlainan dan jauh antara dia 2 orang.. ingat tan mcm lambeger buat dlu... mcmne la stail diorg.. semua kene cite kat opis.. huhuhuhu
__________________ ORIGINAL!!! 365DAYS GUARANTEE!!! KASPERSKY INTERNET SECURITY 2013..call/sms 011-1995 4699
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE