Azwan Ali Akui Cukup Baran Dengan Sikap Dato`Fazley
Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 20 SEPT 2012: Produser dan pengacara, Azwan Ali akui pernah berkecil hati serta baran dengan sikap penyanyi dan tukang masak, Dato' Fazley Yaacob ketika mereka sama-sama berada di akhir-akhir program masakan Masterchef Selebriti Malaysia pertama dahulu.
Namun, Azwan Ali memberitahu dia tidak berniat untuk memanjangkan lagi isu tersebut, memandangkan Juara Masterchef Selebriti Malaysia itu sendiri sudah mengakui kesalahannya secara peribadi kepadanya.
"Terus-terang memang saya pernah mengamuk dan agak baran dengan Dato' Fazley kerana sikapnya yang telah melukakan hati saya ketika kami sama-sama dalam program masakan itu.
"Namun begitu, biarlah saya menyimpan sahaja punca yang menyebabkan saya menjadi terlalu marah dengan sikapnya itu kerana saya sendiri tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Lagipun, Fazley sendiri sudah mengakui kesalahannya serta meminta maaf secara peribadi kepada saya," katanya kepada murai.com.my
Menurut Azwan lagi, kini hubungannya bersama Dato' Fazley semakin baik dan dia sendiri kagum dengan sikap Fazley yang sangat merendah rendah serta menghormati dirinya.
"Rasa baran saya ini lama-lama terubat selepas melihat sikap dia (Fazley) yang bersungguh-sungguh untuk berbaik dnegan saya dan cuba menghormati saya sehingga tahap yang tertinggi.
"Itulah kelebihan Fazley berbanding artis-artis lain terutama artis yang pernah memounyai isu pergaduhan dengan saya.
"Kalau artis lain pasti tidak sepertinya, malah masih mahu menang serta bertengkar dnegan saya. Bagi saya sifat Fazley ini harus dicontohi oleh ramai artis di Malaysia," luah Azwan di majlis rumah terbukanya, malam semalam.
Bukti pendamaian mereka terlihat apabila Fazley sendiri datang ke rumah terbuka Azwan dengan membawa hadiah 2 biji kek. Selain Fazley rumah terbuka Azwan juga turut dihadiri oleh artis-artis lain seperti Aznil Nawawi, Anita Baharum, Johan Raja Lawak, Rosnah Mat Aris, Tomok, Raja Azmi, Ifa Raizah, Maria Farida, Roslan Shah, Iz Suliani, Chef Zam, Datin Noniswara, Angeline Tan, Mamat Sepah dan ramai lagi.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE