Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Info, Debate

Info, Debate Perkongsian info bermanfaat untuk semua. Perdebatan mengenai sesuatu isu. Semuanya di sini. NO OFFTOPIC.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 17,293
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 47,521
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 35,313
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 13-09-2012, 12:53 AM
Bro_Izantie Bro_Izantie is offline
Legendary Member

Bro_Izantie's Avatar
 
Trader Rating: (90)
Join Date: Mar 2009
Location: Setiawangsa KL
Posts: 16,506
Poster Rank: #114
Thanked 918 Times
Active Level
My Mood:
Lightbulb Sapa kata askar US terbaik di dunia? phuiii...komando ATM kita lagi kelas maaa....

Hye Mike , Never Underestimate..Our Capabilities


Untuk sesiapo yg tak berkonan fasal blog nei dok menceritokan fasal komando...tak payah lah nak buek porang saraf dengan Den yo...Dan cerito Den fasal komando ini memang tak habis-habis...Insyallah sehinggolah Den habis nyawo. Maleh Den nak layan atau nak sembang fasal isu ini lagi. Kali ini Den nak cerito fasal hal perilaku dan kepenakutan askar Australian SAS yang pernah buek latihan bersamo. Maaf cakap bukan Den nak memburukan mereko atau mano-mano askar-askar pasukan khusus orang putih nei yo. Selamo nie dalam perlbagai media,mereko ini selalu menceritokan akan kegahan dan keprofesionalan askar mereko. Jarang kito dongar cerito-cerito negatif fasal mereko. Perkaro ini menyebabkan mereko menjadi lobeh gah dan ia secara tidak langsung melotakkan minda askar kito pado kelas inferiority complex bilo bergaul dengan mereko...sogan tak tontu fasal dengan mereko. Perkaro ini tidak sepatutnyo berlaku. Sebenarnya dari sogi perasan, naluri dan citorasa mereko adolah manusio jugak macam kito, cumo kelobihan mereko mungkin dari sogi kelongkapan peralatan dan logistiknyo ajo .


Disobabkan bintang Den golap maso dalam komando dulu, mako dari mulo masuk komando sehinggolah Den berumor 34 tahun, Den cumo berkhidmat di dalam duo unit tempur sahajo. Iaitu 21 komando dan 11 RGK. Den tidak berpeluang untuk berkhidmat sebagai pegawai staf di luar komando seperti di Markas GGK atau di MINDEF atau dimano-mano pusat latihan yang menjadi kelaziman di dalam karier pegawai tentera. Walau bagaimanapun, ado baiknyo bondo tu berlaku pado Den , Disebobabkan lamo sangat dalam unit tempur mako Den selalu berpeluang untuk beroperasi , samo ado di Sempadan atau pun di Sarawak ataupun di luar negaro. Selain dari itu Den juga dapek menghaso bergaul dan terlibat dalam latihan dengan banyak pasukan khas luar negaro seperti US Marines, US Geren Beret, British SAS, Australian SAS, New Zealand SAS...dan Tentero Singapura Infantri. Hasilnyo banyaklah pengetahuan dan pengalaman yang Den perolehi fasal askar-askar pasukan khusus dari negaro-negaro ini..dan di akhir-akhir tempoh perkhidmatam Den , menghaso jugaklah Den di latih/bergaul/berkerjasama dengan jebon-jebon mereko. Semuanya ini merupakan pengalamana berguno bagi Den dan mano-mano yang boleh dikongsi Den kongsikan bersamo dengan pengunjung blog KKK.

Semaso Den membuek latihan bersamo dengan tentera Australian SAS, ado berlaku beberapo peristiwa yang mano menyerlahkan sifat jati diri mereko yang sebenarnya. Dan ia adolah berlainan sekali dengan apo yang digambarkan di dalam media mereko. Seperti dengan konsep latihan yang biasa dilaksanakan beberapa pasukan khas dari negara lain, Kami juga terlibat di dalam latihan bersama dengan pasukan khas Australian SAS. Secara konsepsualnyo...biasanyo ia akan melibatkan latihan timbal balas, seperti kito mengajar mereko ilmu peperangan hutan , merek amengajar kito ilmu peperangan bandar [FIBUA- Figthing In Built Up Area], Special Demolition dan sebagainya. Dan seperti biasa, di peringkat akhir latihan, kami akan bergabung untuk membuat satu siri latihan ‘raid’ [serangan mengejut] . Semasa peringkat ini, kami akan membuat perancangan bersama bagaimana nak melaksanakan serangan tersebut.

Secara umumnya, tentera Australia ini lebih berhemat dan menghormati askar kito jika dibandingkan dengan tentera British dan juga Amerika. Den difahamkan sebelum mereka datang, mereka telah diberi pendedahan berkaitan dengan budaya, adat resam tentera Malaysia. Itu sebabnya kami tidak mengalamai masalah pergaulan dan masing-masing saling menghormati antara satu sama lain. Cuma masalah yang kami hadapi adalah masalah komunikasi, kerana tidak semua anggota kita yang boleh memahami bahasa Inggeris orang Australia ini...Bila dia jumpo askar kito dio selalu kato ‘

“..Hai Mike..Howw Are You Too Dyee..!’. [how are you today]

.Kalau bondo tu dicakapakan pado komando kito, biasonyo komando kito akan sonyum ajo sambil mengangguk-anggukan kepalo macam faham, dalam pado tu ado jugak yang nakal dan berkato.

..Good..Good but My name is not Mat my name is Salleh..”

Sambil mengerutkan muko . Dan kalu bondo tu diucapkan pado Den selalunyo respond Den

“...I am OK but I dont know when I am going to die..and how it going to happen ...Why you ask me ?”

Dan biasnyo Mat Salleh tu akan konfius bilo Den respond macam tu. Dan Den akan berlalu sambil sonyum kambing...dengan harapan dio faham Den perli dio orang.

Dari sogi displin dan kepatuhan kepado pihak atasan/pegawai. Askar-askar Australian SAS ini memang tak ado masalah begitu jugak sikap yang ditunjukkan oleh mereko terhadap pegawai-pegawai komando kito. Dari segi penampilan, keterampilan mereko memang gah...cumo biasolah masuk hutan tu standard dio samo ajo macam SAS Britisih...macam badak sumbu main godah ajo...bilo tersangkut duri rotan , akar kayu...mako terkeluar ayat F dan S yang sinonim dengan Shannon Ahmad tu terkeluar...

Ado satu peristiwa yang telah mencabar sifat keberanian dan jati diri mereka ketika latihan gabungan dengan pasukan kdo kita semasa latihan peringkat akhir . Pada masa itu Den berpangkat Lt telah mengetuai Troop Kdo dengan kekuatan dua seksyen manakala pihak Austraian SAS juga terdiri dua sekysen dan diketuai oleh satu pegawia berpangkat Kapt. Semasa penyusupan kami telah diturunkan dengan menggunakan heli di dua LP atau Dropping Point yang berbeza. Kami dipecahkan di dalam dua kumpulan di mana satu kumpulan terdiri dari Pasukan kdo kito dan satu lagi dari pasukan Australian SAS. Dari situ kami di kehendaki menyusup masuk ke kawasan sasaran dengan berjalan kaki sejauh lebih kurang 50 km dan kami dikehendaki bergabung semula di satu RV yang terletak kira-kira 5 km dari kawasan sasaran. Sasaran kami adalah kawasan pasukan bot tempur musuh yang terletak di kawasan pantai.

Setelah 5 hari berjalan akhirnya kami sampai di tempat RV yang dijanjikan. Dari sana kami telah membuat perancangam bersama. Pada peringkat permulaan semuanya OK sahaja. Walau bagaimanapun kami menghadapi masalah untuk membuat ‘close recce’ kerana kawasan tersebut sangat strategik dan amat sukar untuk di buat tinjauan rapat. Ini menyebabakan kami menghadapi masalah di dalam perancangan akhir kami untuk melaksanakan serangan ke sasaran tersebut. Setelah semua usaha menemui jalan buntu akhirnya Den telah mencadangkan untuk membuat tinjauan melaui arah laut. Cadangan Den itu tidak dipersetujui oleh Kapt Australian SAS kerana terlalu bahaya dan katanya kami tidak mempunyai kemudahan bot. Pada masa itu den membantah dan mengatakan bahawa, laluan tersebut tidak boleh menggunakan sebarang bot kerana ia amat mudah di kesan oleh musuh, hanya satu cara sahaja iaitu dengan bergerak mengikut air pasang. Semasa air surut di kawasan itu, ia agak jauh ke tengah laut, dan pada masa itu kita boleh berjalan dan sekiranya kita berani dan mengikut paras air pasang , maka pergerakan kita agak sukar untuk dikesan oleh musuh. Den mendapat maklumat ini semasa sesi tinjauan kedua Den untuk merapat kekawasan musuh, dan pada masa itu air sedang...surut. Dari kawasan itu kita boleh menghampiri sasaran dengan mengikut paras air pasang, keadaan ini agak bahaya,lambat dan perlukan kesabaran yang tinggi tetapi adalah paling sesuai dan tidak mudah dikesan oleh musuh kerana musuh tidak akan menyangka yang kami akan datang dari arah laut tanpa menggunakan sebarang bot/perahu.

Pada malamnya Den bersama seorang lagi anggota Den telah cuba memasuki kawasan sasaran mengikut arah dari laut. Pergerakan kami agak lambat kerana, semasa air surut, kami terpaksa berjalan jauh dari kawasan sasaran untuk mengelakkan dari dikesan musuh. Agak lama juga kami menunggu air pasang...semasa air pasang kami mula bergerak perlahan-lahan mengikut paras air dipinggang...setelah hampir sejam baru kami sampai di tepi pantai kawasan sasaran. Pada waktu itu jam dah menunjukkan hampir pukul 2 pagi...Den telah merangkak disepanjang pantai itu dan dapat mengenal pasti beberapa lokasi penting sasaran musuh. Setelah berpuas hati dengan maklumat diperolehi, kami bergerak masuk semula ke kawasan air dan menyusuri tebing sehingga kami selamat keluar dari kawasan tersebut.

Pada sebelah paginya Den telah memaklumkan akan kejayaan kami membuat tinjauan tersebut. Den telah membuat keputusan untuk mengikut jalan yang sama untuk kami melancarkan serangan. Cadangan Den di bantah oleh Capt Australian SAS. Den tahu bantahan dibuat adalah disebabkan masalah keselamatan, mereka khuatiri bahawa ia akan menyebabkan anggota lemas kerana berpakaian lengkap dan pada masa itu tiada sebarang bot yang boleh digunakan sebagai langkah keselamatan. Walau bagaimanapun Den membantah dan mengatakan bahawa laluan tersebut adalah selamat, kerana Den telah melaluinya. Bagi nak meyakinkan mereka Den mengatakan paras air pasang di kawasan tersebut adalah hanya pada paras dada Den sahaja, jadi ia tentu tidak menjadi masalah kepada anggota Aust SAS kerana mereka lebih tinggi dari Den. Walau bagaimanapun mereka tetap membantah. Akhir Den membuat keputusan yang serangan akan dibuat mengikut laluan tersebut, walaupun tanpa diikuti oleh anggota dari pasukan Australian SAS .Keadaan ini telah menimbulkan “suasana tidak selesa” antara kami yang telah berkerjasama dengan baik sebelum ini. Kemudiannya Den memanggil anggota Den dan meyakinkan mereka bahawa, kawasan itu adalah selamat dan Den akan menjadi guide mereka. Satu yang Den respek kek anggota komando nei, semangat loyalty kepada bos ini memang tinggi. Mereka semua bersetuju dengan cadangan Den . Dalam konteks in “MISSION FIRST...SAFETY DISCOUNTED !”

Malam itu tepat jam 12 kami mula meninggalkan base kami menuju ke sasaran. Mungkin kerana terpaksa atau malu alah, akhirnya semua anggota Aust SAS mengikut kami malam itu...Kami berjalan penuh taktikal, walau pun begitu masih ada rungutan/rasa tak puas hati dari puak Aust SAS nei. Den buek-buek tak donga ajo dan meneruskan perjalanan..dan bila menghampiri kawasan untuk memasuki sasaran, Den mengarahkan supaya mereka berada di dalam keadaan sebaris dan memegang bahu anggota hadapan. Ini adalah untuk mengelakkan mana-mana anggota dari hilang semasa pergerakan. Setiap 10 minit Den arahkan mereka membuat pemeriksaan anggota dengan orang yang paling belakang akan mengira. 1..2.. sehingga orang dihadapan menyebut 24, bermakna semua 24 anggota yang terlibat dalam serangan itu tidak termasuk Den berada di dalam keadaan selamat. Kira-kira 30 meter sebelum menghampir pantai sasaran, Den telah mengarahkan agar mereka menukar fomasi dari sebaris ke formasi melintang..kemudian kami terus bergerak menghampiri sasaran...Kami sampai disasaran kira-kira jam 2 45 pagi. Air telah pasang pada paras pinggang kami, Den telah mengarahkan mereka agar duduk/mencangkung di dalam air dengan hanya menampakkan kepala sahaja supaya kehadiran kami tidak dikesan musuh . Tepat jam 3:00 kami memulakan serangan..dan kira-kira 15 minit kemudian serangan tamat, dan kami bergerak merempuh pintu utama kawasan sasaran dan bergerak balik ke pengkalan kami, dari sana kami kemudiannya berpecah menuju ke pick up point kami yang terletak kira-kira 30 km dari situ.

Pada keseluruhannya serangan itu boleh dikategorikan sebagai berjaya. Pihak musuh tidak menyangka yang kami akan melakukan serangan dari laut, kerana mereka tahu ia agak sukar lebih-lebih lagi kalau tiada bantuan bot. Bagi Den, serangan tersebut berjaya mencapai element of surprise kerana kami telah melaksanakan satu penyusupan yang tidak disangka-sangka oleh musuh walaupun ia memerbahaya. Selepas latihan itu, Capt Aust SAS tidak pernah, membincangkan isu penyusupan masuk ke sasasran musuh itu kerana mungkin mereka malu dan tidak mempercayai akan kata-kata Den sebelum itu. Bagi Den approach yang kami ambil itu tidak merbahaya mana, kerana Den telah melaksanakannya terlebih dahulu dengan melalui kawasan itu dan faham akan keadaan topografi dan menggunakan kesempatan dari keadaaan air pasang surut itu. Cuma masa itu, mungkin fasal Den mudo laei, Den akan berkato dengan nada sombong dengan Capt Aust SAS

..” Never Underestimate..Our Capabalities:..for all you know we migth far more better than u all “

...Capt tu tak berkato apo...cumo songeh kambing ajo..


Rujukan: Pengalaman Sebenar Bekas Pegawai Komando RGK
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 13-09-2012, 12:59 AM
Bro_Izantie Bro_Izantie is offline
Legendary Member

Bro_Izantie's Avatar
 
Trader Rating: (90)
Join Date: Mar 2009
Location: Setiawangsa KL
Posts: 16,506
Poster Rank: #114
Thanked 918 Times
Active Level
My Mood:
Default

Tu baru SAS Aussie....
nantikan cerita US SF pulak yer....
Reply With Quote
  #3  
Old 13-09-2012, 01:01 AM
yussys yussys is offline
Well-Known
Member

yussys's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Mar 2011
Location: sibol - larkin
Posts: 6,753
Poster Rank: #507
Thanked 8 Times
Active Level
Default

member saya polis trafik yang kene bertugas sama dengan askar us pun cakap diorg ni memang penakut.. huhuhu
Reply With Quote
  #4  
Old 13-09-2012, 01:03 AM
Bro_Izantie Bro_Izantie is offline
Legendary Member

Bro_Izantie's Avatar
 
Trader Rating: (90)
Join Date: Mar 2009
Location: Setiawangsa KL
Posts: 16,506
Poster Rank: #114
Thanked 918 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by yussys View Post
member saya polis trafik yang kene bertugas sama dengan askar us pun cakap diorg ni memang penakut.. huhuhu
ada byk lagi citer dlm tu...memang betul apa yg disangka...diaorg gah ngan media jer..
Reply With Quote
  #5  
Old 13-09-2012, 01:04 AM
rustam rustam is offline
Well-Known
Member

rustam's Avatar
 
Trader Rating: (69)
Join Date: Dec 2010
Posts: 8,806
Poster Rank: #331
Thanked 51 Times
Active Level
My Mood:
Default

Ingatkan cerita ttg diri tt bersama dorang
Reply With Quote
  #6  
Old 13-09-2012, 01:05 AM
DreamCatcher DreamCatcher is offline
Legendary Member

DreamCatcher's Avatar
 
Trader Rating: (21)
Join Date: Jan 2008
Location: portalkini.com
Posts: 17,673
Poster Rank: #104
Blog Entries: 3
Thanked 384 Times
Active Level
My Mood:
Default

i'm traumatized - bak kata harith iskandar
Reply With Quote
  #7  
Old 13-09-2012, 01:06 AM
Bro_Izantie Bro_Izantie is offline
Legendary Member

Bro_Izantie's Avatar
 
Trader Rating: (90)
Join Date: Mar 2009
Location: Setiawangsa KL
Posts: 16,506
Poster Rank: #114
Thanked 918 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by rustam View Post
Ingatkan cerita ttg diri tt bersama dorang
ishh....den asoka pogang pen yo..
Reply With Quote
  #8  
Old 13-09-2012, 01:07 AM
Terror Terror is offline
Active Member

Terror's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2010
Posts: 984
Poster Rank: #3526
Thanked 136 Times
Active Level
My Mood:
Default

terbaik lo,
Reply With Quote
  #9  
Old 13-09-2012, 01:09 AM
rustam rustam is offline
Well-Known
Member

rustam's Avatar
 
Trader Rating: (69)
Join Date: Dec 2010
Posts: 8,806
Poster Rank: #331
Thanked 51 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Bro_Izantie View Post
ishh....den asoka pogang pen yo..
Abis yg atas kondo tu sape
Reply With Quote
  #10  
Old 13-09-2012, 01:09 AM
meijin meijin is offline
Legendary Member

meijin's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Oct 2008
Location: metaʇɹɐpǝɹ4
Posts: 11,599
Poster Rank: #211
Thanked 110 Times
Active Level
My Mood:
Default

phuii dulu..nanti aku baca...
__________________
INSTAFOREX AFFiliate code = DPRZ
[WTS] New & Original Authentic ⛛⛛⛛
|Sugarcane| |Momotaro| |LEVI's| |Replay|
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 06:52 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE