BTC USD 84,018.1 Gold USD 4,279.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Michael Owen Akan Dilamar Pasukan Dari Liga Super Malaysia?

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
Michael Owen Akan Dilamar Pasukan Dari Liga Super Malaysia?

Oleh ROZAID A. RAHMAN ([email protected])

PETALING JAYA: Pintu perpindahan bolasepak Eropah telah pun ditutup Jumaat lalu dan bekas penyerang England dan Manchester United, Michael Owen merupakan satu-satunya pemain profesional tanpa kelab musim ini.

Tetapi tidak mengapa kerana dia mungkin sedang menimbang untuk datang bermain di Malaysia.

Sebuah pasukan dalam Liga Super Malaysia yang kini sedang mendahului kumpulan dalam siri Piala Malaysia akan menghantar wakil ke London minggu ini untuk bertemu dengan Owen, 32.

Mereka akan berlepas dengan sekumpulan usahawan yang bersedia untuk menjadi penaja pemain berusia 31 tahun itu.

Mstar Online difahamkan, Owen bakal ditawarkan gaji menghampiri RM1 juta sebulan untuk bermain bersama pasukan berkenaan - iaitu jumlah ganjaran yang hampir menyamai apa yang dibayar oleh Manchester United kepadanya musim lalu.

Owen sebelum ini dipetik oleh akhbar The Sun UK sebagai berkata bahawa dia sedang menimbang untuk menyertai sebuah kelab dalam Liga Perdana Inggeris walaupun ada menerima tawaran daripada dua buah kelab Eropah.

Bagaimanapun sehingga pintu perpindahan ditutup tengah malam Jumaat lalu, nama Owen masih tidak muncul dalam mana-mana senarai kelab dalam Liga Perdana Inggeris.

Selain bermain sebanyak 52 kali bersama Manchester United dan menjaringkan 17 gol selama tiga musim, Owen juga pernah mewakili Real Madrid sebanyak 45 kali dan menjaringkan gol sebanyak 16 kali serta Newcastle United sebanyak 79 kali (30 gol).

Michael%2BOwen2.jpg
 
mampu ke nk byr setiap bulan sejuta tu??giloooo
 
x yah la kuda tua nih.... kang jadi cam kt kelab shanghai yg x mampu byr gaji drogba...wat malu jerk.... gaji pemain tempatan pun x mampu nk byr.... ade hati... adoi...
 
kecian giler owen nie..lpas blah dari real madrid je terus tenggelam die nie..
 
woo..pahang kot? ker the red warrior?
 
drpd beli owen baik beli kagawa ke park ji sung ke lee chung yong ke..
 
dia mst nyesal kuar liverpool dulu...kalo stay kekal dgn gerrard dulu pn takpe.
 
moh kiter senaraikan saper yang leading group Msia Cup skang,
ATM
Pahang
Nsembilan
LionXII

saper yek, ekekeke
 
Sejuta? banyak pulak duit..larat ke..
 
takyah la, buat habihkan
boras jo....
 
Back
Top
Log in Register