Penjual kereta sokong cadangan dasar automotif PKR
Peniaga kereta menyatakan sokongan kepada cadangan dasar automotif PKR dengan alasan bahawa kemerosotan harga kereta selepas pemotongan eksais hanya bersifat sementara.
Presiden Persekutuan Motor dan Kredit Kuala Lumpur dan Selangor Khoo Kah Jin (kanan) berkata pasaran akan menyesuaikan perubahan harga dalam "setahun atau dua tahun".
Pandangan seperti itu bagaimanapun bercanggah dengan kenyatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menegaskan bahawa penjual kereta akan bankrap sekiranya cukai eksais diturunkan.
Nor Mohamed dalam laporan Bernama sebelum ini berkata penurunan cukai yang drastik akan menyebabkan penjual kereta terpakai bankrap.
Khoo bagaimanapun bersetuju bahawa pemilik kenderaan sedia ada akan terjejas kerana penuruna nilai kenderaan bermaknan golongan tersebut tidak lagi mampu menampung baki pinjaman kenderaan sekiranya ia dijual semula.
Ini bermakna pemilik kereta perlu menggunakan wang sendiri untuk menampung perbezaan harga, namun ini boleh diimbangi dengan penjimatan yang diperolehi dengan pembelian kereta baru, katanya.
“Akhirnya anda akan membayar lebih rendah untuk kereta yang lebih baik berbanding sebelum (pengurangan cukai eksais), jadi apabila anda bezakan penjimata dengan jumlah yang dikeluarkan untuk bayar pinjaman, nilai itu sepatutnya akan diimbangi," katanya.
::Comment::
(bakal)Kerajaan baru Pakatan Rakyat pasti mempunyai makanisme dan plan tersendiri untuk mengatasi masalah dan menambah baik jika penghapusan cukai eksais diperkenalkan.
__________________ TO KNOW THE ROAD AHEAD, ASK THOSE COMING BACK
kalau x mampu buat tu, letak je la jawatan. bagi pada yg mampu buat keja. nie asik dok sandang jawatan besar...yg lagi besar pd kemampuan diri.. aduihh
Presiden Persekutuan Motor dan Kredit Kuala Lumpur dan Selangor Khoo Kah Jin (kanan) berkata pasaran akan menyesuaikan perubahan harga dalam "setahun atau dua tahun".
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE