Lelaki terjun daripada pesawat AirAsia ketika kapal bergerak nak berlepas
Lelaki terjun daripada pesawat AirAsia
MIRI 4 Ogos - Kira-kira 200 penumpang sebuah pesawat AirAsia berdepan saat menakutkan apabila pintu kecemasannya tiba-tiba dibuka oleh seorang lelaki sewaktu pesawat itu memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri malam tadi.
Lebih mengerikan, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki berketurunan Cina dipercayai berusia 24 tahun bertindak nekad terjun ke landasan sebelum pesawat dihentikan serta merta oleh juruterbang yang dimaklumkan tentang kejadian berkenaan.
Berikutan kejadian itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Miri dihentikan seketika bermula 9 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.
__________________
~To hear the sound of freedom many gave their lives, They fought for you and me, Those memories will always live in silence, And now it's our time to be free~
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE