BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umno bekerja siang malam untuk rakyat

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman menolak sama sekali dakwaan yang mengatakan parti itu berada di ambang perpecahan.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa parti itu sentiasa berada dalam keadaan mantap dan kukuh dengan kesemua anggotanya kekal bersatu padu.

Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata walaupun dilanda pelbagai kontroversi namum beliau tetap yakin dengan keutuhan Umno negeri dapat menghadapi apa juga cabaran.

“Apa yang penting adalah kita (Umno) di dalam BN begitu kuat dan mantap... biasalah ada satu dua orang yang kurang senang hati tetapi biarlah mereka kerana apa yang mereka lakukan adalah terpulang kepada mereka sendiri,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Sabah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Seramai 1,300 penuntut kelahiran Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi di Semenanjung diraikan pada majlis tersebut.

Musa berkata jentera pilihan raya Umno dan BN negeri Sabah sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka berlaku bila-bila masa sahaja.

Katanya senarai nama calon dari kalangan anggota Umno Sabah juga telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita telah hantar lebih kurang tiga nama bagi setiap kawasan termasuk bagi calon di kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen,” katanya.

Mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan terdapat lebih ramai lagi pemimpin dan anggota BN Sabah yang akan bertindak keluar parti, beliau mendakwa isu tersebut sengaja dimainkan pembangkang.

“Janganlah buang masa dengan spekulasi. Ini sengaja yang dimainkan oleh pembangkang. Yang penting kita sebagai kerajaan bekerja siang malam untuk rakyat dan tiada masa untuk cakap kosong ini,” katanya. – Bernama
 
kerja siang malam tu biasa la. bukan orang politik pun biasa je kerja siang malam.

bab utk rakyat tu tak bleh blah.. :eek:
 
yg siang malam tu..org2 bawahan..kuli batak..yg kat atas semua half day..kekadang tu MC seminggu..haha
 
setuju sangant siang malam bekerja demi poket sendiri dan kroni
 
kerja siang malam nih time nak berkempen pilihan raya je...hari biasa batang idung pun tak nampak..
 
siang malam pikir cara nk fitnah anwar....:D
 
ramai nak cabut drpd umno Sabah, tuler yg keje siang malam..
 
musa, ramai jga dgr crita dri org awam, musa ni pilih kasih, dia utamakan keluarga dia dulu, baru org2 yg rapat dgn dia, kuasa di tangan dia kan so banyak la tanah d sabah dia rampas...
 
Back
Top
Log in Register