Scha Al-Yahya Kejut Awal Ashaari Sahur Dengan Geletek
Awal Ashaari Teruja Sambut Raya Dengan Scha Al-Yahya
Jika kita lihat, ramai selebriti yang mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Antara selebriti-selebriti yang telah pun selamat bernikah pada tahun ini termasuklah Fasha Sandha, Irma Hasmie, Lisa & Yusry, Ana Raffali, Azza Elite dan juga Awal & Scha.
Semalam, bertempat di One World Hotel, Damansara, suarapeople sempat menemui Awal Ashaari yang datang bersama Scha Al-Yahya di majlis berbuka puasa bersama Astro Shaw. Dalam pertemuan itu, Awal sempat memberitahu kami persiapan-persiapan mereka berdua selepas bergelar suami isteri.
“Awal sebenarnya sangat teruja untuk menyambut Syawal pada tahun ini. Namun begitu, dalam keterujaan ini, Awal sebenarnya gementar juga,” ujar Awal memulakan perbualan.
“Apa tidaknya, sebenarnya Scha mempunyai sebuah keluarga yang besar. Jadi Awal akan beraya bersama mereka dan ini merupakan satu perkara yang baru buat Awal.”
Ditanya apakah persiapan-persiapan yang sudah pun disiapkan untuk menempuh Syawal pertama bersama Scha, Awal menjelaskan, “Untuk tahun ini, Scha yang menguruskan segalanya tentang persiapan raya, manakala Awal pula akan mengendalikan dimana lokasi kami akan beraya.”
Tambah Awal lagi, “Baju raya Awal sendiri pada tahun ini ada 3 pasang dan semuanya telah dipilih oleh Scha. Langsir pun telah dipasang di rumah Awal dan ini juga merupakan perkara baru bagi Awal kerana sebelum ini hanya rumah bujang saja, jadi Awal tak pakai langsir.”
Jadi, anda bagaimana pula? Sudah membuat persiapan untuk sambutan raya tahun ini?
Hiburan : Gambar | Scha Al-Yahya Kejut Awal Ashaari Sahur Dengan Geletek
Hiburan : Gambar | Scha Al-Yahya Kejut Awal Ashaari Sahur Dengan Geletek
Malah Awal Ashaari berkata dia dapat merasakan banyak perubahan ramadan kali ini bersama Scha Al-Yahya, apatah lagi waktu sahurnya kali ini tidak lagi dikejutkan ibunya, sebaliknya ia dilakukan isteri tersayang dengan cara yang sangat berbeza dan manja.
“Saya akui memang susah untuk bangun sahur. Jika saya bangun sahur pun saya hanya akan minum air atau mengambil apa jua makanan yang ringan.Tetapi waktu dulu ibu saya sangat memberatkan kepada kami untuk bangun waktu sahur kerana dia akan masak dengan banyak untuk kami sekeluarga makan.
Jadi macam mana pun dia akan paksa anak-anaknya bangun sahur.
“Namun, cara ibu saya kejut sahur adalah dengan cara memercikkan air ke muka dan cubit-cubit supaya saya tetap akan bangun bersahur. Berbeza dengan Scha yang tidak terlalu memaksa tetapi tetap mahu saya bangun untuk minum paling tidak segelas air.
“Cara Scha kejut sahur tidak terasa kerana dia akan menggeletek saya sehingga saya bangun. Jika tidak dia akan begurau dengan mempercepatkan waktu di jam bagi menakut-nakutkan saya bahawa waktu bersahur hampir tamat. Walau bagaimana pun dia berjaya buat saya tertipu dan akhirnya bangun,” katanya
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE