Anggota polis berpakaian preman (kiri) mengawal remaja yang hampir belasah sekumpulan penduduk kerana dikatakan menjadi punca kemalangan di Teluk Air Tawar, kelmarin
SEBERANG PERAI- Seorang remaja lelaki mengalami musibah berganda kerana selain cedera, dia hampir menjadi mangsa belasah sekumpulan penduduk selepas dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan dirinya dengan sebuah kereta di Jalan Teluk Air Tawar di sini petang kelmarin.
Namun, kepantasan pihak polis dari Balai Polis Teluk Air Tawar tiba di lokasi kemalangan, berjaya menghalang kejadian lebih buruk yang bakal menimpa remaja berkenaan.
Kemalangan pada jam 6.45 petang kelmarin itu berlaku apabila remaja berkenaan yang menunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah Butterworth melanggar belakang sebuah kereta Perodua Viva yang sedang membelok ke kanan berdekatan balai berkenaan.
Ketua Ketenteraman Awam/Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Superitendan, Suhaimi Mohd Noor berkata, rempuhan kuat dari belakang itu menyebabkan pemuda berkenaan terpelanting dan melambung sebelum terjatuh di hadapan kereta yang dipandu seorang wanita bersama ibu dan dua anaknya.
“Walaupun kereta wanita itu rosak teruk, namun dia dan ahli keluarganya yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala remaja berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dikesan kemungkinan mengalami patah paha.
“Kejadian itu dilihat oleh beberapa orang saksi yang menyalahkan remaja berkenaan sebagai penyebab kemalangan itu apabila mendakwa dia menunggang laju dan cuai sebelum mengambil tindakan untuk membelasahnya,” katanya.
Suhaimi berkata, remaja itu dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas dan akan ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan perlindungan insurans.
Menurutnya, pihaknya juga akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mendakwa remaja berkenaan kerana dia menunggang dalam keadaan melulu dan merbahaya.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE