Imbuhan Aidilfitri: Cuepacs cari pendekatan terbaik
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sedang mencari pendekatan terbaik untuk memastikan 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara mendapat imbuhan menjelang Aidilfitri.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs akan mendapatkan pandangan pihak tertentu berhubung perkara itu sebelum menyerahkannya kepada pihak pentadbiran untuk diputuskan.
Beliau berkata Cuepacs tidak mahu setiap kali kongres itu membuat sesuatu tuntutan terutama bonus, terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.
"Kita (Cuepacs) sedang mencari ilham supaya perkara ini tak menyusahkan kerajaan, peniaga dan pekerja, kita mahu satu pendekatan yang bijak," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs Bilangan 6 Sesi 2010-2013 di sini hari ini.
Mesyuarat dihadiri 130 orang anggota majlis. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa juga berkesempatan mengadakan dialog selepas mesyuarat.
Selain itu Omar mengulangi pendirian mahu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menarik balik dua dasar baru yang diperkenalkan iaitu membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini.
Beliau berkata dasar itu perlu dibatalkan dan satu pendekatan yang lebih berdaya saing diwujudkan untuk memantapkan perkhidmatan awam negara.
Katanya keputusan Cuepacs berhubung perkara itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.
Omar berkata beliau difahamkan terdapat 800 jawatan untuk peringkat SPM telah ditawarkan kepada pemegang ijazah sarjana muda.
Sementara itu Ali berkata pendekatan turun padang yang dilaksanakan oleh beliau diharap dapat memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Beliau berkata pendekatan tersebut lebih berkesan kerana dapat melihat keadaan sebenar berbanding hanya bergantung kepada laporan pegawai di peringkat tempatan.
Ali juga berharap Cuepacs yang memperjuangkan nasib penjawat awam supaya dapat berkongsi pandangan atau pendapat dan tidak merasakan wujud sebarang kekangan antara beliau dan kongres itu. - Bernama
kupeks ni suka buat riuh..belum apa-apa dah riuh sekampung..
Riuh barulah kakitangan awam tahu drg buat kerja.
kalo kakitangan awam tahu apa kerja drg, PM pun takut dgn kakitangan awam.
__________________ Imam Syafie berkata: "Aku mampu berhujah dengan 10 org yg berilmu tetapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil kerana org yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu".
"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang jahil. (yg degil dengan kejahilannya)" (Al-A'raf : 199)
kalo kakitangan awam tahu apa kerja drg, PM pun takut dgn kakitangan awam.
yup..aku setuju..
__________________
Manusia selalu menyalahkan takdir Allah apabila yang buruk berlaku, tetapi Allah telah memberi akal untuk membezakan yang baik dan yang buruk. Dan jika yang buruk juga yang dipilih, maka tunggulah balasan daripada Allah kerana yang buruk datang dari diri kita sendiri
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE