HOT SPOT!!!!~~HARGA TERMURAH!!! Lot banglo di Bukit Damar, Putrajaya
Lot banglo di Bukit Damar terlaris di kawasan sekitar Putrajaya.
Lokasi strategik bersempadanan dengan Cyberjaya dan Putrajaya. 1.5km dari PICC.
Di tengah-tengah jaringan lebuh raya seperti NKVE, MEX dan jalan tidak bertol ke KLIA melalui Dengkil.
Bukit Damar di bawah Pelan Pembangunan Sepang 2015. Cadangan tapak masjid, sekolah, klinik kesihatan dan dewan serbaguna di Bukit Damar oleh Majlis Perbandaran Sepang.
Bukit Damar telah dizonkan sebagai kawasan perumahan berdensiti rendah oleh MP Sepang.
Pemandangan Putrajaya dan Cyberjaya yang cantik dan suasana yang damai.
LOT AKAN DILENGKAPI INFRA SEPERTI JALAN TAR, PAIP AIR DAN PARIT.
HARGA MAMPU MILIK. CUMA Rm 30 kps.RM 32kps (harga dah mula naik!!!)
BERPENGALAMAN 13 TAHUN DALAM JUAL BELI TANAH.
LOT BARU TELAH DIBUKA!! UNTUK TEMUJANJI HUBUNGI NOMBOR DI BAWAH.
jika tuan berminat.. bole call 012-2374538 utk berbincang.. harge FIXED
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
harga tanah sudah naik!!! lai lai lai..
cepat2 bertindak sebelum ia melambung lebih tinggi..
Lot2 baru bakal di buka x lame lagi..
jika anda berminat.. bole sms/call saye..
jika nak tengok lokasi pon bole.. kami akan uruskan..
BUKIT DAMAR PROPERTIES
sedikit selingan untuk bakal pembeli..
Quote:
Ruang memiliki rumah
Melonggarkan perbelanjaan bulanan yang menyempit ekoran kenaikan mendadak harga minyak global adalah an- tara yang dibentangkan dalam Bajet 2009.
Sudah pasti akan terdapat lebihan pada baki perbelanjaan bulanan jika merasa lebih mudah, lebih selesa dan tidak leceh untuk memilih menggunakan pengangkutan awam.
Bukan hanya alternatif untuk berjimat, dorongan berterusan dan usaha untuk menangkis hakisan peluang rakyat memiliki rumah dapat dilihat dengan lanjutan pinjaman perumahan untuk kakitangan awam menghampiri tempoh pinjaman perumahan institusi kewangan.
Wajarlah peluang ini tidak dipersiakan malah keputusan pembelian rumah dapat dibuat dengan bijaksana; justeru peluang untuk merebut keuntungan maksimum dan berlipat ganda dengan mengaplikasikan formula yang betul.
Formulanya sangat mudah, masa yang betul dan tempat yang betul maka seperti mana yang diraih oleh pembeli-pembeli rumah di bandar-bandar baru dan kawasan- kawasan yang akan menjadi teras pembangunan.
Mengetahuinya juga adalah mudah sekadar membaca dan menyemak dokumen- dokumen sah kerajaan seperti Draf Rancangan Struktur, Draf Rancangan Tempatan atau Draf Rancangan Kawasan Khas di mana ia dapat dibeli, dirujuk di perpustakaan dan pusat sumber di Pejabat Pentadbiran Daerah atau perbandaran.
Pada 21 Ogos lepas, Draf Rancangan Ka- wasan Khas Tepuh-Batu Enam 2008-2015 telah dipublisitikan kepada orang ramai untuk mendapat pandangan dan ulasan sebagaimana proses penyediaan sesuatu Draf Rancangan Tempatan mengikut kehendak Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).
Draf Rancangan Tempatan atau Draf Rancangan Kawasan Khas merupakan perincian dari Rancangan Struktur sesuatu kawasan atau daerah pada kebiasaannya hanya menjadi rujukan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan kerja-kerja pemajuan tanah sahaja.
Namun sebagai dokumen yang menerangkan hasrat dan hala tuju perancangan kerajaan di sesebuah tempat, sudah pasti ia akan memberi peluang dan keuntungan kepada setiap individu yang membaca, memahami dan mendapat gambaran mengenainya.
Bukanlah keterlaluan jika dikatakan setiap orang pasti memiliki hajat untuk membeli rumah dan seperti juga perkahwinan, kelahiran anak, persekolahan dan menunaikan haji ia akan menjadi catatan penting dalam diari seseorang.
Maka dalam konteks pembelian rumah, orang ramai wajar memberi pertimbangan yang teliti dari berbagai-bagai aspek dan yang paling utama ialah mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan pada sesuatu tempat dan persekitaran kawasan rumah yang akan dibeli.
Pihak pemaju kebiasaannya hanya akan menerangkan spesifikasi dan rancangan bagi pihak syarikat dan sudah tentu jika terdapat sesuatu yang akan mengganggu keputusan untuk membeli, pasti tidak akan didedahkan.
Dengan merujuk kepada Draf Rancangan Tempatan, bakal pembeli rumah akan mendapat gambaran yang sebenar untuk memastikan potensi sesuatu tempat demi keselesaan, kemudahan dan kepuasannya malah dapat menikmati keuntungan dari kenaikan nilai hartanah jika mengetahui kawasan yang menjadi teras pembangunan, kawasan yang menjadi fokus atau kawasan yang dirancang sebagai bandar baru.
Tidak menjadi suatu yang sukar untuk merujuk kepada Draf Rancangan Tempatan kerana ia boleh dibeli di pejabat pentadbiran kerajaan tempatan atau dirujuk di perpustakaan awam atau pusat sumber sesebuah pentadbiran kerajaan tempatan.
Walaupun hanya sebuah rumah yang dibeli, rujukan yang kukuh adalah perlu kerana pemilihan tempat merupakan faktor utama yang memberi kesan terhadap hartanya sama ada akan lebih bernilai dari semasa ke semasa atau memberi kesan negatif akibat dari pencemaran, kesesakan dan sebagainya.
Kesilapan membuat keputusan akan mengakibatkan sesalan sepanjang hayat kerana pembelian sesebuah rumah akan menuntut komitmen pembayaran balik dalam tempoh yang panjang dan jumlah bayaran balik pada kebanyakan orang yang membeli secara pinjaman adalah besar dan ia berjalan selama 20 hingga 30 tahun.
Jika sukar untuk merujuk setiap helaian draf sesuatu rancangan struktur atau rancangan tempatan, memadailah dengan memahami hala tuju perancangan kerajaan dan mengetahui jaringan dan hierarki jalan raya, pengangkutan awam, infrastruktur dan utiliti, rekreasi serta zon guna tanah di tapak dan persekitaran kawasan sesebuah pembangunan yang boleh dilihat pada Peta Blok Perancangan dalam Dokumen Draf Rancangan Tempatan.
Paling utama ialah merebut peluang awal ketika harga masih rendah di kawasan yang dirancang menjadi bandar baru atau menjadi kawasan yang akan menjadi teras pembangunan, contohnya seperti Bandar Baru Muadzam Shah yang disebut dalam Rancangan Struktur Sungai Petani sebelum dinamakan sebagai Bandar Aman Jaya yang begitu ketara lonjakan nilainya dan perkara ini dinyatakan dalam Draf Rancangan Tempatan Sungai Petani 1996-2010 (RTSP).
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE