Angin dengan pempuan ni...ada sapa2 area JB/Singapore boleh tolong?
Assalamualaikum..
terlebih dulu nak minta maaf sebab bukak thread ni
tapi saya dan berpuluh-puluh orang lagi sedang kebuntuan dan sangat memerlukan bantuan agar isu ni boleh settle SEBELUM RAMADHAN
kes ini melibatkan seorang bisnes owner (pempuan) dari Rawang yang akan saya gelarkan dengan Na saja selepas ini...(Na adalah kawan wife saya sejak zaman universiti.)
dan berpuluh2 pembeli yang terlibat dalam urusan ini..
buat pengetahuan kami mengenali Na hampir 5 tahun dan Na bukanlah scammer tapi dalam kes ni Na gagal menyelesaikan masalah yang dia timbulkan dan telah mengakibatkan kerugian dan kesusahan kepada pembeli2.
ini adalah kronologi kes ini ::
October 2011 - Na announce di Facebook bahawa dia akan buat shipment pakai kontena dari US ke Malaysia. Last date untuk baraang2 perlu sampai ke warehouse di Texas ialah pada 16 December 2011. dia bagi expected delivery date around 2-3 bulan..so dia suruh amik paling koman bulan april.
November 2011 - wife saya dan beberapa kawan rapat Na join shipment ni, diorang bukak pre-order untuk pelbagai product US..ada yang lain tu join dengan kengkawan opis, dekat 50++ pembeli join shipment ni. yang ada credit card bayar direct ke amazon, ebay etc...yg takda credit card akan bayar ke Na dan Na akan uruskan pembelian. wife saya takda credit card so dia bayar pada Na directly.
December 2011 - Na telah confirmkan kontena dah mula gerak pada 28 December 2011.
March 2012 - Kami contact Na bertanya khabar barang2 yang kami beli (masa ni wife saya tak sihat so saya yang in charge on her behalf) masa ni jawapan dia dah macam #%&* ::
April 2012 - barang tak sampai2...bila saya contact Na, dia kata ada 12 invoice missing, so brang tersekat..saya tanya tersekat kat mana dia tak jawab...
April 2012 - beberapa peserta shipment ni (ada yg laki ada pempuan) contact wife saya melalui facebook bertanya kalau2 Na ada bagitau any progress sebab Na ni senyap ja dan bagi alasan invoice hilang dan kena cari sampai dapat. so masing2 time ni check invoice, semua clear, ada invoice...so semua questioned..sapa la punya 12 invoice tu takkan la depa tak bising barang tak sampai?
April 2012 - masa ni ramai yang dah mula bengang..sebab cutomer dah marah2 mintak refund dan kawan2 opis pun dah marah2 mintak refund..ada yang jpin order sampai 10k++..camno nak refund?
end April 2012 - pempuan ni kata kapal kat singapore, dia kata lagi dia dah mintak kastam sana release kan brang yg clear invoice, yg sangkut tinggal ja...pastu dia kata kapal dah gerak dari singapore nak masuk malaysia dah
Mei 2012 - saya sendiri contact Na lepas dah 3 minggu dia kata kapal dah gerak dari singapore..takkan la tak sampai2 lagi kan? Na jawab : saya tak dapat any feedback..itu ja saya tau...kapal dah gerak..
Mei 2012 - kami refund duit cutomer yg dah bayar...ada beberapa yg lain still boleh hold dengan customer masing2 so takyah refund...peserta shipment ni dah naik bengang sebab katanya kapal dah jalan dari singapore tapi tak sampai2..dan apasal Na senyap ja
Ujung Mei 2012 - Na kata sebenarnya kapal masih kat singapore, org yg incharge kat sana silap baca email la bla bla bla...(menyampah betul dengan pempuan nih) pastu dia kata kdia nak cari 12 invoice lagi...dalam pada ni ramai yg dah bengang gila tapi tak tau nak wat apa...
June 2012 - still sama takde progress...balik2 email, invoice , tu je la alasan dia...lepas tu tiba2 dia kata dah contact dengan org KTM katanya nanti org KTM tlg collect sendiri dari singapore and bawak masuk ke malaysia dengan minimal cost for shipping and tax, pastu katanya nak bawak masuk pakai lori, nak bawak dari singapore ke KL..pastu tetiba dia senyap katanya mak mentua meninggal, seminggu dia balik kampung...
end june 2012 - back to square, dia kata kena contact org KTM semula set appointmnt bla bla bla...
July 2012 - latest saya tanya dia bilanya yang dia nak jumpa dengna org KTM tu takkan la drag sampai puasa? dia senyap ja...tak reply...for the meantime saya yg berurusan dengan dia sebab isteri tengah pregnant dan biladengan pempuan Na ni bukan main belagak jawab macam bagus...bila kami yang laki pi confront baru dia tau nak cakap elok2
so saya nak tanya kepada forumers yang berpengalaman...ada chance ke pembeli2 dapat barang2 tu? dan apa cara nak dapatkan barang2 tu?
saya yakin ada yang berpengalaman dalam hal shipping ni tentu boleh advice sket....
selama ni saya deal shipment UK dengan member saya kat glasgow (laki sama laki deal...tadak masalah) tak pernah problem camni
so issue nya ssekarang dia kata problem timbul sebab 12 invoice missing....kami pembeli dah check, semua invoice kami tak trerenarai dalam 12 invoice yg hilang
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE