BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis tahan Uncle Seekers mengikut OSA

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Penulis blog Syed Abdullah Husein Al-Attas yang lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers ditahan polis di Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata ketika dihubungi Malaysiakini berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi.

Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Alattas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor.

Tambahnya, lelaki tersebut ditahan bersama seorang wanita berusia 26 tahun dalam operasi berkenaan.

Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan petang ini, katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Laporan pada Ahad lalu menyebut tiga puluh individu membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal itu berhubung penyiaran artikel dalam blog uncleseekers.blogspot.com.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.

330x220xf8dc062f6ca3c867548fe98e232cd4c7.jpg.pagespeed.ic.reJF0HURYO.jpg


sumber
 
Last edited:
kesian US...dia gelar diri dia jebat moden..huhu
 
skrg dunia terbalik..yg dedahkan kena tangkap..kikikiki
 
jangan tahan US begitu saja jauh sekali hanya untuk mengancamnya agar tidak menulis, tetapi bawa ke mahkamah dan pihak terbabit harus menyamannya untuk membolehkan US menjawab segala dakwaan dan tuduhan beraninya itu.
 
ingatkan kebal sgt uncle tu..keke

kena cekup jugak dia ye..isk
 
xder ke saper2 nk backup dia...kesian uncle jadi pejuang sorg2 jer......:eek::eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register