BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Politik Kebencian Merugikan PAS dan perjuangan Islam? (Updated)

PAS perlu keluar daripada Politik Kebencian


  • Total voters
    0

taufic

Legendary Member
gem
Messages
14,651
Paid Membership
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
697
Points
161
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Sekali lagi, sebelum saya mula merungkai kata dengan lebih jauh, inginku mohon sejuta kemaafan andai penulisan ini bakal mengusik hati meresak jiwa kalian semua. Sila teruskan pembacaan ini di atas risiko anda sendiri.

610zzx.jpg


Sejujurnya, tajuk sedemikian rupa adalah hasil cerna jari-jemari nakalku untuk menarik minat pembaca, baik dari golongan PAS mahupun UMNO (bukan mencari hits, tetapi ingin mendidik). Pada pengakhiran tajuk itu saya sertakan tanda soal, sebagai penafian simbolik penambah rencah rasa ingin tahu anda semua.

Saya pasti, para ustaz dan ustazah sekalian akan bertempiaran kehairanan mengapa ditonjolkan PAS sebagai teraju utama. Pembawaan watak PAS ini sebenarnya mewakili mana-mana parti politik tempatan yang memperjuangkan dan melaksanakan tuntutan Islam yang agung. Sekiranya saudara sekalian memerlukan penerangan khusus penonjolan PAS di sini, dengan rendah diri saya mempersilakan membaca penulisan sebelumnya.

Definisi politik kebencian secara umum pada hematku adalah berupa politik yang disirami oleh jalinan permusuhan, dendam kesumat, keji-mengeji, hina-menghina, ketidakmatangan, kebudak-budakkan, hasad dengki dan sebagaimana yang sewaktu dengannya.

Lebih menakutkan, situasi ini dilihat sebagai suatu yang normal dan menjadi rutin di hati kebanyakkan penggiat dunia politik tanah air. Saya melihat simptom ini dengan penuh gelisah, kerana diri ini merasakan betapa ruginya Islam itu sendiri, apabila landasan dakwah ini dicemari kotoran yang kian menebal.

Politik dan dakwah? Di mana celahnya? Sebenarnya politik itu sendiri merangkumi pelbagai jurusan kehidupan. Semestinya sebagai muslim, politik anda perlulah bertunas dari Islam yang syumul. Politik melibatkan pelbagai acara jalinan sosial serta perhubungan dua hala antara pelbagai pihak.

Jalinan inilah yang sepatutnya digunakan muslimin dan muslimat sekalian untuk mendidik dan berdakwah sesama mereka. Bayangkan betapa perkasanya Islam masakini sekiranya seluruh saluran dakwah ini dapat digembleng untuk memasyhurkan keagungan Islam justeru ia dapat berkembang pesat serta harum mewangi di setiap hasta bumi ini.

Malangnya, apa yang terjadi hari ini adalah sebaliknya. Medium saluran politik bertatahkan dakwah ini dicemari oleh ketidakmatangan hamburan kata. Caci cerca menjadi makanan ruji sebahagian besar penggiat tegar politik tanah air.

Dalam situasi inilah saya melihat PAS agak terkebelakang sebagai sebuah parti yang ingin menegakkan Islam. Perjuangan mereka pada pandagan saya tiada celanya, tetapi respons mereka terhadap pergeseran ideologi pengikut parti lain yang menjadi masalah.

Lentingan penyokong PAS sering disulami caci cerca yang mengguris jiwa. Saya tidak salahkan guru mereka yang ajarkan. Malahan, mungkin tiada salahnya mereka mengherdik saudara mereka yang diseberang parti sana. Tetapi amat rugi mereka tidak mempergunakan saluran ini untuk berdakwah.

Penyokong PAS tidak mengambil kira potensi pengundi parti lawan dan pengundi atas pagar. Mereka lebih selesa menyedapkan hati dengan melontar bara api ke dalam hati saudara mereka. Mereka rela mencemarkan warkah perjuangan Islam yang didukung parti dengan mempersembahkan diri mereka dengan nada yang keji lagi jijik.

Tiada langsung segan silu adat Melayu, mereka melabel saudara mereka sendiri dengan samaran yang jelik. Media berita mereka turut sama berganding bahu mengusung bau hancing ini ke merata ceruk paparan cetak mahupun elektronik.

Api hati mereka disemarakkan bahan bakar tajaan iblis untuk mereka terus menerus berbalah. Dari mulut itu jugalah dia berzikir, bertasbih dan dari situlah juga meletusnya puaka kata kepada saudara se-Islam mereka sebagai habuan penyedap emosi luka.

Pernahkah mereka terfikir apa perasaan saudara mereka yang dicela itu? Apa rasanya menelan kejian yang bertali arus ini? Saya pasti, mereka tahu, kerana mereka sendiri pernah disumpah seranah sedemikian rupa oleh penyokong parti lawan yang lain. Menjadi lumrah manusia untuk mempertahankan pegangan, walaupun bukan dengan fakta, cerca pun tidak mengapa.

Nanti dahulu, betulkah ini PAS yang saya maksudkan? Atau ini lawannya? Jika begini timbang taranya penyokong PAS dan lawannya, amat kesal saya katakan, tiada bezanya. Saling tidak tumpah persamaan perilaku tidak matang ini sama-sama merugikan parti, atau secara keseluruhannya Islam itu sendiri.

Asbab celaan ini memulas-mulas urat nadi pemilik telinga panas yang dicaci. Setiap bait bernanah ini menjauhkan lagi mereka daripada perjuangan Islam yang disanjung PAS sendiri. Jauh di dasar kalbunya, berakar tunjang dengan dendam dan kesumat. Kenapa perlu mereka mendekati kamu?

Perlukah saudara-saudara kamu ini bingkas bangun dan mengundi untuk PAS setelah dihamburkan caci maki kepadanya? Berapa ramai di antara mereka telahpun berpaling dari parti sana untuk menyertai PAS? Kamu mengatakan mereka tidak matang, namun kamu sendiri bertindak kebudak-budakkan.

Menjengah dari satu penjuru, golongan bukan Islam terkebil-kebil melihat telahan muslim yang bersaudara ini. Ada di antara mereka yang telah diberi suntikan doktrin persaudaraan sesama Islam. Namun, dengan mata kepala mereka sendiri, melihat muslim saling bercakaran. Inikah agama agung kamu? Inikah cara dakwahmu?

Golongan yang berpotensi untuk mendekati Islam akan mula dipatuk soalan sangsi. Di mana letakkannya kiasan murni agama yang dimomokkan kepada mereka dahulu? Apa yang terjadi dengan gema santun Melayu kamu?

Apakah berbaloi sekalian muslimin dan muslimat ini bertelagah? Berapa tinggikah maruah yang kamu semua beroleh dari mengherdik saudara kamu sendiri ini? Sejauh manakah kesinambungan syariat Allah dapat kamu tegakkan? Dapatkah kamu memberi jaminan bahawa Islam akan kembali menguasai dunia dengan perilaku sebegini rupa?

Namun begitu, di sebalik kelemahan rantaian etika golongan ekstrimis ini, saya yakin dan percaya mereka tetap inginkan Islam itu ditegakkan. Mereka tetap mahu sama-sama berjihad ke jalan Allah. Saya pasti, jauh di sudut hati mereka, membuak-buak keinginan untuk satu solusi mutlak bagi menangani krisis kendiri ini.

Tahukah anda apakah kesan politik sebegini rupa pada institusi Islam seluruh dunia? Mengapa berlakunya perang saudara, penghapusan etnik, rampasan kuasa dan pemberontakkan, tidak ketinggalan perbalahan turun temurun Syiah dan Sunni. Bagaimana saluran dakwah ini dapat mempengaruhi semua ini? Mungkinkah Ikhwan Muslimin menggunakan saluran dakwah ini sehinggakan mereka beroleh kemenangan?

Sengaja saya benihkan pelbagai pertanyaan di dalam penulisan ini, dengan harapan dapat mencambahkan kejatian minda muslim kudus. Semoga ianya membuahkan hamparan idea untuk sama-sama kita manfaatkan bagi meredah rasukan dunia. Wallahualam.

Jazakallah.
SoS

update Q&A terbaru
sila baca ya

terus aku tak jadi nak lukis2 sebab aku tak pandai lukis
takut nanti tadak org yang paham

aku try terangkan 1 per 1 teori aku.

Sesi Q & A :

Q: Ceramah Umi Hafilda sangat tidak beretika dan tidak beradap semasa berdepan Nurul Izzah

A: Ceramah Umi ini merugikan UMNO.
Sebabnya umi memburuk2kan dan mencaci maki pemimpin pembangkang dengan bahasa yang tak sopan.
Ceramah ini utk sedapkan hati sesama umno.
Orang PAS bukan makin suka kat UMNO, depa makin benci.
Jadi tadak harapan utk orang PAS yg waras utk join umno hanya bersebabkan ceramah ni.
So kesimpulan ceramah ini, PAS 1 UMNO 0.
_________________________________________________________________

Q: Pas penuh caci maki?

A: PAS tak penuh dengan caci maki, masih byk ruang tarbiah dan dakwah.
_________________________________________________________________


Q: Abehtu tadi kata PAS guna saluran dakwah utk caci maki?

A: Sama ada pempimpin atasan/bawah atau penyokong PAS teremosi ketika berdepan askar UMNO.
Mereka tak gunakan sesi berdepan dengan askar UMNO ini untuk berdakwah
Sebaliknya, sahut menyahut caci maki askar UMNO.
PAS rugi, UMNO rugi biaq p kat dia, ada aku kesah?
Sebab apa rugi? Sebab askar umno kena maki, dan mereka jauhkan diri dari org PAS & perjuangannya
Kalau PAS didik & dakwah possibility utk UMNO insaf lebih tinggi?
Dakwah byk cara, bukan hanya dengan mulut, dengan akhlak, kelaku sopan, berlembut
Kan ada TGNA bagitau dalam ceramah
_________________________________________________________________

Q: Aku ni tak penah maki orang, apa kes sabit aku sekali?

A: Alhadulillah, aku berbangga ada saudara macam kamu. Teruskan berdakwah kpd yg lain.

_________________________________________________________________

Q: Ceramah PAS tak ada/tak banyak maki, apa kes tuduh kami banyak maki? UMNO lagi banyak maki

A: UMNO di ambang kegagalan. Mulut depa penuh dengan kulat2 caci maki.
Kenapa PAS nak ikut rentak caci maki UMNO? Apa beza UMNO PAS caci maki sama kuat?
PAS nak ikut sama UMNO gagal? dah gagal baru nak berenti maki?
Memang seronok bermaki-makian ini, sebab setan bagi gula2.
Tu yg terasa ringan ja mulut nak maki orang.
Contohi pemimpin yg akhlaknya tinggi.
_________________________________________________________________

Q: PAS buat apa semua salah. Ada saja hang nak kritik.

A: Nak tunggu gagal baru nak kritik?
Nak tunggu penyakit UMNO berjangkit baru kalut nak cegah?
Org bagi kritikan bkn sebab salah, tapi nak improve kepada sesuatu yg lebih baik.
Supaya Islam itu dapat ditegakkan. Supaya generasi masa depan tak menjadikan caci maki makan ruji mereka.
Tak jadi macam la ni, apa UMNO dah buat kat kamu semua?
Bukan main seronok bercaci maki, tu penyakit UMNO la tu.
_________________________________________________________________

Q: Hang ni orang UMNO kan?

A: Kalau aku org UMNO, maknanya aku tengah bunuh parti sendiri.
Apa sebab aku nak susah2 suruh kamu semua berenti maki.
Suruh kamu didik dakwah saudara mara kamu yg UMNO tu?
Supaya depa kembali ke pangkal jalan, insaf dan berjihad ke jalan Allah.
UMNO itu failed tapi bukan penyokongnya.
Ikhwan muslimin tingkatkan jati diri muslim, adab, akhlaq, iman taqwa utk apa?
untk berdakwah kan? la ni depa dah menang
dakwah bukan dengan kata2 saja
_________________________________________________________________

Q: Aku benci gila kat UMNO, takmau bagi UMNO perintah dah lepas ni.

A: Stop bercaci maki. Tunjuk kelaku baik kat mereka. Puji mereka.
Didik mereka dengan akhlak, dengan keprihatinan, dengan tasbih zikir, doa, berdakwah dengan hikmah.
Kalau kamu bercaci maki kamu rugi, mereka akan perangi kamu, mereka akan benci kamu dan mereka akan jauhi kamu.
Mereka tu saudara se-Islam kamu. Ikhwan kamu.
_________________________________________________________________

Q: Tapi orang lain ramai lagi dok caci maki, ramai ja masuk PAS?

A: Kalau kamu stop caci maki, aku berani jamin lagi ramai akan masuk PAS.
Yg lebih penting mereka insaf & kembali ke jalan Allah.
Tgk saja lah, disebalik caci kamu, berapa ribu orang dah masuk PAS.
Kalau kamu stop caci maki ini? Berapa puluh juta pulak yg akan masuk PAS?
_________________________________________________________________

Q: Aku tak tahan, dah biasa caci maki ni. Tak maki satu hari kat UMNO tak sah.

A: Berehat sebentar dari medan perang untuk tingkatkan amal kamu. Tingkat iman dan taqwa kamu.
Tuntutlah ilmu dari guru2 kamu, contohi adab mereka, belajar mengenali diri kamu.
Bila kamu dah sedia dengan ilmu, adab, taqwa kamu boleh teruskan perjuangan dakwah dengan gagah sekali.
_________________________________________________________________

Q: Aku ni penyokong biasa saja. Mana mampu utk dakwah2 ni.

A: Itulah gunanya pemimpin kamu.
Mereka inilah yg akan bentuk kamu mengikut acuan Islam.
Mereka ni akan lengkapkan kamu dengan akhlak utk kamu contohi dari mereka.
Kamu akan beroleh ilmu mereka untuk meneruskan perjuangan Islam ini.
Kalau masih tak mampu dakwah, jgn sekali2 kamu caci lawan kamu.
Jgn merugikan perjuangan rakan2 PAS kamu yang lain.
Mereka bersusah payah berdakwah dgk hikmah tapi kamu khianati mereka.
Banyakkan berdoa untuk saudara2 kamu dan bantulah perjuangan Islam sedaya upaya.
_________________________________________________________________

A: Aku dah dakwah macam2 tak lekat2 jugak orang UMNO ni

Q: Bersabarlah, Allah sentiasa bersama kamu.
Jgn sekali2 putus asa. Berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan.
Berdoa juga kepada saudara mara UMNO kamu moga mereka kembali ke pangkal jalan.
Kamu diberi akal, gunakan dengan hikmah, bukan dengan nafsu serakah
Malaysia masih belum darurat, dakwah kamu lebih berkesan dari berperang dgn pedang.

_________________________________________________________________

nanti ada lagi aku update lagi kat sini
kepada yg sudi baca, moga beroleh kebaikkan!

_________________________________________________________________

Update lagi implikasi kesan2 politik kebencian
kes ni sampai bercerai berai laki bini sebab terlalu fanatik?
Wallahualam kesahihan laporan berita ni


KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.

image.jpg

Cik Yah menunjukkan rekod penceraian selepas hadir perbicaraan di Mahkamah Syariah di sebuah daerah, semalam.

sumber

 
Last edited:
tt, buat poll ya or tidak bgus jugak... bley tgk sejauh mana kebenarannya... sbb sy sokong tt...
 
bagus thread ni..utk renungan kite bersame
 
mmm.. aku mse kecik2 dlu, suka gak pergi dgr cramah2 ni.. kalo kt terengganu dorg panggil surau kubur, kt len aku xtaw la.. aku pon bljr kt ctu gak. tp apa yg aku nmpk, prubahan dlu dan skrg. dlu aku suke sgt ngn pas, jiwa rase tnteram je, tp dek prubhan politik skrg, pas seolah jd mcm keras, keras dan memaksa.. jgn tnye aku bukti, sbb ni pndgan aku. korang nk kata apa, lantaklah..ni kan forum...

skrg ni pon, kalo aku duk dkt ceramah walau pon dr 100meter, ttap aku leh dgr kutuk mengutuk ni.. aku xtau la pattern jenis apa cramah ms skrg. mengata org, mengaibkan org yg dah aib, menghina dan mencaci sdgkn musuh politik mreka pon gtu jugak.. apa kelebihan mereka dr puak musuh mereka sdgkan strategi mereka hampir sama keji dan mengeji agenda utama...

pikir-pikirkan..........
 
mmm.. aku mse kecik2 dlu, suka gak pergi dgr cramah2 ni.. kalo kt terengganu dorg panggil surau kubur, kt len aku xtaw la.. aku pon bljr kt ctu gak. tp apa yg aku nmpk, prubahan dlu dan skrg. dlu aku suke sgt ngn pas, jiwa rase tnteram je, tp dek prubhan politik skrg, pas seolah jd mcm keras, keras dan memaksa.. jgn tnye aku bukti, sbb ni pndgan aku. korang nk kata apa, lantaklah..ni kan forum...

skrg ni pon, kalo aku duk dkt ceramah walau pon dr 100meter, ttap aku leh dgr kutuk mengutuk ni.. aku xtau la pattern jenis apa cramah ms skrg. mengata org, mengaibkan org yg dah aib, menghina dan mencaci sdgkn musuh politik mreka pon gtu jugak.. apa kelebihan mereka dr puak musuh mereka sdgkan strategi mereka hampir sama keji dan mengeji agenda utama...

pikir-pikirkan..........

politik kutuk maki ni macam dah jadi darah daging
jgn jadi macam umno, sebuk kutuk sana sini utk sedapkan hati sesama sendiri saja
padahal orang bukan makin cinta makin sayang kat depa, makin benci lagi ada
 
nak kena baca & fahamkan duluan isi post pertama tu..
baru sia komen.... :)
 
Back
Top
Log in Register