OneBiz2011
Fun Poster
- Messages
- 115
- Joined
- Mar 20, 2012
- Messages
- 115
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Beliau anak seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Ketika zaman kanak-kanak, pernah berlakon bersama bapanya menerusi filem Ahmad Albab dan Anak Bapak namun kemalangan yang menimpanya Disember lalu ternyata mengubah kehidupan.
Video daripada Berita Terkini
Dia yang dimaksudkan, Sazali Ramlee kini menderita akibat tisu lutut kanan terkoyak.
Petang 13 Disember 2011 -- hari malang buat Sazali apabila terjatuh ketika berbasikal pulang dari tempat kerja.
Akibatnya dia kini sukar berdiri dan berjalan.
SAZALI RAMLEE
"Tiba-tiba tak disangka-sangka basikal saya jatuh, tersekat satu besi, saya tak tahula besi apa, jadi saya tegelincir, basikal tercampak, saya ke belakang, lutut sebelah kanan saya terhantuk sebatang besi dalam jalanraya tulah.
Rentetan insiden itu, Sazali terpaksa mengambil cuti tanpa gaji walaupun baru sebulan bekerja dengan syarikat berkenaan.
Dia yang kini menetap di Kampung Sentosa, Semenyih hanya mengharapkan isteri, Hamidah Hitam, 49 tahun, yang membantu menguruskan keperluan hariannya.
Sazali yang bekerja sebagai tukang sapu memperoleh pendapatan RM30 ringgit sehari dan mustahil baginya menampung kos rawatan kakinya yang mencecah ribuan ringgit.
Harapan kini kepada pihak yang sudi menghulur bantuan bagi membolehkannya berjalan seperti biasa.
"Bukan belas simpati yang diminta namun sekurang-kurangnya bantuan yang diberikan mampu mngurangkan beban bagi Encik Sazali."
Sebarang bantuan boleh disalurkan menerusi nombor akaun Bank Hong Leong atas nama Sazali Ramlee, no 0018-20-006236-6.

Last edited: