Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 ISIS - Topik Yang Tidak Dibenarkan
Last Post: haQ
Posted On: 28-11-2014
Replies: 0
Views: 1,640
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 27,724
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 58,278
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 12-04-2012, 10:03 PM
papabaik papabaik is offline
Super Active Member

papabaik's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 4,229
Poster Rank: #904
Thanked 140 Times
Active Level
Default Kurang kurangkan membaca hadis, banyak banyakkan baca Quran

Assalamualaikum w.r.t



Zaman kini, banyak orang kita suka sangat membaca hadith, dan quote hadith itu
dan ini. Ada yg quote dari celah mana pun papa taktau. Orang penulis buku pun
dikatanya hadith. Asal perkataan dia start dgn "Riwayat At-Termizi, Rasulullah telah
berkata..." terus percaya ianya hadith. Padahal sapa2 pun boleh tulis hadith ini.
Dan perkataan Hadith ini bermaksud "narration" atau "cerita". Maknanya cerita orang
sipulan sipulan terdengar sahabat nabi terdengar Nabi berkata begini dan begini.

Namun, ramai lebih suka depend pada hadith2 Sahih. Namun, hadith Sahih pun ada
kandungan yg agak pelik, dan agak tak masuk akal.. seperti ada hadith dimana Nabi
suruh bunuh anjing2 sebagainya.

Ini mmg tak masuk akal sebenarnya kerana Allah melarang kita membunuh makhlukNya.
Nyawa semua makhluk Allah adalah milik Allah. Lain lah musuh2
Islam yang mana nak perang dengan kita ugut kita supaya tinggalkan Islam,
maka barulah kita boleh berjihad memerangi mereka.

Dan banyak lagi hadith lain yg kononnya Sahih, tapi kandungannya mmg
bertentangan dengan ajaran Quran.

Allah sendiri telah bagi warning dalam Al Quran... supaya membaca dan belajar
tentang Islam dari Quran itu sendiri. Bukannya dari Hadith dsb. Kerana Allah telah
berjanji menjaga Quran (dgn meletakkannya di dalam Lauh Mahfuz), tetapi tiada
pula Allah berjanji menjaga hadith2.

Allah juga suruh kita ikut Quran dan Rasul (Sunnah). Tapi itulah misconception
yg berlaku - iaitu Hadith itu bukan Sunnah. Sunnah ialah perbuatan Nabi yg
boleh diikuti sekiranya Nabi itu masih hidup. Tapi bila Nabi telah wafat, maka
berbaliklah kita pada Al Quranul Karim!


"These are the verses of Allah which We recite to you in truth. Then in what
hadith after Allah and His verses will they believe?"

Baca selanjutnya disini: http://www.quransmessage.com

Wallahualam. Semoga kita dapat petunjuk dariNya.
_________________________________________________

Ini Arahan Allah dalam Quran yg suruh Nabi SERAHKAN URUSAN PENJELASAN PADA ALLAH SAJA.
Dan bukanlah tugas Nabi utk membuat penjelasan/penghuraian ayat2 Allah.
Ini bukti bahawa hadith2 Nabi itu tidak boleh dipercayai 100% kerana yg menghuraikannya
itu telah melanggar arahan Allah. Sedangkan Nabi Allah tak suruh jelaskan ayat Quran,
camna orang lain boleh pulak huraikan. Fikir2kan lah.!

Surah Al Qiyamah

__________________________________________________ _______

Ada banyak sangat forumer yg datang, terus je reply begini:
Quote:
Quran mana boleh main baca je.. nanti sesat. Kena cari guru.
Baca tak berguru maknanya berguru dengan syaitan. Jadi
confirm akan sesat dan jadi kafir atau Firaun
Jadi elok saya reply kat sini saja. Jadi cuba fikir kejap kalau
nak post reply sebgini:

1. Jika terjemahan Quran itu boleh sesatkan umat Islam,
maka bukankah patut Jabatan Islam ban saja terjemahan2 yg ada
dari dijual kepada awam?

2. Quran itu diturunkan oleh Allah utk SEMUA MANUSIA. Bukan
utk orang Islam saja. Dan bukan utk ulama saja, sudah mestinya.

3. Terjemahan Quran itu telah diterjemah oleh pakar2 bahasa arab
(Lajnah Tasheh Quran) yg terdiri dari 30+ orang yg masing2
expert bahasa arab.

4. Orang Kafir baca terjemahan Quran dlm bahasa dia fahami
(contoh mat saleh baca dlm bhs Inggeris), mereka boleh faham
dan ada yg masuk Islam selepas itu.

Jadi kenapa pula kita, ORANG ISLAM sendiri, membaca terjemahan
Quran dalam bahasa kita fahami (bhs melayu/inggeris), dikatakan
boleh sesat pulak??

Fikirkan2 lah.

_________________________________________________

Bukti2 bahawa Quran itu Jelas dan Terang. Ini terjemahan
ayat2 Allah dalam Quran. Kalau tak percaya dgn ayat2 Allah ini,
taktau la nak percaya ayat mana lagi? Tanyalah diri sendiri.

(Diucapkan terima kasih byk2 pada saudara RastamanRastaman
kerana mengkompilasikan ayat2 ini utk rujukan).

Disertakan juga ayat dan Surah mana, jadi boleh lah refer kepada
terjemahan masing2 utk semakan kalau tak caye.. hehe.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Al-Baqarah 2:2)

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.
(Al-Baqarah 2:99)

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
(A-li'Imraan 3:138)

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
(An-Nisaa' 4:82)

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisaa' 4:136)

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
(An-Nisaa' 4:174)

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?
(Al-Maaidah 5:104)

Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.
(Al-An'aam 6:26)

Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.
(Al-An'aam 6:155)

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
(Al-A'raaf 7:52)

Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.
(Yunus 10:1)

Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
(Hud 11:1)

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
(Yusuf 12:1)

Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
(Yusuf 12:2)

Padahal engkau tidak meminta kepada mereka sebarang upah tentang ajaran Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari Allah bagi umat manusia seluruhnya.
(Yusuf 12:104)

Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.
(Ar-Ra'd 13:1)

Semua ini adalah terjemahan Al Quran. Yg menjadi masalah kepada kebanyakan kita, ialah kita masih
bersangka bahawa ayat2 Quran itu sangat cryptic, bila Allah kata "Yaa ayuhannass".. maka itulah maksudnya!
Wahai Sekalian Manusia! AnNas.. maksudnya Manusia.. kita lah tu. Dan bila Allah kata "Jannah".. itulah
maksudnya! iaitu Kebun/Taman. Tapi setgh2 golongan mengatakan, Oo.. Jannah itu bukan Taman. Itu
maksud dari segi istilahnya saja... maksud dari segi hadith2nya, lain.. iaitu syurga. Halo? Syurga adalah
perkataan orang Hindu, tahu? Nak kata perkataan ALLAH PILIH TAK TEPAT??? Masya Allah! Allah kata TAMAN
maka ianya TAMAN! Yg mana sungai mengalir dibawahnya!! Yg mana ada pohon2 rendang. Yg mana
semuanya duduk berehat atas kerusi rehat, sambil memakai baju2 sutera tebal warna hijau.. Nak kata
HIJAU itu hanya maksud ISTILAH?? Maksud dari segi hadith manusia, apa HIJAU itu? OREN? MERAH?
Masya Allahhh!!. FIKIR2KANLAH....

_________________________________________________
EDIT 18 Jun 2012: Alhamdulillah kepada saudara2 dan saudari2 yg Menge Thanks Post saya yg kerdil ini.
Walaupun hanya 9 orang, saya amat bersyukur kerana saudara2 ingin fokus kepada Quran, source utama
agama kita, Islam.

Disini, saya ingin membuat list bukti2 hadith Sahih yg bercanggah/tak selari dgn Quran. InsyaAllah saya
akan tambah sedikit demi sedikit selagi saya jumpa hadith2 tersebut.

1. Ber'Qaza' (potong rambut sebelah2) Haram - Hadith Riwayat Bukhari & Muslim.
2. Umat Muhammad akan masuk syurga walaupun berzina atau mencuri.
3. Hukum Zina Rejam Dgn Batu.
4. Hukum Cukur Kening HARAM (hadith)

Terima kasih pada saudara AlEdrus, kerana membawa bukti bahawa hadith2 sahih
ada kepincangan fakta didalamnya.
1. Kepincangan fakta (inconsistent) #1


Utk memahami secara detail TUJUAN saya cipta thread ini, sila baca dgn teliti post dibawah. Terima kasih.


Quote:
Originally Posted by papabaik View Post
Salam.

Saya nak tanya apa tujuan saudara2 membaca Quran.
Sebab dalam Quran ada banyak perkara. Yang mutashabihatnya,
yg muhkamatnya.

Saudara tanya saya tentang ayat berkenaan peristiwa Isra' Mi'raj itu tiada disebut
pun nama "Muhammad" dalam perkataan arabnya. Tetapi Allah guna "hambaKu" (abduh).

Jadi saya tanya saudara, apa yg saudara cari/tujuan saudara membaca ayat itu, atau
ayat muhkamat mana2 pun.

Soalan ini saya tanya kepada SEMUA YG DISINI juga:
APAKAH TUJUAN SAUDARA2 MEMBACA QURAN? DAN DARI FIKIRAN SAUDARA2, APAKAH TUJUAN UTAMA ALLAH MENURUNKAN QURAN ITU?

Untuk tidak perlu menunggu saudara2 reply soalan2 saya ini, saya akan menjawapnya.

DALIL DARI QURAN:
Dari ayat 27, Surah Az Zumar:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia
berbagai misal misal dalam Al-Quran ini, supaya
mereka mengambil peringatan dan pelajaran
.

laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang
keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.

Allah memberikan satu misal perbandingan:
Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi
yang bertentangan tabiat dan kemahuannya; dan seorang hamba lelaki yang
lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua
hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama)
.
Ucaplah: "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu)
bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).



Tujuan kita membaca Quran kerana kita ingin mengetahui apakah mesej Allah
nak sampaikan pada kita. Kita ni hambaNya yg hina, yg selalu meminta2 padaNya, tetapi banyak berbuat salah dan dosa pula. Kadang2 pulak, tak sedari pulak kita dah terbuat kesalahan kepadaNya.

Di dalam Quran, ada ayat tentang:
1. Hukum-Hakam.
2. Hadith-Hadith tentang Manusia2 Terdahulu.
3. Perihal Kekuasaan Allah.
4. Ayat2 Mutashabihat dan lain2 yg mungkin kita belum ketahui.

1. Hukum-Hakam. Tujuan kita membaca tentang hukum2 yg JELAS DAN TERANG adalah supaya kita boleh menjalani hidup tanpa membuat kesalahan2 yg besar yg Allah tidak suka.Undang2 Allah di bumi adalah tiada lain melainkan ujian yg diberikan pada kita.Macam exam sepanjang hidup. Kalau markah tinggi, insyaAllah tinggal selamanya di Jannah. Kalau markah rendah, dan TAK SEMPAT TAUBAT sebelum mati, insyaAllah tinggal di Jahannam selamanya. Ayat2 begini tak perlu hadith2 sahih utk ditokok tambah hukum2 Allah. Sedih juga kerana bab hukum hakam ini, banyak yg ingat tiada dalam Quran, tetapi hanya ada dalam hadith2...dan setgh hadith2 sahih pun ada mengubah dan menambah2 hukum2 Allah walhal Allah tidak meletakkan hukuman bagi sesuatu itu. tapi bacalah sendiri Quran, mmg ada semua hukum2 yg Allah tetapkan diberitahu dgn Jelas dan Terang.

2. Hadith-Hadith tentang Manusia2 Terdahulu. Tujuan kita membaca tentang hadith2 Allah tentang manusia (termasuk nabi2, raasul2) terdahulu adalah supaya kita MENGAMBIL PENGAJARAN dan MESEJ daripadanya. Bukannya utk mengetahui siapakah yg dibawa naik ke Sidratul Muntaha atau sebagainya. Penting kah bagi saudara nak tahu siapa? Allah kata "hambaKu", tak cukup? Adakah saudara akan jadi kurang Islam kalau saudara taktau SIAPA?

Atau adakah saudara2 akan terpegun dgn betapa berkuasanya Allah SWT boleh angkat hambaNya ke pintu Jannah sekelip mata? Itulah bukti Kun Fayakun. Subhanallah. Lebih buat kita rasa kerdil, kerana Allah pun boleh angkat kita ke pintu Jannah, tapi SIAPALAH kita ni? HambaNya yg setiap minit buat dosa... layakke kita nak diangkat ke Jannah? Layakkah kita nak masuk Jannah di Yaum Iddin nanti pun? Aduh.. saya rasa amat tak layak bagi diri saya.. tiap2 hari merayu pun taktau lah mungkin takdapat jugak. Dalam ayat2 sebegini, perihal SIAPA itu kurang penting. Kalau nak tahu jugak SIAPA, carilah hadith2 sahih yg tidak bercanggah dgn Quran. Kalau saudara2 nak tahu SIAPA di dalam ayat2 pengajaran spt ini, tak salah, cuma saudara hanya belajar subjek Sejarah saja. Dapat tahu fakta itu dan ini. Pokoknya tidak berbeza pun keIslaman saudara kalau saudara tahu atau tidak tahu sejarah itu.

3. Perihal Kekuasaan Allah. Perihal kekuasaan Allah juga terang dan jelas. Allah cerita tentang penciptaan bumi dan langit (alam) dalam masa 6 hari. Nak persoalkan kah 6 hari tu hari apa? Dari hari Ahad sampai Jumaat ke atau dari Isnin sampai Sabtu? Nak kena tahu juga ka kat mana Arasy Allah? Tak cukupkah dgn beriman/percaya dengan ayat2 itu? Allah dah kata Allah cipta alam ini dalam masa 6 hari. "Macam mana", dan "hari hari apa", atau "adakah maksud Allah 6 hari itu sama spt 6000 hari di bumi" tidak bezakan keIslaman seseorang itu pun. Jadi terima sajalah fakta itu tanpa menyoalnya lebih2. Pokoknya dapat mesej Allah yg Allah Maha Berkuasa, Maha Perkasa, buat seluruh alam ini! Kita? Buat khemah pun terkial2. Subhanallah.

4. Ayat2 Mutashabihat dan lain2 yg mungkin kita belum ketahui. Ayat2 mutashabihat, yg samar2 maksudnya itu hanya Allah yang mengetahuinya. Ayat2 ini mungkin tidak membawa kebaikan kepada kita sekarang. Namun TUJUANnya sudah tentu PENTING dan Allah sahaja yg tahu. Spt Alif Lam Mim... dan sbgnya.

Sekali lagi saya tekankan, ini bukan panggilan utk berdebat sapa boleh jawap soalan paling banyak. Tapi ini adalah panggilan mengenali Quran, dan mengambil pengajaran dari ayat2 muhkamat Allah, dan mengikut hukum2 yg Allah berikan didalam Quran yang TERANG, JELAS, DAN BERSULUH. Tak perlu hadith sahih utk menjadi seorang Islam yg disayangi Allah.

Jazakallahu khaira
Maaf saudara2 kena baca panjang lebar, tapi post oleh saudara Putera Duyung ini saya rasa sangat berharga, dan saya letakkan disini utk
kita fikir2kan bersama.

Quote:
Originally Posted by Putera Duyung View Post
Maaf sekali lagi mencelah coz nama saya dikaitkan…….. Apabila kita rujuk Al Quran, cara (sunnah) baginda nabi untuk menyatakan akan kebenaran yang baginda sampaikan, Allah arahkan nabi berkata;

QS13:43. Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul." Katakanlah (Muhammad): "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, dan antara orang yang mempunyai ilmu Al Kitab.

QS 17:90-96. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami,….. (baca sehingga ayat 95), Katakanlah (Muhammad): "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya."

QS29:51. Apa, adakah tidak mencukupi bagi mereka bahawa Kami menurunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan bagi kaum yang mempercayai.

29:52. Katakanlah (Muhammad), "Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan bumi. Orang-orang yang percaya kepada yang palsu, dan tidak percaya kepada Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi."

Dalam perkara ini, saya mengunakan kaeada yang sama seperti baginda namun jika bro Jumatmajid dan golongan beliau tidak suka akan cara (sunnah) nabi ini maka terpulanglah……. kerana kebenaran tidak diukur dengan SUMPAH. manusia. Para pembaca thread ini boleh menilaikan siapa sebenarnya ikut sunnah nabi seperti dalam Al Quran siapa yang hanya pandai mendakwa ikut nabi namun hakikatnya hampeh……..

Dan kita renungkan siapa yang banyak membantah;

Allah kata Al Quran itu terperinci, sempurna dan jelas namun golongan sunnah kata TIDAK, sebab perlu ada penjelasan dan perician di luar Al Quran.

Allah kata Al Quran itu lengkap. Sunnah kata TIDAK, sebab ada lagi sambungan dia di luar Al Quran.

Nabi kata baginda hanya sampaikan Al Quran sahaja sebagai wahyu dalm bersyariat, Sunnah kata TIDAK, sebab ada lagi wahyu diluar Al Quran (riwayat2 hadis).

Allah kata jangan ikut seperti umat terdahulu berpecah dalam agama mereka dan mereka sesat sehingga akhir waktu, Sunnah kata TIDAK, itu amaran untuk umat nabi terdahulu je, kami dibolehkan sahaja.

Allah kata yang berhak berfatwa atau buat keputusan berkenaan perkara2 syariat adalah Dia sahaja, Sunnah kata TIDAK, kami pun berhak buat kerja-kerja Allah.

Nabi kata baginda tidak tahu perkara ghaib kecuali yang diwahyukan sahaja, Sunnah kata TIDAK, nabi tahu akan turunnya Nabi Isa, akan adanya Imam Mahdi, akan adanya Dajal.

Allah kata kiamat akan berlaku secara tiba-tiba, Sunnah kata TIDAK, kiamat akan berlaku setelah berlakunya tanda-tanda kiamat.

Allah kata dalam Neraka kekal selama-lamanya, Sunnah kata TIDAK akan keluar selepas habis dosa.

Allah kata jangan ikut jika tiada hujah (dalil) Al Quran dan kamu tiada pengetahuan tentang sesuatu, Sunnah kata TIDAK, jika orang yang kami ikut itu tidak jujur maka biarlah dia tinggal lebih lama dalam nereka daripada kami.

Allah kata Al Quran terpelihara dari segi mesej2Nya, Sunnah kata TIDAK sebab ada sebahagian mesej Allah dalam Al Quran dah dimakan kambing.

Allah kata dalam perut binatang antara kekotoran (najis) ada yang suci, Sunnah kata TIDAK yang kotor juga boleh minum (kencing unta)…..

Allah kata para Nabi dan Rasul mempunyai akhlak yang mulia, Sunnah kata TIDAK, sebab Nabi Musa mandi berbogel di sungai sehingga nampak biji tut…. tutnya.

Ok... mana-mana forumer nak tambah silakan mana tahu ada yang belum tersenari..

Sesungguhnya benar firman2 Allah bahwa manusia itu banyak membantah;

QS 18:54. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; manusia adalah sesuatu yang paling banyak membantah.

QS18:56. Dan Kami tidak mengutus para utusan melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Namun begitu, orang-orang yang tidak percaya membantah dengan yang palsu supaya mereka menyangkal yang benar dengannya. Mereka mengambil ayat-ayat-Ku dan apa yang mereka diamarankan sebagai olok-olokan.

QS19:97. Sesungguhnya Kami memudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu memberi berita gembira dengannya kepada orang-orang yang bertakwa, dan memberi amaran kepada kaum yang membantah.

QS40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian pada pandangan Allah, dan orang-orang yang percaya; demikianlah Allah menutup setiap hati yang sombong, bongkak.

Oleh kerana TT thread ini dah tutup tabir, maka saya pun rasa-rasanya ikut langkat beliau dalam thread ini. Oleh itu saya serahkan kepada pembaca thread ini untuk membuat penilaian bukan berdasarkan kepada sumpah yang berkepentingan terhadap golongan sendiri……. Salamun Alaikum dan Selamat Berpuasa.
__________________
"Quran Is Easy. Do You Not Want To Learn?"
Bacalah Terjemahan Al-Quran Agar Anda Mendapat Petunjuk Dari Allah

Last edited by papabaik; 01-09-2012 at 01:10 AM..
Reply With Quote
The Following 43 Users Say Thank You to papabaik For This Useful Post:
AlEdrus (24-08-2012), amir@fairuz (19-06-2012), ArabSays (14-04-2012), atizura (31-08-2012), Azizi Zillah (03-08-2012), buta it (12-08-2012), Buzz@Off (20-09-2012), Colosuss (06-01-2013), ddshinoda (15-11-2012), Dobit127 (06-06-2013), exofx (11-02-2013), guhetsuto (07-08-2012), hil.my (03-07-2013), hulkhogan (31-03-2014), joee (03-07-2013), k3ryck (11-05-2012), kalau (27-07-2012), Lime Juice (09-08-2012), makmey (03-07-2013), maranello_84 (05-08-2012), mr. ice (17-04-2012), mydesk (25-05-2012), oxygenO2 (08-08-2012), paksu1010 (13-07-2012), Putera Duyung (08-07-2012), qhyrein (05-07-2012), rayban (17-02-2013), rizzmerr76 (07-08-2012), silvermuse (23-08-2012), SOP (05-08-2012), surya 16 (22-06-2013), Syaffieq25 (24-06-2012), syahays (07-08-2012), thawwaff (14-09-2012), Toxic2010 (15-04-2012), unikimee (15-04-2012), untungsakan (21-09-2012), wAk2394 (15-04-2012), wisezairy (04-09-2012), zhang (15-04-2012), ZharifSofia Exchanger (30-06-2012), zulampard (10-05-2012)
Paid Advertisement
  #2  
Old 12-04-2012, 10:07 PM
graynicolls graynicolls is offline
Super Active Member

graynicolls's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2009
Posts: 3,461
Poster Rank: #1122
Thanked 30 Times
Active Level
Default

geng anti hadis
__________________
Quote:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya.
Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”

(HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).
Reply With Quote
  #3  
Old 12-04-2012, 10:08 PM
zamreda zamreda is offline
CG Top Poster Club

zamreda's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Sep 2008
Posts: 31,075
Poster Rank: #37
Thanked 49 Times
Active Level
Default

cmana tu sunnah tu takyah ikut?..
Reply With Quote
  #4  
Old 12-04-2012, 10:11 PM
world world is offline
Super Active Member

world's Avatar
 
Trader Rating: (30)
Join Date: Dec 2006
Posts: 4,965
Poster Rank: #754
Thanked 226 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Allah juga suruh kita ikut Quran dan Rasul (Sunnah). Tapi itulah misconception
yg berlaku - iaitu Hadith itu bukan Sunnah. Sunnah ialah perbuatan Nabi yg
boleh diikuti sekiranya Nabi itu masih hidup. Tapi bila Nabi telah wafat, maka
berbaliklah kita pada Al Quranul Karim!
Mybe TT kena study balik yang ni... tanya pada yang pakar ...
__________________
Sahabat >>>> Jangan penat mengajak kearah kebaikan ,kerana syaitan tidak pernah penat mengajak kearah kejahatan dan malaikat pula tidak pernah jemu untuk mencatat kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan..
Reply With Quote
  #5  
Old 12-04-2012, 10:13 PM
papabaik papabaik is offline
Super Active Member

papabaik's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 4,229
Poster Rank: #904
Thanked 140 Times
Active Level
Default

Sunnah nabi Wajib ikut. Tapi masalahnya Nabi dah tiada.
Jadi sunnah beliau tidak terjaga lagi.

Konfiden kah tuan2 yang hadith2 yang ada sekarang ini tidak
pernah diubah?

Contoh macam Bible. Dari Injil sampai ke versi skrg dah brapa kali
diubah? Old testament tak bagi orang Kristian makan pork. tapi
skrg new testament dah boleh makan pork.

Sama halnya dgn Sunnah Nabi/hadith. Zaman dulu mungkin betul 100%.
tapi zaman skrg.... kita taktau.. mesti ada banyak orang ubah2 utk
kemudahan diri sendiri...

Walhal, Quran itu dijaga oleh Allah SWT. Bagaimana Quran pada zaman Nabi
Muhammad SAW, begitulah juga Quran pada zaman skrg.

Wallahualam.
__________________
"Quran Is Easy. Do You Not Want To Learn?"
Bacalah Terjemahan Al-Quran Agar Anda Mendapat Petunjuk Dari Allah
Reply With Quote
  #6  
Old 12-04-2012, 10:14 PM
tokputih tokputih is offline
CG Top Poster Club

tokputih's Avatar
 
Trader Rating: (23)
Join Date: Apr 2008
Posts: 22,567
Poster Rank: #71
Blog Entries: 4
Thanked 523 Times
Active Level
My Mood:
Default

subhanallah....
__________________

.::Vending Mechine TERRRRMURAH dipasaran.. Klik Disini::.
BulkSMS Murah RM45-Free 250sms

Kasihi Isteri Dengan Jiwamu Bukan Dengan Nafsu
Reply With Quote
  #7  
Old 12-04-2012, 10:15 PM
bangzaf bangzaf is offline
Legendary Member

bangzaf's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Mar 2007
Location: Sabah<>Anfield<>Liverpool
Posts: 14,969
Poster Rank: #144
Thanked 29 Times
Active Level
My Mood:
Default

ini geng kassim ahmad ke?
__________________
-delete-
Reply With Quote
  #8  
Old 12-04-2012, 10:15 PM
forexian forexian is offline
Well-Known
Member

forexian's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2008
Posts: 5,454
Poster Rank: #680
Thanked 52 Times
Active Level
My Mood:
Default

la tt ni anti hadis ke ?
hope tak la ye....
skang ni ramai yg pemikiran camni muncul kat malaysia ni
Reply With Quote
  #9  
Old 12-04-2012, 10:16 PM
papabaik papabaik is offline
Super Active Member

papabaik's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 4,229
Poster Rank: #904
Thanked 140 Times
Active Level
Default

Ini SABDA ALLAH DLM AL QURAN.

"Inilah (Quran) ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan hadith yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?"

Surah Al Jathiya Ayat 6.
__________________
"Quran Is Easy. Do You Not Want To Learn?"
Bacalah Terjemahan Al-Quran Agar Anda Mendapat Petunjuk Dari Allah
Reply With Quote
  #10  
Old 12-04-2012, 10:17 PM
mandrake mandrake is offline
Normal Member

mandrake's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Jan 2007
Posts: 253
Poster Rank: #8676
Thanked 2 Times
Active Level
Default

Subhanaallah... apa nak jadi sekarang ni.. dah akhir zaman patutla..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 03:27 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE