BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemain forex tak hirau fatwa

Saya trade FOREX lagi kerana


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

kaklimah

Active+ Member
Messages
3,237
Joined
Dec 25, 2010
Messages
3,237
Reaction score
4
Points
25
JOHOR BAHRU: Walaupun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam dari mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing (forex) sejak Februari lalu, masih ada yang enggan menerimanya dengan alasan pengharaman hanya dilakukan di negara ini.

Mereka berpendapat, jika benar perniagaan itu haram ia perlu diharamkan di seluruh dunia membabitkan negara lain seperti Indonesia, Arab Saudi dan Mesir, namun statusnya di negara asing masih belum dipastikan.


Hakikatnya, pemain berkenaan sebenarnya bimbang untuk terbabit dalam bidang lain kerana mampu mengaut keuntungan berlipat ganda menerusi forex.

Mendedahkan kejahilan itu, Pengerusi Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia, Norizam Tukiman berkata, dia menerima maklumat ramai pemain forex masih aktif walaupun mereka sedar ia diharamkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.


Katanya, pemain terbabit aktif memperdagangan forex di Internet dan berpendapat mereka tidak perlu menurut garis panduan ditetapkan pihak berkuasa.


“Apabila ditanya, mereka akan mempersoalkan mengapa forex hanya diharamkan di Malaysia sedangkan banyak negara Islam lain tidak melakukan tindakan sama.

Saya tidak mahir soal agama dan pada saya, alasan diberikan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan munasabah dan mengikut arahan dikeluarkan.

Bagaimanapun, sebagai umat Islam saya berpendapat kita perlu mengikut arahan dikeluarkan,” katanya.


Februari lalu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing kerana tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.


Keputusan dibuat selepas kajian Jawatankuasa mendapati perniagaan itu membabitkan spekulasi mata wang selain banyak isu meragukan.

Sumber: Harian Metro
 
Last edited:
hari ni punya..baru terbaca kat HM online td
 
habis tu nak kena buat undang2 ker????????
 
cer letak name Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
baru boley confirm ke x?
 
sepaham den yg jahil nie, kalau sebahagian ulama kata HARAM dan sebahagian lg kata HALAL, maka hukum nya adalah HARUS smpai la kesemua ulama bersepakat kata HARAM :)
 
Negara lain boleh je.

Kalau tak boleh kenapa tk block terus..
 
saya tak main, saya trade. lainkan :eek:
 
Last edited:

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15430
USD / JPY
160.362
GBP / USD
1.33791
USD / CHF
0.79811
USD / CAD
1.39496
EUR / JPY
185.106
AUD / USD
0.70309
Back
Top
Log in Register