Consumer ComplaintsThis section is for serious poster (as a consumer) who like to share their unsatisfying of using products or services by reporting all misconducts, errors, flaws & failures. Attaching some images or videos are recommended.
disini aku nak menyatakan kekesalan aku pada servis pengangkutan awam yang boleh dikatakan agak terkenal dan glemer nih..
ceritanya:
biasanya aku memang akan balik ke kuantan pada ujung minggu menggunakan perkhidmatan bas ekpress.. sebab aku tak guna perkhidmatan diorang..
kebiasaan aku takde masalah time nak pergi dari kuala terengganu ke kuantan..
masa balik aku ske amik bas petang, jadi bas petang yang terakhir biasanya pukul 6.30ptg.. bas diorang ni arr..
sepanjang aku naik bas pukul 6.30 petang nih.. tak penah langsung diorang nih bergerak secara ontime.. biasa memang lambat yang amat, sehingga pukul 7.30mlm baru bas ader.. aku sebagai pengguna masa tu hanya mampu bersabar walaupon masa aku menunggu terbuang dgn sia2..
tapi hari ni(7/4/12), aku telah sampai terminal tepat jam 6.30ptg, bila cek tiket di kaunter, orang kaunter kata bas baru jer bertolak... WTFFFFF... bas yang selama ini yang terkenal dengan kegagalan punctualnya berjaya bertolak awal tanpa ragu..
aku mintak tlg kat orang dier mintak tlg bas pusing kejap.. tapi kata takbley, katanya penumpang misti ader 15minit sebelum bas bertolak, habis yang bas korang hanya ada 1jam selepas waktu sepatutnya bertolak tu korang buat xtau plak??.. hampeh.. bengang betul aku..
jadik lepas nih aku xkan naik bas macam haram nih..
korang ganer???
Quote:
Originally Posted by qimeystore
arituh aku dah kena bas transnasional dari kuantan ke KL gak... aku sampai tuh, bas baru jalan, aku pun kejar ngan motor kawan, berenti depan bas tuh nak naik, tapi driver taknak bukak pintu dan suruh aku ketepi... banyak kali aku tunjuk aku ada tiket.. driver tetap tak layan gak..
terpaksa aku pusing balik ke terminal bas, beli tiket lain kat syarikat bas lain jer.. benci aku transnasional... dah la tempat duduk kedekut taik hidung masin, sempit amat...
aku dah lama boikot transnasional forever...
Quote:
Kecewa pemandu bas Transnasional enggan tunggu penumpang lewat lima minit
2011/08/01
GARA-GARA sikap pemandu bas ekspres yang mementingkan diri sendiri, dua pelajar perempuan persediaan jurusan perubatan dari Kolej Shahputra, Kuantan terpaksa membeli tiket lain untuk pulang ke kampus.
Salah seorang pelajar terbabit ialah adik saya yang juga pemegang tiket bernombor 7A dan 7D yang sepatutnya menaiki bas Transnasional bernombor 605 dari Kuantan ke Kota Bharu di Terminal Makmur, Kuantan pada 29 Julai lalu jam 3 petang tetapi terlewat lima minit. Tiga kawan mereka yang menaiki teksi berasingan untuk ke terminal bas terbabit sempat menaiki bas itu dan telah meminta pemandu bas menunggu sekejap kerana ada dua lagi kawan mereka dalam perjalanan, namun pemandu bas itu tetap meneruskan perjalanan tepat jam 3 petang.
Selepas itu, adik saya menelefon kawannya dan meminta untuk bercakap sendiri dengan pemandu bas, tetapi pemandu terbabit enggan bercakap dengan adik saya.
Kawannya turut merayu supaya bas berhenti di tepi jalan kerana pemandu teksi sanggup menghantar adik saya terus ke bas tetapi tetap tidak dihiraukan.
Sebagai abang, saya amat terkilan dengan sikap ego pemandu bas terbabit kerana semua pelajar itu adalah perempuan dan saya amat bimbangkan keselamatan mereka. Sikap segelintir pemandu bas ini bukan saja boleh merosakkan reputasi syarikat tempat mereka bekerja, tetapi juga reputasi pemandu bas lain secara keseluruhannya.
Kalau pun bukan atas dasar profesional, sekurang-kurangnya lakukanlah atas dasar keprihatinan sesama manusia.
ABANG KECEWA,
Kuala Lumpur.
Trans ni memang siot..nak2 yg gi kuantan.aku naik dari kota tinggi.dahla datang lambat,aku nak ltak beg kat bwh bas tu pon kna marah.SI-al pnye driver..dahtu,ade pnumpang nak turun kat area lpas rompin,kna marah jugak.dahla tak benti,mrh jerit2 plak tu..mentang2 badan beso,ingat aku tak leh tumbok muka dia ke?
Ade skali jela aku naik bas trans ni balik dari kuantan ke kota tinggi driver dia bagus,ok..yg lain2,hampessss..dahla tempat dudok kcik,bas kokak..brenti rehat pon ntah kat mane2 ntah.nak turun kencing pon susah..skarang ni,aku naik bas ekspress MAJU je.tempat dudok slesa,pmanduan lancar.bestla.kalo nk ke kuantan,memang aku takkn naik Trans..ke KL tu ok lagila naik Trans.
Kesimpulannya,ni mentaliti driver Trans tu yg perlu di'Tune' balik.jadilah pemandu ber'hemah',bukan 'k*mak'.bersikap baik kepada pengguna..kitorang bayo gaji korang weh!Pastuh,bas tu kna kasi mantap,baru best jalan jaoh2..yg jual tiket tu pon ltakla awek2 yg cun2,suke snyum,berbudi bahase,boleh toleransi.ini tak,ltak mak2 org,muka ktat,taknak snyum,org tanye taknak jawab,marah2..haish Dahla,mls nk komen lagi..banyak sgt yg tak best dari yg best..
Transnasional mmg aku malas layan dah.
kalo dari kemaman p JB waktu mlm jam 12mlm, slalu kul 1.00pg baru smp.
Byk kali terkena dah.
Nak mai lambat takut kena tinggal bas plak.
Then bas transnasional ni seat kecik. 2-2.
Bas kebanyakan bas lama.
And kalo yg lg malang, aircond sejuk gila smp takleh tido .
p/s:tu dia byk betul complaint aku kt Transnasional
maybe ari ni bas baru skit. sbb tu gerak awal. sy penah kena gak. beli tiket bas kul 1.30 pm dr kuantan ke kota bharu. sampai2 terminal dia cakap bas tunda kul 3.30 ptg sbb rosak. hangin satu badan. bila bas sampai, dia gabung plak penumpang tiket kul 1.30 pm dgn kul 3.30pm.
yg lawak nyer. bila dia cakap bas tunda. aku naik angin la.last2 jual balik tiket tu. g tanya kaunter lain tiket awal skit, semua abis.kul 11 pm & kul 1 pagi je ade..hahaha..last dgn muka x malu g beli balik tiket yg aku jual td. nasib baik x ade org beli lg.hehe. pengalaman naik bas dr kuantan ke kb / kb ke kuantan selama setahun amat mendukacitakan. bas tran mmg buruk. tp skrg ade pilihan baru iaitu bas perdana. selesa lagi..
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE