BTC USD 84,488.4 Gold USD 4,282.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aksesori berlebihan punca kereta mudah terbakar

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 2 April - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan sikap pemilik kereta yang gemar menambah aksesori seperti meletakkan lampu di bawah kenderaan serta mengubah suai sistem audio sebagai punca peningkatan kes kebakaran kenderaan kebelakangan ini.

Ia berlaku apabila mereka menggunakan aksesori yang tidak berkualiti dan sistem pendawaian pula dilakukan oleh mereka yang tidak mahir hingga boleh menyebabkan berlaku kebakaran apabila barangan itu terdedah kepada haba.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pada tahun lalu, kebakaran kenderaan mencatatkan 276 kes berbanding 235 kes pada 2010.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pertandingan Larian Bersama Bomba 2012 di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Kuala Lumpur, Mohd. Tilmizi Mustapa dan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan JBPM Kuala Lumpur, Azizan Ismail.
 
ne_08.1.jpg


Sabri (kanan) nekad menyelamatkan barang hantaran pertunangan semasa keretanya dijilat api di Kampung Kota Tampan, Lenggong semalam.

LENGGONG – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa persiapan hantaran pertunangan adiknya nyaris maut selepas keretanya tiba-tiba terbakar di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Kota Tampan di sini semalam.

Sabri Ishak, 29, berkata, semasa kejadian pada pukul 3.30 petang itu, dia dalam perjalanan pulang ke Kampung Batu 8, Baling, Kedah dari rumah abangnya di Kuala Lumpur.

“Saya bertolak pada awal pagi untuk menghantar beberapa barang hantaran adik perempuan saya yang dijadual melangsungkan pertunangan di kampung pada Sabtu ini.

“Sewaktu menghampiri pekan Lenggong, saya panik apabila kepulan asap tiba-tiba keluar dari pendingin hawa kereta Proton Wira milik saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.


salah satu citer TT bukak semalam. tak yah la tambah2. kekalkan mana yang ada sudah laa.
 
carilah sebab lain wahai pak bomba....
 
speaker leh wat terbakar ke..?

aku sgt2 setuju dgn kenyataan bomba ni...
bukan speaker bro...tp wiring2 yg ditarik ikut dan dan byk wayar gred2 ayam jer yg kedai eksesori pasang.
aku ada sembang dgn pomen lama perodua.kbykkn myvi yg tetiba terbakar sbb wiring kerana ikut dan pasang..tk semesti speaker...alarm jugak terbabit.tu kereta baru skang yg byk tetiba terbakar tgh jln...
keter2 lama jadi mcm ni mmg kurang sbb tk byk benda guna elektronik..
so..kalau nk pasang apa2 beringat la..blh pasang tapi labur la lebih skit untuk brg2 yg gred bagus.dan cari kedai yg tk melepaskan batuk di tangga
 
sejak muncul ron95, byk plak kedengaran kereta terbakar.. fakta bukan auta.
 
takkan la kut
tapi klu pasang turbo,,,jam dinding sampai 3..kat dashbod
jam digital 8
tambah wayar turbo...meme le kut
 
Back
Top
Log in Register