Gesundheit Pharmaceutical & Laboratories Sdn Bhd (GLP) adalah sebuah syarikat tempatan yang bergiat aktif di dalam perusahaan air minuman dan lain-lain produk yang berkaitan dengan kesihatan. Diasaskan pada tahun 2002 oleh Prof Sir Emeritus Amir Hamzah yang merupakan seorang anak jati Melaka, GLP telah memulakan perniagaan air minuman bertenaga (Wave Energy Water) berjenama ECPI yang mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikan. Produk tersebut yang merupakan innovasi teknologi terkini telah mendapat sambutan yang membanggakan bukan sahaja di dalam negeri malahan juga mendapat sambutan yang hangat berikutan permintaan yang tinggi dari pihak-pihak yang berminat dari luar negeri.
GLP mempunyai kilang memproses di Pulai, Melaka dengan seramai 100 orang tenaga kerja. Dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 2,000,000 liter sehari, GLP mampu untuk memenuhi permintaan yang sedia ada dan berdasarkan permintaan yang semakin meningkat GLP bercadang untuk membesarkan lagi pengeluaran pada masa akan datang.
GLP yang mempunyai ibu pejabat di Desa Melawati, Kuala Lumpur sentiasa mensasarkan pengedaran produk yang berkualiti dan bermutu tinggi ini kepada para pengguna. Oleh yang demikian, pengurusan GLP sentiasa menitikberatkan sistem pengedaran dan pemasaran produk secara sistematik seperti memperkenalkan jualan secara multi level (MLM) dan sebagainya.
Ternyata, setelah hampir sedekad, hasil usaha gigih setiap warga kerja GLP telah berjaya menjadikan perniagaan kesihatan ini sebagai salah satu syarikat bumiputera yang berjaya di Malaysia. Lebih membanggakan lagi, ianya kini menjadi ikon kepada usahawan-usahawan yang lain dalam menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya dalam menyahut saranan kerajaan kearah menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.
GLP dengan kerjasama Majlis Diabetes Malaysia (MADIM) akan mengadakan Kempen perangi Diabetes seluruh negara bermula 27 Januari 2012 di Kota bharu dan berakhir pada 26 Februari 2012 di Bayan Baru, Penang. Sila hubungi 03-41058811 untuk keterangan lanjut.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE