BTC USD 81,377.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Sifat Perempuan Yang Menjijikkan, dan Tak boleh di Jadikan Isteri

boey

Legendary Member
gem
Messages
15,508
Joined
Oct 10, 2007
Messages
15,508
Reaction score
57
Points
120
Kalau dah ada post dulu rakan2 buat2 lupa la ye..

Sepertimana sukarnya mencari permata di pelimbahan, begitu juga sukar mencari nilai seseorang untuk dijadikan suri dalam hidup.

Bagi sesetengah lelaki, mencari wanita untuk disayangi dan seterusnya menjadi teman sepanjang meniti kehidupan tidak semudah memilih atau menukar pakaian.

Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya, matlamat untuk hidup bahagia disusuli rasa kasih yang tiada taranya menjadi impian semua pasangan.

Jadi dibawah ini diperturunkan Enam Sifat Perempuan Yang Menjijikkan, dan Tak boleh di Jadikan Isteri:

1. Al-Anaanah:

Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup. Tak redha dengan pergorbanan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah:

Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak memperlekehkan suami, tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi bermacam-macam keperluan kepadanya.

3. Al-Hunaanah:

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah:

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah:

Sibuk bersolek atau tidur atau santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anakl.

6. As-Salaaqah:

Banyak bercakap. Siang malam, pagi petang asik menggosip. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Sumber : bestoneoffour
 
nice info ...
 
peringatan yg bagus..nice info TT
 
ENAM SIFAT PEREMPUAN YANG TIDAK BOLEH DI JADIKAN ISTERI

tp ke enam2 ni dia bg cth selepas jd isteri..

kalau dah kawin ada isteri mcm ni..mcm mana?cerai ke?
 
Alhamdulillah..so far, wife aku xtrgolong dlm sifat2 di atas..mntak djauhkn..
 
Back
Top
Log in Register