BTC USD 81,949.8 Gold USD 4,136.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amerika Syarikat sebenarnya sudah bankrap - Tun Mahathir

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 23 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Amerika Syarikat (AS) kini sebenarnya sudah bankrap tetapi menafikannya kerana beranggapan ia masih menjadi kuasa besar ekonomi dunia.

Berikutan itu, beliau melabelkan AS sebagai sebuah negara yang gagal di dalam ekonominya.

''AS sebenarnya sebuah negara yang gagal kerana bankrap, mencatatkan defisit berganda dan wang yang mereka ada pun adalah wang cetak.

''Tapi AS masih mahu menyangkal kedudukan mereka (bankrap),'' katanya ketika menyampaikan ucaptama di CEO Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Secara sinikal Mahathir berkata, seandainya Malaysia mengalami kedudukan ekonomi yang sama seperti AS, sudah lama negara ini diisytiharkan bankrap.

Bagi menutup kelemahan mereka, AS terus sibuk memperjuangkan demokrasi liberal di Iraq, Afghanistan dan terbaharu di Libya.

Beliau berkata, negara-negara kaya selalu berada dalam radar persaingan sesama sendiri tetapi masih gagal untuk bersaing dengan negara-negara yang baru muncul.

''Negara-negara kaya ini selalu mendesak supaya negara-negara lain melakukan perubahan dan sasaran mereka adalah negara-negara kecil dan miskin.

''Tetapi, apabila melihat keadaan ekonomi negara-negara itu sekarang, nampaknya mereka juga tidak tahu untuk menguruskan kewangan mereka.

''Kegagalan mereka (kendalikan kewangan) menyebabkan negara-negara kecil turut merasai krisis ekonomi yang berpunca daripada mereka,'' tambahnya.

Sambil memberi contoh, Mahathir berkata, selain AS, Greece masih lagi dibelenggu dengan krisis hutangnya.

''Satu-satunya negara yang tidak menerima kesan daripada apa yang berlaku di negara-negara kaya ialah China.

''Sebaliknya, dengan kekayaan yang dimiliki China sekarang, negara itu mampu membeli bon-bon di AS,'' tambah beliau.


---

Betul kata pakcik dulu. Satu masa nanti china akan kuasai dunia. Belajarlah bahasa cina. InsyaAllah mudah di masa hadapan. Kalau tgk la ni China dah jadi kuasa besar dah.
 
batang hidung sendiri fikirkan dulu. tah2 sama je. dah benkrap gak tapi tutup2 cover malu.
 
kan china nak jadi kuasa beso lak nanti....siap perperangan n kelengkapan ketenteraan di udara...klik jer dihujung jari..sampai seketul.kekkee
 
apakah yg telah terjadi .........
 
erk.. usd masih trade .. klu bangkrap .. merudum oo porek .. havoc!!
 
tgk discovery chanel pasal AS cetak wang die..perghh mcm cetak suratkhabar tuh bnyknye.....myb ade betol kate tun nih
 
Back
Top
Log in Register