KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Era FM, Airtime Management Programming (AMP), sehingga kini enggan memberi sebarang kenyataan sama ada Linda Onn, 28, digantung atau direhatkan daripada bertugas di stesen radio itu sekembalinya ke tanah air, Isnin lalu.
Harian Metro difaham, sepatutnya Linda bertugas seperti biasa pada hari sama dia pulang ke tanah air, mulai 4 petang hingga 8 malam.
Bagaimanapun, Linda hanya sempat ke udara selama 20 minit sebelum pengurusan Era menggantikannya dengan Nurul Hana Che Mahzan (Nana AF).
Sementara itu, sumber dalaman Era memberitahu, Linda hanya direhatkan seketika dan bukan digantung.
Pada 26 Februari lalu, Linda ditugaskan bersama VJ Channnel V, Dominic Lau (Dom) mengendalikan Live from The Red Carpet, pada Anugerah Akademi ke-79 di Kodak Theater, Hollywood, Los Angeles (LA), Amerika Syarikat.
Program terbitan Star Movies itu disiarkan di Astro menerusi saluran 42, pada jam 8 malam hari sama.
Oleh kerana Linda tidak muncul pada acara permaidani merah itu kononnya atas alasan pakaian ganti disediakan penganjur program itu, Star Movies, terlalu seksi yang bercanggah dengan prinsipnya, Dom terpaksa melakukan tugasan itu sendirian.
Sebelum berlepas ke LA, Linda memberitahu dia bakal menggayakan busana rekaan Jovian Mandagie, tetapi atas arahan pihak tertentu, Star Movies memintanya menyarungkan baju rekaan Radzuan Radzwill.
Bagaimanapun, Linda mendapati kebaya rekaan Radzuan itu seksi dan tidak sesuai dengan imejnya dan atas alasan mahu mempertahankan prinsip dan maruah dirinya, penyampai radio itu mengambil keputusan tidak muncul di acara berkenaan.
Pemilihan Linda itu berdasarkan persetujuan pihak Astro dan Era sendiri. Oleh itu pastinya tindakan Linda âmeninggalkanâ permaidani merah itu turut memberi kesan kepada kerjayanya di stesen radio berkenaan.
Sementara itu ketika dihubungi, Linda berkata, dia menerima arahan daripada pihak pengurusan Era supaya tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
âSaya serahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. Saya lebih takutkan hukuman Allah daripada manusia.
âAlhamdulillah, saya sedikit pun tidak berasa susah hati kerana saya berada di pihak yang benar.
âSebenarnya saya sendiri tidak tahu kedudukan saya di Era sama ada saya digantung atau direhatkan. Terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan kerana siapalah saya untuk mencampuri keputusan yang bakal diambil nanti,â katanya.
emm...entah ler......no komen
tapi bagus linda ader prinsip hidup...
__________________
jadilah hidup kita seperti benang yg mencantumkan...jangan seperti jarum mencucuk dan melukai org lain...:)cgrock
apa cerita sebenar nya ya aku pun nak tau .... adakah pasal baju .... aku baca dalam harian metro si nini tu cakap pasal linda tak bersedia marah sakan nampak si nini tu
KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Era FM, Airtime Management Programming (AMP), sehingga kini enggan memberi sebarang kenyataan sama ada Linda Onn, 28, digantung atau direhatkan daripada bertugas di stesen radio itu sekembalinya ke tanah air, Isnin lalu.
Harian Metro difaham, sepatutnya Linda bertugas seperti biasa pada hari sama dia pulang ke tanah air, mulai 4 petang hingga 8 malam.
Bagaimanapun, Linda hanya sempat ke udara selama 20 minit sebelum pengurusan Era menggantikannya dengan Nurul Hana Che Mahzan (Nana AF).
Sementara itu, sumber dalaman Era memberitahu, Linda hanya direhatkan seketika dan bukan digantung.
Pada 26 Februari lalu, Linda ditugaskan bersama VJ Channnel V, Dominic Lau (Dom) mengendalikan Live from The Red Carpet, pada Anugerah Akademi ke-79 di Kodak Theater, Hollywood, Los Angeles (LA), Amerika Syarikat.
Program terbitan Star Movies itu disiarkan di Astro menerusi saluran 42, pada jam 8 malam hari sama.
Oleh kerana Linda tidak muncul pada acara permaidani merah itu kononnya atas alasan pakaian ganti disediakan penganjur program itu, Star Movies, terlalu seksi yang bercanggah dengan prinsipnya, Dom terpaksa melakukan tugasan itu sendirian.
Sebelum berlepas ke LA, Linda memberitahu dia bakal menggayakan busana rekaan Jovian Mandagie, tetapi atas arahan pihak tertentu, Star Movies memintanya menyarungkan baju rekaan Radzuan Radzwill.
Bagaimanapun, Linda mendapati kebaya rekaan Radzuan itu seksi dan tidak sesuai dengan imejnya dan atas alasan mahu mempertahankan prinsip dan maruah dirinya, penyampai radio itu mengambil keputusan tidak muncul di acara berkenaan.
Pemilihan Linda itu berdasarkan persetujuan pihak Astro dan Era sendiri. Oleh itu pastinya tindakan Linda âmeninggalkanâ permaidani merah itu turut memberi kesan kepada kerjayanya di stesen radio berkenaan.
Sementara itu ketika dihubungi, Linda berkata, dia menerima arahan daripada pihak pengurusan Era supaya tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
âSaya serahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. Saya lebih takutkan hukuman Allah daripada manusia.
âAlhamdulillah, saya sedikit pun tidak berasa susah hati kerana saya berada di pihak yang benar.
âSebenarnya saya sendiri tidak tahu kedudukan saya di Era sama ada saya digantung atau direhatkan. Terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan kerana siapalah saya untuk mencampuri keputusan yang bakal diambil nanti,â katanya.
emm...entah ler......no komen
tapi bagus linda ader prinsip hidup...
hukum yg basic bertudung tuh selamba laks dia xfollow ni nak cite pasal seksi2 konon..rumors bertiup kencang yg LINDA gagal raptai dan latihan utk sesi red carpet tuh kekekekee kui kui kui entahla labu...
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE