BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tariff Letrik Pulak Akan Naik Demi Mengutamakan RAKYAT

shane

Legendary Member
gem
Messages
14,063
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,063
Reaction score
247
Points
133
09 February 2010
Itu Tak Boleh Ini Tak Boleh.. Habis Apa Yg Keistimewaan Rakyat Akan Dapat Wahai PMku Sayang..!!

Subsidi tenaga tidak lagi boleh dikekalkan - Najib

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pemberian subsidi termasuk di dalam sektor tenaga tidak lagi boleh dikekalkan sebaliknya perlu distruktur semula dan dihapuskan secara berperingkat-peringkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penghapusan subsidi itu akan memberi ruang kebebasan kepada inisiatif swasta dan kuasa pasaran.

Menurut beliau, kerajaan tidak mungkin selama-lamanya mampu memberi subsidi yang lebih dan menawarkan tenaga di bawah harga sebenar.

"Kita (kerajaan) tidak mungkin berupaya untuk terus menanggung subsidi tenaga yang lebih dan murah.

"Kerajaan sepatutnya memberikan peruntukan yang lebih baik kepada sumber-sumber negara, tetapi gagal berbuat demikian kerana terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar dalam subsidi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Ekonomi 1Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.

Menurut beliau, pembentukan industri yang baru perlu dilakukan dengan cara berbeza dan berdasarkan kepada kemahiran, teknologi, akses kepada modal serta sokongan pemasaran.

"Perlindungan tidak lagi boleh diberikan. Kita perlu adil kepada juara domestik kerana mereka akan menjadi juara serantau dan global

"Kita semua akan mengakui realiti ini dan ia adalah baik untuk semua,'' tambah beliau.

Dalam ucapannya, Najib turut memberitahu, kerajaan sedang dalam proses menggaris institusi, polisi dan prosedur untuk memudahkan pelaburan oleh para pelabur.

"Apa yang kita perlukan bukan sahaja untuk tujuan pelaburan swasta yang nyata tetapi juga yang bukan nyata,'' ujar beliau.

Perdana Menteri berkata, kajian Bank Dunia mendapati 60 hingga 80 peratus negara kaya boleh dikategorikan sebagai aset-aset bukan nyata seperti teknologi hak milik, teknologi intelektual , nama-nama jenama dan institusi.

Tegasnya, Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak aset bukan nyata memandangkan ia begitu kritikal.

"Lihat kepada negara-negara berpendapatan tinggi, perusahaan dan industri bernilai tinggi milik mereka mempunyai pelaburan bukan nyata bernisbah tinggi,'' tambah beliau.

sumber

Rakyat dok bayar duit bagi mengkayakan Towkey2 Besar IPP yg dah memang kayaraya & menampung excess capacity letrik yg besar yg dibazirkan di sebabkan kelemahan pentadbiran!!!

PEMIMPIN di TAMAKKAN..
 
takper.. harga naik pun ok... dah sampai masa SUBSIDI perlu dihapuskan....
 
takper.. harga naik pun ok... dah sampai masa SUBSIDI perlu dihapuskan....

Bagaimana dengan subsidi yg kita bayar pada towkey2 kayaraya IPP, pastu IPP jual balik tenaga lebih mahal kepada TNB walaupun IPP dapat subsidi!. Rakyat yg menanggung, padahal letrik adalah keperluan asas yg tak patut di swastakan!!!

Masih perlukah kita bayar subsidi pada mereka yg kayaraya ni & hapuskan subsidi kepada RAKYAT yg sedia terhimpit????
 
takper.. harga naik pun ok... dah sampai masa SUBSIDI perlu dihapuskan....

apa ni tok..atok dh lama idup blh laa kata hrga naik pun ok..huhu..atok dh lm rs subsidi..ini x adil tok..sikit lagi apa lg nak naik..naik laa cpt2 biar lbh cpt pak jib turun..huhu:mad:
 
Rakyat diDAHULUkan...so apa2 jua tindakan harus rakyat merasa dahulu...eheheh...Kita tunggu dan lihat.
 
adakah ini kena mengena ngan bil elektrik yg dihantar melalui pos? aku pun x tau..
 
semua bende nak naik..........
hujan jer yg turun..........
 
semua subsidi dan bantuan nak ditarik je.
mmg benarlah rakyat didahulukan .dalam hal nak naikkan harga mmg rakyat didahulukan.Pencapaian puak2 dorang je diutamakan.
 
aku da banyak kali cakap...subsidi ape nye? duit kita labur bayar tax..mmgla patot kita dapat hasil pelaburan kita dlm cara yg lain..adoyaiiiiiiiiiiiiiii
 
Back
Top
Log in Register