Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,717
Poster Rank: #4
Thanked 1,838 Times
Active Level
My Mood:
Gangguan Perkhidmatan Celcom Disebabkan Kesesakan Panggilan
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Celcom (Malaysia) Berhad memaklumkan gangguan perkhidmatan rangkaiannya yang berlaku Khamis disebabkan oleh node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan secara serentak.
Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu lima kali ganda semasa musim perayaan yang menyebabkan beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan kehilangan signal.
"Perkhidmatan mula pulih secara berperingkat mulai 9 malam dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi.
"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut," katanya.
Gangguan adalah terhadap perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.
Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas.
sms tak terjejas? kalau dah signal takder, nak terima keluar SMS mcmana? budus punyer ayat!!! patut la petang tadi aku on off hdset byk kali..ingatkan N series aku dah rosak...mujur aku tak ketuk ngan tukul..lenkali bgtau la awal2...bukan susah SMS jer bila dah ada signal...smpai skrg celcom tak mohon maaf lg...dah la ptg td aku ada benda penting nak settlekan...hmmmm....bengang tahap gaban gak td...
Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas.
ayat haram jadah xhengat..
bgtau kat ayam pn kena gelak ni..
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE