BTC USD 84,806.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saintis genetik Singapura jadi pemandu teksi

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SINGAPURA - Seorang bekas penyelidik yang pernah mendapat latihan daripada penerima hadiah Nobel bertukar menjadi pemandu teksi sejak November lalu.

Akhbar The Straits Times semalam melaporkan, Dr. Cai Ming Jie (gambar) yang lahir di China sebelum mendapat kerakyatan Singapura, memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang biologi molekular dari Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada 1990.

Beliau menjalani latihan pasca kedoktoran selama dua tahun di Universiti Washington di bawah seliaan pakar genetik terkenal, Prof. Lee Hartwell yang memenangi anugerah Nobel dalam bidang fisiologi pada 2001.

Ming Jie kemudian pernah bertugas di Institut Molekular dan Sel Biologi (IMCB) di bawah Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) pada 1992 sebagai penyelidik genetik sel selama 16 tahun.

Jurucakap SMRT Taxis mengesahkan bekas penyelidik itu ialah pemandu teksi. Ming Jie bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Beliau mendapat perhatian apabila menceritakan pengalaman bertukar kerjaya melalui laman blognya.

Ming Jie tidak lagi bertugas dengan IMCB sejak Mei lalu selepas penilaian Lembaga Penasihat Saintifik (SAB) mendapti kontraknya tidak wajar diperbaharui.

Beliau memohon pekerjaan lain di pelbagai universiti, agensi kerajaan dan firma swasta tetapi gagal sehingga akhirnya hanya menjadi pemandu teksi Toyota Crown dengan SMRT Taxis.

"Perusahaan teksi mungkin menjadi perniagaan tunggal di Singapura yang masih aktif mengambil pekerja," katanya. - Agensi
 
klau saintis mcm nie punya hidup...cmana polak lagi olang melayu punya hidup....
 
melayu? melukut di tepi gantang....dok aje di geylang serai..malam minggu berlonggok tgk kuda kepang...
 
kesian sggh..
mr os dr glemer2 dlu pn jd pemandu teksi gak..
 
kesian nye... terpaksa rupanya..
ingatkan die dah bosan dgn keje die..huhu
 
hidup jangan sombong sangat dgn PhD la Degree la....
Allah yg beri rezeki....
hidup biar sederhana saja....
 
melayu? melukut di tepi gantang....dok aje di geylang serai..malam minggu berlonggok tgk kuda kepang...

ade tu tak mampu bli rumah ddk dlm kemah tepi pantai ank beranak..mane yg bernasib baik kluar s'pore g kije&menetap kat australia..
 
ade tu tak mampu bli rumah ddk dlm kemah tepi pantai ank beranak..mane yg bernasib baik kluar s'pore g kije&menetap kat australia..

tapi datang jb nak beli barang berlagak tak sedar diri.Sombong dan suka buat kecoh.Hari tu datang nak beli barang kat tempat aku, telefon tanya alamat pastu bila direction diberi.. entah dia bawak kereta macam mana kemudian sesat.Sampai je marah-marah.Aku marah dia balik aku suruh dia balik Singapore je.:mad:
 
Back
Top
Log in Register