ni aku cekup dari bharian..korang setuju ke nak tutup je sekolah wktu ni?? tp tak lama lagi nak exam..
Tutup atau tidak
Oleh Faiza Zainudin, Nazura Ngah, Haika Khazi dan Haspaizi Mohd Zain
Pelbagai pihak persoal sekolah terus dibuka ketika peningkatan penularan H1N1
KUALA LUMPUR: Ketika angka korban Influenza A (H1N1) di negara ini mencecah 44 orang berikutan enam lagi kematian dilaporkan semalam, pelbagai pihak terus bercanggah pendapat berhubung desakan supaya semua sekolah ditutup bagi mengelak penularan wabak itu.
Sesetengah pihak pula keliru kerana mendakwa garis panduan berhubung penutupan sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) dikeluarkan pihak berkuasa tidak jelas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pada sidang media di Putrajaya semalam, berkata penutupan sekolah atau IPT hanya langkah terakhir dan boleh dilakukan apabila kehadiran pengajar serta pelajar terlalu sedikit sehingga menjejaskan operasi.
Katanya, pihak sekolah dan IPT bertanggungjawab untuk memutuskan status penutupan kelas, sekolah dan institusi terbabit sekiranya penularan H1N1 sudah tidak terkawal lagi.
"Saya ingin tegaskan penutupan sekolah atau institusi hanya boleh dilakukan dengan nasihat Pejabat Kesihatan Daerah, manakala pengetua wajib memaklumkannya kepada Pengarah Pelajaran Negeri.
"Ibu bapa dan penjaga pula perlu memastikan anak mereka yang mempunyai tanda sakit seperti infleunza (ILI) atau H1N1 tidak ke sekolah bagi mengelak penularan wabak ini," katanya ketika dihubungi.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Mohd Asri Sulong, bagaimanapun mempersoalkan kenyataan Liow kerana ia boleh menyebabkan lebih ramai pelajar dijangkiti wabak itu.
"Apakah kita mahu menunggu lebih ramai pelajar menjadi mangsa baru hendak tutup sekolah. Kita sepatutnya mengambil langkah awal sebelum keadaan menjadi buruk. Ini bukan perkara main-main kerana keadaan sekarang semakin kritikal," katanya ketika dihubungi.
Katanya, majoriti ibu bapa dan penjaga kedua-dua sekolah berkenaan mahu sekolah ditutup segera kerana bimbang anak-anak dijangkiti penyakit berkenaan.
Malah, Berita Harian menerima banyak panggilan telefon dan emel daripada ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan mengenai wabak itu dan meminta kerajaan menutup segera sekolah.
Presiden Fomca, Datuk N Marimuthu juga menggesa kerajaan menimbang cadangan pertubuhan itu supaya cuti sekolah seminggu yang dijadualkan bermula 21 Ogos ini dipercepatkan bagi mengekang penularan H1N1 yang semakin serius.
Katanya, penutupan sekolah mampu mengurangkan interaksi antara warga sekolah, sekali gus mengelak penyakit itu menjangkiti lebih ramai ahli keluarga dan masyarakat.
"Dalam tempoh seminggu, warga sekolah terutama pelajar boleh mempertingkatkan imunisasi badan dan meningkatkan tahap kebersihan.
"Langkah menutup sekolah perlu dilakukan demi kepentingan rakyat. Kenapa tidak rakyat didahulukan ketika berlaku krisis seperti ini? Kenapa kerajaan perlu ego sedangkan ada ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah kerana bimbang dengan penularan H1N1," katanya.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, pula berkata kerajaan sepatutnya mengeluarkan garis panduan yang lebih jelas bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan ibu bapa.
"Garis panduan sekarang mengelirukan kerana ada sekolah atau kelas ditutup walaupun hanya terdapat murid mengalami demam atau selesema biasa," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan gesaan supaya semua sekolah ditutup kerana ia akan menjejaskan persiapan pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, bagaimanapun berkata soal kekeliruan tidak timbul kerana kira-kira 7,000 guru besar di seluruh negara sudah menerima garis panduan yang jelas sejak pertengahan bulan lalu.
"Kita ada garis panduan dan ini diikuti semua guru besar, tidak timbul soal keliru sama ada sekolah perlu ditutup atau tidak kalau ada kes, kerana jika mereka tidak tahu, mereka boleh rujuk kepada pejabat pendidikan daerah terdekat atau Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Kesihatan," katanya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, juga tidak bersetuju sekolah ditutup terutama ketika peperiksaan utama semakin hampir.
"NUTP dari dulu lagi tidak mahu sekolah ditutup, sebaliknya mahu pelajar yang didapati mempunyai simptom H1N1 dikuarantin.
"Bayangkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tinggal 30 hari saja lagi dan ini akan menjejaskan prestasi pelajar jika sekolah ditutup," katanya.
Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chua, pula berkata tindakan menutup sekolah atau IPT tidak menjamin wabak itu dapat dikawal.
"Tutup pun tak guna, jika buka balik, orang yang tak dapat H1N1 dulu pun boleh kena, takkan nak tutup semula.
"Apa yang penting, nasihat orang yang sakit supaya ambil langkah pengawalan, dapat rawatan segera dan duduk rumah, jangan pergi ke mana-mana termasuk sekolah," katanya.
walau nisbagh kematian 44:20 juta.. tapi kita tidak tahu H1N1 ini menyerang sape... sekolah tutup pun tak guna jugak... budak2 yang cuti sepatutnya duk rumah tapi bersepah kat luau.. anggap cuti ni boleh main-main...
walau nisbagh kematian 44:20 juta.. tapi kita tidak tahu H1N1 ini menyerang sape... sekolah tutup pun tak guna jugak... budak2 yang cuti sepatutnya duk rumah tapi bersepah kat luau.. anggap cuti ni boleh main-main...
ye la tok..budak2 kan..cuti dorang akan anggap main2..
tp kalau ada pemerhatian, mungkin dorang takkan main kat luar tok..
cam tak sesuai jer klu tutup, kita tak tau lagi sampai bila virus nih akan ada, kemungkinan vaksin dia leh dapat dalam bulan November nih...
__________________
السلام عليكم Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia,
tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE