Dapatkan Geran-Geran Kerajaan Malaysia - RM50,000++
Salam semua,
Tahu tak korang yang kat Malaysia ni punyalah banyak geran-geran atau funding, tapi tak ramai yang apply? Hari tu aku lepak dengan pegawai MDeC nak discuss pasal MSC application untuk kompeni aku, dan kitaorang bincang le sikit pasal program PreSeed MDeC (www.technopreneurdevelopment.net.my) yang menawarkan fund RM150K untuk prototype. Kata pegawai tu, ramai la jugak yang apply, tapi tak cukup ramai. Oleh itu, diorang pun masih banyak lagi fund yang tak terbagi kat orang...
Ish... orang nak bagi duit, tapi kita tak nak apply.
Anyway, Cradle Investment Programme (www.cradle.com.my) pulak offer lebih kurang sama - RM150K kepada individu-individu yang ada idea komersil yang bernas. RM150K tu untuk prototype je... tak perlu pikir pasal mass production lagi, commercialization ke... kalau prototype tu bagus lepas cycle funding RM150K tu, diorang akan consider bagi lebih.
Geng aku sendiri dah dapat funding untuk 2 projek under Cradle - Bulletpages (RM113,000) dan Lagenda Aurellia (RM150,000). Satu lagi dah approve - Bulletlive - tapi tak tau berapa amaun.
Hari tu aku gi Cradle, terjumpa pakcik sorang ni - application cradle dia dapat approval. Idea dia - alat berkhatan yang menggunakan zipper instead of clamping. Produk nak sunatkan orang le, kalau sapa yang tak paham.
Dan pengalaman aku - tak susah mana weh! Cuma nak kena spend time sikit dengan team ko je...
Contohnya, projek Lagenda Aurellia tu aku apply dengan 2 orang lagi member aku lebih kurang 2 bulan lepas. Sekarang dah approve RM150K, kelmarin project dah kick-off.
Korang tau tak kami bertiga jumpa secara fizikal berapa kali sebelum dapat approval?
2 kali. Kat kedai mamak.
Kali ketiga jumpa kat kedai mamak yang first kitaorang bentang idea, tapi kali ni pasal nak sign contract RM150K tu dengan Cradle.
Pada masa yang sama, application aku kat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.skmm.gov.my) untuk buat e-bahan ajar bebudak 15 tahun ke bawah Al-Quran, sedang diteliti oleh pegawai terbabit. Tapi, according to SKMM, idea aku tu insyaAllah diorang akan fund - cuma diorang kata yang diorang risau yang jumlah RM1.04 juta yang aku apply tu tak cukup untuk aku.
So... aku kat sini nak ajak korang apply je geran-geran ni. Mana tau idea korang tu boleh lulus (pasal FYI, idea Bulletpages aku tu main-main je... tup-tup... dapat la pulak RM113,000).
Kalau tak tau macam mana nak apply, boleh contact aku kat zahir@eilham.net. Atau sms aku nama ko ke 019-2131065 supaya ko boleh jumpa aku kat kedai mamak yang aku discuss Lagenda Aurellia (area seri kembangan).
1.04 juta x cukup? wow.. best nyer klu ade idea2 bernas nih.. dulu masa belajar mmg ade idea nk wat alat pemetik buah kelapa sawit ..tp terbantut.. ekekek.. setakat berangan lebih je kot..tup2 tgk da kuar produk tu .. rasa jeles plak .ekeke
Antara benda yang orang salah faham adalah - Idea kita mesti unik.
Untuk mohon geran-geran ni, idea kita tidak perlu original. Cuma unik pasal ada personal touch kita. Contohnya, Netbuilder Sdn Bhd dapat MSC funding untuk payment gateway Malaysianya... sedangkan, iPay88 dari Mobikom adalah produk yang hampir sama.
Bulletpages adalah advertising portal, tapi dapat funding cradle RM113,000 pasal Cradle fikir Malaysia perlu lebih banyak affordable advertising portal. www.carigold.com ni lagi best dari Bulletpages, tapi bulletpages dapat geran RM113,000 pasal... kami apply.
Daripada mohon pembiayaan along... baik le dari kerajaan (cuma along biasanya tak mintak proposal la... diorang mintak anak bini kucing tangan kaki kepala korang je kalau tak bayar...)
Cepat gak approval diorang kalau proposal kita betul (yang lambat approve tu pasal ramai main taram je tulis business plan).
Dan... kebanyakkan geran ni bukan pinjaman. Tak payah bayar balik.
Hah! Mungkin orang tanya apasal aku promote sangat geran-geran ni?
pasal wakil-wakil badan pembiaya ni mintak aku tolong cari applicant, pasal diorang ada target kena meet in terms of jumlah pembiayaan yang berjaya... dan setakat ni tak ramai applicant pun kalau diorang nak bagi free pun.
P.S: insyaAllah, for MSC MDeC Preseed applicant, kalau dapat approval, boleh pilih duduk opis aku as incubator. Dalam 2 bulan lagi insyaAllah, bangunan opis aku (yang milik partner aku Rizzall) akan di kenali sebagai Persoft Tower - Cybercenter MSC Malaysia.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE