Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > News, Current Issues, Rumours

News, Current Issues, Rumours Share & get daily updated news, current issues from locals to all around the world.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 21,804
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 52,433
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 39,908
More...
  #1  
Old 29-06-2009, 08:20 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,696
Poster Rank: #4
Thanked 1,873 Times
Active Level
My Mood:
Default Jadi ‘wanita’ dalam 24 jam

KUALA LUMPUR: Golongan lelaki berperwatakan lembut sanggup menggunakan sejenis krim hormon ajaib yang didakwa mampu menukar bentuk tubuh mereka kepada wanita dalam tempoh hanya 24 jam.

Krim hormon mencecah RM800 yang dikilangkan secara haram di pinggir ibu kota itu didakwa mampu menumbuhkan payudara selain menyebabkan individu yang memakainya berubah menjadi montok mengalahkan wanita sejati.

Difahamkan, krim hormon haram itu dikesan mula dijual beberapa salun kecantikan yang menyedari krim berkenaan mendapat permintaan tinggi daripada golongan itu yang `terdesak' untuk mengubah jantina tanpa membuang alat kelamin.

Kegiatan salun menjual hormon wanita haram itu dikesan selepas Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan serbuan mengejut kira-kira jam 11 pagi, beberapa hari lalu di premis yang terletak di Chow Kit, di sini.

Sumber berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat pemilik salun itu menjual hormon yang didapati tidak berdaftar dengan KKM.

“Hasil pemeriksaan, pegawai farmasi menemui beberapa tiub berbentuk alat suntikan yang mempunyai krim berwarna putih di dalamnya. Bagaimanapun, selepas disiasat krim itu hormon progesterone dan testosterone,” katanya.

Menurutnya, salun berkenaan milik seorang wanita dipercayai menjalankan kegiatan menjual dan menyapu krim berkenaan pada tubuh dan wajah pelanggan dengan mengenakan bayaran tinggi.

“Hasil pemeriksaan di salun terbabit, pegawai farmasi merampas 15 picagari mengandungi krim berkenaan yang disimpan dalam kotak.

“Semua krim itu dianggarkan bernilai RM4,000 dan dipercayai dibekalkan sebuah syarikat tempatan di Jalan Klang Lama yang mengilangnya secara haram,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa berusaha menjejaki kilang berkenaan sebelum melakukan serbuan mengejut dan mendapati premis terbabit menghasilkan produk tidak dilesenkan.

“Hasil serbuan itu, pegawai Farmasi merampas lebih 100 picagari dan pelbagai bahan mentah diseludup yang dikenal pasti digunakan untuk menghasilkan krim hormon berkenaan. Semua rampasan dianggarkan bernilai RM50,000,” katanya.

Krim hormon haram itu dikesan berbahaya berikutan ia boleh menyebabkan emosi tidak stabil serta meningkatkan sel darah merah dalam tubuh. Ia juga boleh menyebabkan kemandulan jika diambil diambil secara tetap.

Krim hormon tidak berdaftar dengan KKM itu turut berupaya merangsang penyakit berbahaya pada payudara, alat sulit hingga membawa kepada risiko kanser.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 29-06-2009, 08:20 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,696
Poster Rank: #4
Thanked 1,873 Times
Active Level
My Mood:
Default

Sanggup berhabis RM30,000

KUALA LUMPUR: “Saya sanggup berhabis wang lebih RM30,000 semata-mata ingin mengalami transformasi rupa dan bentuk tubuh menjadi wanita sejati demi memuaskan perasaan saya sendiri,” kata seorang mak nyah yang membuat pengakuan menggunakan pelbagai jenis hormon untuk tujuan berkenaan.

Dia yang mahu dikenali sebagai Sally, 26, berkata minatnya menjadi wanita bertitik-tolak daripada sifat semula jadinya yang lembut sejak dari zaman persekolahan lagi.

Menurutnya, dia yang tidak berpuas hati dengan wajah iras lelaki diperkenalkan dengan penggunaan hormon wanita sebagai usaha menukar diri menjadi perempuan.

“Saya diperkenalkan rakan terhadap pil hormon estrogen dan pelbagai pil hormon lain yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Ketika itu, kulit saya sedikit demi sedikit menjadi semakin mulus selain bahagian dada serta punggung bertambah montok,” katanya.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #3  
Old 29-06-2009, 08:42 AM
acan acan is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (20)
Join Date: May 2009
Location: i'm here ~ -_-"
Posts: 19,526
Poster Rank: #91
Blog Entries: 3
Thanked 15 Times
Active Level
My Mood:
Default

aiyaiyai..
ape nk jd daa..
__________________
sedang ketiduran..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 05:08 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE