Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 01-06-2009, 08:28 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,693
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default Warkah terakhir Rosli Dhoby




Korang kenal siapa Rosli Dhoby? Rosli Dhoby ini adalah perjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati, di tali gantung pada 2 Februari, 1950. Dan berapakh usianya pada ketika itu? 17 tahun!! pergh…korang bayangkan la umur muda macam ini dah berjuang. Cuba korang fikir umur 17 tahun korang berjuang apa? Mesti korang menuntut kebebasan untuk mula membuat benda bukan bukan (baru habis SPM).

Sedikit info yang boleh aku kongsikan mengenai Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.
Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semual pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas

Last edited by eboss; 01-06-2009 at 08:33 AM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 01-06-2009, 08:31 AM
bizplan bizplan is offline
Active Member

bizplan's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: Nov 2007
Posts: 2,329
Thanks (Received): 62
Likes (Received): 5
Active Level
My Mood:
Default

apa kena mengena Rosli Dhoby dgn komunis?
__________________
Nak buat web? Ada payment Gateway? PM/Call/SMS +012.669.2445
Portal Dunia Melayu
www.duniamelayu.net
Cube Wardrobe FB : Cube Wardrobe Murah
Kedai Barang Baby n Budak - FB Malaysia Baby and Kids Store
Reply With Quote
  #3  
Old 01-06-2009, 09:09 AM
xalimx xalimx is offline
Super Active

xalimx's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Sep 2006
Posts: 6,921
Thanks (Received): 60
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

surat 1 mac, meninggal di tali gantung 2 feb?
__________________
You have reached your 24 hour download limit. Upgrade to PLUS! Membership!
ok baiklah
Reply With Quote
  #4  
Old 01-06-2009, 09:12 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,693
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by bizplan View Post
apa kena mengena Rosli Dhoby dgn komunis?
Kena baca semula buku 1 kapal 2 Nakhoda...kalau tak silap aku la...ada cerita lengkap tentang Rosli Dhoby nie
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #5  
Old 01-06-2009, 09:13 AM
GSR GSR is offline
Active Member

GSR's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2009
Posts: 1,456
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by bizplan View Post
apa kena mengena Rosli Dhoby dgn komunis?
Tul...tt tolong jelaskan dgn lebih detail..
__________________
AZ MOTORSPORT PLENTONG JB
Spray Painting & Mudguard, Body Custom & Welding, Kereta Terpakai (Loan & Cash), Urusan Puspakom & JPJ
Reply With Quote
  #6  
Old 01-06-2009, 09:13 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,693
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by xalimx View Post
surat 1 mac, meninggal di tali gantung 2 feb?
Ada kesilapan sikit kot
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #7  
Old 01-06-2009, 09:14 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,693
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by GSR View Post
Tul...tt tolong jelaskan dgn lebih detail..
Nanti aku update kan kalau dapat more info
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #8  
Old 01-06-2009, 09:16 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,693
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.

__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #9  
Old 01-06-2009, 09:17 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,693
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Allahyarham Awang Rambli adalah ayahanda kepada pelakon dan penyanyi veteran Dayang Sofia yang terkenal sebagai pelakon dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul Tiga Abdul.

Dayang Sofia juga adalah bekas isteri kepada Datuk Aziz Sattar, pelakon siri filem Bujang Lapok yang juga kawan karib P. Ramlee.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #10  
Old 01-06-2009, 09:26 AM
AILA2002 AILA2002 is offline
Super Active

AILA2002's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2008
Posts: 8,096
Thanks (Received): 323
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

tak ada kena mengena dgn komunis.....
__________________
.......dalam aku..ada Dia......

Dunia Yang Lebih Hijau

Tekan Untuk Download Gambar
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump