Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 5,522
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 29,570
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 21,926
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 08-05-2009, 06:16 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (238)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 110,973
Poster Rank: #3
Thanked 988 Times
Active Level
My Mood:
Default Kompilasi Lagenda Seniman/Seniwati Melayu

Assalamualaikum.........

terdetik di hati untuk sama2 berkongsi kisah seniman dan seniwati perfileman melayu dahulu yang kini makin dilupakan oleh golongan muda kita.

Untuk itu..saya akan sentiasa mengupdate thread ini dengan info2 yang bermanfaat untuk tatapan anda semua..


Al-Fatihah untuk mereka yang sudah meninggalkan kita

Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 08-05-2009, 06:19 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (238)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 110,973
Poster Rank: #3
Thanked 988 Times
Active Level
My Mood:
Default Ahmad Nesfu


Ahmad Nesfu adalah salah seorang pelakon filem Melayu. Ahmad Nesfu turut dikenali dengan panggilan 'Pak Besar' kerana memiliki hidungnya yang besar. Ahmad Nesfu berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan mula terbabit dalam bidang seni sebagai seorang pelakon bangsawan.

Antara lakonan beliau yang paling diingati ialah ketika beliau berlakon dalam filem Seniman Bujang Lapok, di mana beliau memegang peranan sebagai Director Ahmad Nesfu berlakon dengan P. Ramlee. Ahmad Nesfu adalah salah seorang seniman yang dikagumi oleh P. Ramlee.

Antara filem2 lakonan Ahmad Nesfu ialah:

Antara Dua Darjat
Musang Berjanggut
Seniman Bujang Lapok
Pendekar Bujang Lapok
Ibu Mertuaku
Madu Tiga
Tiga Abdul
Nujum Pak Belalang
Reply With Quote
  #3  
Old 08-05-2009, 06:23 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (238)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 110,973
Poster Rank: #3
Thanked 988 Times
Active Level
My Mood:
Default

mungkin ramai yang tidak tahu kenapa saya meletakkan gambar pillbox jepun ini.....sila baca...dan anda mungkin akan terasa sedih akan cerita di akhir hayat ahmad nisfu...






Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat 'extras' Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai 'pak pacak' dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati 'sop kambing' kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal diGeylang Serai dengan 'kari ikan' dan 'dalca rusuk kambing'nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam diMasjid Onan Road (sudah tiada lagi - tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri "Pura Cendana! Pura Cendana!" sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! "Korang usik aku ya!!! setan!!!" Itulah pengalaman nakal saya bersama 'Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana'.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin! al Fatihah!

Reply With Quote
  #4  
Old 08-05-2009, 06:28 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (238)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 110,973
Poster Rank: #3
Thanked 988 Times
Active Level
My Mood:
Default Sedikit Cerita Tentang S Shamsuddin

S Shamsudin masih aktif walau uzur


SEBUT saja nama Sudin atau S Shamsudin, siapa boleh lupa pada aksi lucunya dalam filem Bujang Lapok. Lakonan bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Datuk Aziz Satar itu cukup mencuit hati.

Namun, ramai tidak tahu perkembangan terkini seniman yang menetap di Singapura itu. Khabarnya, pelakon berusia 79 tahun ini baru keluar dari National University Hospital (Singapura).

S Shamsudin atau nama sebenarnya Shamsudin Dali menjalani rawatan di hospital itu selama empat hari kerana penyakit asma, paru-paru berair, tekanan darah rendah dan jangkitan kuman.

"Alhamdulillah, saya sekarang beransur pulih. Mujur doktor mengesahkan ia tidak serius. Buat masa ini, saya perlu banyak berehat dan makan ubat mengikut masa ditetapkan.

"Sebenarnya, saya sudah dua minggu dibenarkan balik ke rumah. Saya dimasukkan ke hospital pada hari raya keempat. Sepanjang menerima rawatan, isteri dan anak yang menjaga saya," katanya ketika dihubungi, kelmarin.

S Shamsudin berkata, semua penyakit itu dihidapinya sejak usia meningkat. Katanya ketika muda dulu, dia kuat dan sihat malah jarang kesihatannya terganggu.

"Biasalah, orang sudah tua. Sakit itu memang tidak dapat dielak. Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) kerana prihatin dengan keadaan saya.

"Pada 7 November lalu, saya menerima sumbangan RM5,000 daripada KeKKWa menerusi Skim Belaan Artis. Terima kasih kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana mewakilkan Finas berkunjung ke Singapura menghantar sumbangan dan meninjau keadaan saya di sini," katanya.

S Shamsudin berkata, dia masih meneruskan aktiviti berlakon apabila menjayakan drama Orang Kaya Baru (OKB). Katanya, dia gembira kerana masih diberi peluang menjayakan drama lapan episod yang diterbitkan produksi Singapura.

"Saya terima tawaran itu kerana minat dan rasa mampu melakukannya. Pada saya, kalau hendak dan larat, saya buatlah. Jika tidak mahu, jangan sesekali diambil," katanya.

Mengenai pengalamannya berlakon pada zaman P Ramlee dengan zaman sekarang, bapa tujuh anak ini mengakui bezanya sangat jauh. Katanya, beliau berusaha mengikut rentak lakonan masa kini.

Selain bercerita soal kesihatan dan perkembangan seninya, S Shamsuddin turut memberitahu beliau akan menerima Anugerah Seri Panggung anjuran Life Music Record, Singapura tidak lama lagi.

Dalam kunjungan Finas ke Singapura pada 7 November lalu, S Shamsuddin yang ditemani isterinya, Che Putih Ismot menerima sumbangan RM5,000 yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd Zulkifli Ab Wahab.

Penolong Pengarah Komunikasi Korporat Finas, Mohd Fazli Abd Aziz berkata, kunjungan itu dibuat selepas mendapat tahu mengenai keadaan kesihatan S Shamsudin.

"Pada 1 November lalu, Dr Rais mengadakan lawatan kerja di Finas dan beliau bertanyakan pada Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim mengenai perkembangan artis veteran.

"Apabila dimaklumkan S Shamsudin tidak sihat, Finas diarahkan menghulur sumbangan kepada seniman itu. Justeru hanya saya bersama Timbalan Ketua Pengarah Finas dan Aimi Jarr yang berkunjung ke Singapura," katanya.

Fazli berkata, Finas sentiasa memantau perkembangan artis veteran sama ada di negara ini dan Singapura. Katanya, jika mereka didapati kurang sihat, Finas sedia menghulurkan bantuan.

"Baru-baru ini ketika majlis berbuka puasa, Finas turut menyerahkan sumbangan kepada 13 artis veteran antaranya Datuk Ahmad Mahmud, Hussein Abu Hassan, Yusni Jaafar, Karim Latif, Param, Ali Rahman dan Yahya Sulong.
Reply With Quote
  #5  
Old 08-05-2009, 06:37 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (238)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 110,973
Poster Rank: #3
Thanked 988 Times
Active Level
My Mood:
Default Salmah Ahmad


Salmah Ahmad dari filem Selindang Merah.


NAMA Salmah Ahmad dalam dunia filem Melayu klasik mungkin tidak sehebat atau menonjol seperti Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado, Latifah Omar, Zaiton atau Allahyarham Normadiah, Saadiah dan Kasma Booty.

Bagaimanapun, Salmah adalah pelakon yang digandingkan dengan Maria Menado sebagai salah seorang bintang utama bagi tiga filem pontianak berturut-turut iaitu Pontianak (1957), Dendam Pontianak (1957) dan Sumpah Pontianak (1958).

Ketika itu, beliau berumur 20 tahun. Dalam usia semuda itu, nama Salmah sering menjadi pilihan utama pengarah di studio Cathay Keris Film seperti BN Rao dan Datuk L Krishnan.

Selepas membintangi siri pontianak, beliau dipilih oleh Krishnan untuk berlakon filem Chinta Gadis Rimba (1958), yang dipadankan daripada novel karya Harun Amin al-Rashid. Pelakon lain dalam filem ini ialah S Roomai Noor, M Amin dan seorang gadis berketurunan Dayak dikenali sebagai Narang.

Salmah, pada usia belasan tahun dikatakan gemar memasuki pertandingan ratu cantik kerana sering mendapat dorongan daripada kawan-kawannya.

Pada tahun 1954 ketika berumur 17 tahun, beliau memenangi gelaran Ratu Cantik dalam satu pertandingan anjuran Umno Johor Bahru. Tidak lama selepas dimahkotakan Ratu Umno, Salmah ditemui oleh seorang wakil dari Cathay Keris Film dari Singapura yang menawarkannya berlakon dalam filem Azan arahan L Krishnan pada 1956.

Bagaimanapun, tawaran itu ditolak kerana berasakan dirinya masih terlalu muda selain perasaan malu dan takut yang menebal dalam dirinya.

Wakil dari studio Cathay Keris Film sekali datang menemui Salmah untuk berlakon sebuah filem yang menjanjikan tawaran lebih baik dan selain tempoh penggambarannya agak singkat iaitu 16 hari saja.

Tawaran kali kedua itu adalah untuk membintangi filem Pontianak arahan B.N Rao dan skripnya ditulis oleh A Razak pada tahun 1957. Walaupun filem ini mendapat sambutan baik daripada penonton, Salmah masih tidak berminat untuk meneruskan kerjayanya sebagai lakonan.

Maria Menado berusaha bersungguh-sungguh memujuk Salmah untuk meneruskan pembabitannya dalam lakonan, sekurang-kurangnya dua lagi siri Pontianak. Melihat kesungguhan Maria, beliau bersetuju berlakon dalam filem Dendam Pontianak dan Sumpah Pontianak.

Selepas berasakan dirinya semakin serasi dengan kerjaya lakonan, Salmah membuat keputusan untuk mengikat kontrak dengan Cathay Keris Film selama tiga tahun.

Apabila kontraknya tamat pada tahun 1960, Salmah menerima tawaran lebih baik dari studio Merdeka Film Productions (MFP) di Hulu Klang, Selangor. Filem pertamanya bersama MFP ialah Tun Tijah arahan L Krishnan. Beliau digandingkan dengan Abdullah Chik (Allahyarham) selain Mustapha Maarof, Rahimah Alias dan Nyak Osman.

Seterusnya pada tahun 1962, Salleh Ghani mengambilnya berlakon untuk filem Siti Payong untuk beraksi bersama-sama Kasma Booty dan Datuk Mustapha Maarof.

Salmah bangga kerana beliau adalah pelakon perintis dalam sejarah penubuhan MFP. Filem terakhir lakonannya ialah Tun Mandan pada 1964, arahan Salleh Ghani berdasarkan skrip Abdul Shukor Harun. Fiem ini turut dibintangi oleh Abdullah Chik, Rosmawati, Mahyon Ismail dan Hashim Hamzah (suami kepada Allahyarham Noraini Hashim).



PROFIL: Salmah Ahmad

Nama: Salmah Ahmad

Tarikh Lahir: 7 September 1937

Asal: Jalan Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Mula Berlakon: 1957

Filem Pertama: Pontianak arahan B.N Rao

Filem Terbaik: Tun Mandan arahan Salleh Ghani (1964)

Filem Lakonannya: Pontianak (1957), Dendam Pontianak (1957), Sumpah Pontianak (1958), China Gadis Rimba (1958), Satay (1958), Nur Islam (1960), Selendang Delima (1958), Mahsuri (1958), Jula Juli Bintang Tiga (1959), Che Mamat Parang Tumpul (1960), Tun Tijah (1960), Keris Sempena Riau (1961), Selendang Merah (1962), Siti Payung (1962), Ibu Ayam (1963), Anak Manja (1963) dan Tun Mandan (1964).

Penghargaan: Anugerah Khas Seniwati Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) pada 4 Ogos 2007 di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
Reply With Quote
  #6  
Old 08-05-2009, 07:23 AM
ashrap_gpunk ashrap_gpunk is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2009
Posts: 3,007
Poster Rank: #1223
Thanked 2 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by NEMO View Post
[B][I][U]Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin! al Fatihah!

tak tau plak akhir hayat die mcm tu..
__________________
Mind Your Own Business.
syuh syuuuhh!!
Reply With Quote
  #7  
Old 09-05-2009, 07:15 AM
ExAvantz ExAvantz is offline
Legendary Member

ExAvantz's Avatar
 
Trader Rating: (10)
Join Date: Mar 2007
Posts: 11,590
Poster Rank: #202
Thanked 74 Times
Active Level
My Mood:
Default

bagus thread ni...
teruskan
aku takde sumber... tapi suka membaca
tq
__________________
Tel/Whatsapp : 0162209644
Kami menyediakan sebarang perkhidmatan kerja civil, engineering, elektrikal, piping, machine, marine dan apa sahaja kerja dengan harga yang berpatutan. Sila hubungi untuk keterangan lanjutan.
Reply With Quote
  #8  
Old 09-05-2009, 07:48 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (238)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 110,973
Poster Rank: #3
Thanked 988 Times
Active Level
My Mood:
Default Saloma

Keratan akhbar BERITA HARIAN Singapura tanggal April 1983 yang melaporkan Biduanita Saloma sedang sakit. Ini adalah di tahun akhir Biduanita sebelum pulang ke Rahmatullah.

Reply With Quote
  #9  
Old 09-05-2009, 07:51 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (238)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 110,973
Poster Rank: #3
Thanked 988 Times
Active Level
My Mood:
Default

Armalie Aman Ramlie, anak tunggal Saloma bersama A. R. Tompel meninggal dunia pada 6 Ogos 2006 kerana serangan jantung, di kediamannya di Kpg Batu Belang, Tampin, Negeri Sembilan.
Reply With Quote
  #10  
Old 09-05-2009, 07:53 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (238)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 110,973
Poster Rank: #3
Thanked 988 Times
Active Level
My Mood:
Default

Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:11 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE