Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 24,096
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 54,717
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 42,069
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 23-03-2009, 05:25 AM
izack1981 izack1981 is offline
Legendary Member

izack1981's Avatar

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Feb 2007
Location: Meronda Di CG
Posts: 10,330
Poster Rank: #273
Thanked 62 Times
Active Level
My Mood:
Thumbs up Sejarah Awal Kedah


Bendera Negeri Kedah.


Lambang Negeri Kedah.


Pemandangan Di Kedah.


Peta Negeri Kedah


Lagu Negeri Kedah.
Allah Selamatkan Sultan Mahkota adalah lagu negeri Kedah Darul Aman
Quote:
Allah selamatkan Sultan Mahkota
Berpanjangan usia diatas Takhta
Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata
Sejarah Awal Kedah
Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.

Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.

Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).

Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.

Garis masa Kesultanan Kedah
* 1136: Sultan Al-Mudzafar Shah I (1136 - 1179)
* 1179: Sultan Mu'adzam Shah (1179 - 1202)
* 1202: Sultan Muhammad Shah (1202 - 1236)
* 1236: Sultan Muzzil Shah (1236 - 1280)
* 1280: Sultan Mahmud Shah (1280 - 1321)
* 1321: Sultan Ibrahim Shah (1321 - 1373)
* 1373: Sultan Sulaiman Shah I (1373 - 1423)
* 1423: Sultan Ataullah Muhammad Shah I (1423 - 1473)
* 1473: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah I (1473 - 1506)
* 1506: Sultan Mahmud Shah II (1506 - 1547)
* 1547: Sultan Mudzaffar Shah II (1547 - 1602)
* 1602: Sultan Sulaiman Shah II (1602 - 1626)
* 1626: Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1626 - 1652)
* 1652: Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1652 - 1662)
* 1662: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1662 - 1688)
* 1688: Sultan Ataullah Muhammad Shah II (1688 - 1698)
* 1698: Sultan Abdullah Mu'adzam Shah I (1698 - 1706)
* 1706: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I (1706 - 1710)
* 1710: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 - 1778)
* 1778: Sultan Abdullah Mukarram Shah II (1778 - 1797)
* 1797: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (1797 - 1804)
* 1804: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845)
* 1845: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1845 - 1854)
* 1854: Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (1854 - 1879)
* 1879: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1879 - 1881)
* 1882: Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1943)
* 1943: Sultan Badlishah (1943 - 1958)
* 1958: Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah (1958 -)


Sejarah Awal Alor Setar
Alor Setar atau dikenali sebagai Alor Star merupakan ibu negeri Kedah Darul Aman, Malaysia dan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar. Tempat kelahiran Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat.

Asal usul
Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar adalah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.

Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.

Jalan Raya
Alor Setar mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Utara Selatan menghubungkan Alor Setar dengan Negara Thai di utara dan bandar-bandar di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Terdapat dua susur keluar ke Alor Setar: Alor Setar Selatan dan Alor Setar Utara.

Bas
Alor Setar mempunyai hab pengangkutan awam bas dan teksi yang agak selesa, iaitu Shahab Perdana di Lebuhraya Sultanah Bahiyah (sebelum ini dikenali sabagai Jalan Sultanah selepas ditukar daripada Jalan Day). Shahab Perdana mempunyai dua terminal bas bagi perjalanan dalam bandar dan antarabandar. Terdapat juga perjalanan harian pergi balik ke Pulau Pinang untuk kemudahan orang yang bekerja.

Kereta Api
Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai stesen perhentian di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar. Ianya terletak berseberlahan dengan Kolej tertua di Kedah iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid atau KSAH.


Logo Kolej Sultan Abdul Hamid


Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid

Lagu sekolah
Quote:
Strong loyalty we give our king
Firm friendship we would like to bring
We march along with strength and will
To help our country win
We aim for truth and courage
For virtues and for values
We're girls and boys of Kolej
Good Kolejians are we

K.S.A.H Alma mater
K.S.A.H young Kolejians all

The problems of the world we face
Seem very small like earth in space
The rainbow of the sky we chase
A great and worthy race
We pupils here are happy
We're cheerful with no worries
For aren't we young Kolejians
We are and proud to be

K.S.A.H Alma mater
K.S.A.H young Kolejians all
Persatuan Bekas Pelajar
Sekolah ini mempunyai persatuan bekas pelajar yang dikenali sebagai Sultan Abdul Hamid Old Collegian Association (SAHOCA). http://www.sahoca.org/web/

Tokoh dikenali
* YTM Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya- Menteri Besar Kedah Ke-2 (1954 - 1959)
* Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin(Dato' Seri Maha Wangsa) - Menteri Besar Kedah Ke-3 (1959 - 1967)
* T.Y.T Tun Dato' Seri Utama Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin - Menteri Besar Kedah Ke-4 (1967 - 1978), T.Y.T Yang di-Petua Negeri Melaka Ke-5
* Dato' Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin - Menteri Besar Kedah Ke-5 (1978 - 1985)
* Tan Sri Haji Osman Bin Haji Aroff- Menteri Besar Kedah Ke-6 (1985 - 1996)
* Tunku Abdul Rahman- bekas Perdana Menteri Malaysia pertama.
* Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4.
* Daim Zainuddin - bekas Menteri Kewangan Malaysia ke-6.
* Prof. Emeritus Shahnon Ahmad - Sasterawan Negara
* Murad b. Ahmad - Ketua Pengarah Penjara ke-4
* Akmal Rizal - Bekas pemain bola sepak Kedah dan Kebangsaan.


Pesawat
Alor Setar mempunyai lapangan terbang yang baru untuk menggantikan lapangan terbang yang lama. Lapangan tersebut mempunyai nama yang sama, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Ia terletak di Kepala Batas, 8 km dari bandaraya. Pada masa ini, hanya Penerbangan Malaysia dan AirAsia, masing-masing, menyediakan perkhidmatan pergi-balik dari Kuala Lumpur.



Dataran Lang atau Eagle Square berhampiran jeti Kuah.

Sejarah Awal Langkawi (Pusat Perlacongan)
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Asal-usul Nama Langkawi
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, ia menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi adalah beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh tradisi hindu jawa.

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.

Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

P/S: Ada lagi artikel menarik tentang Negeri Kedah?
__________________
Nak Jimat Duit Dengan PREPAID? Sertai ONEXOX
YM: izack1981 Tel/SMS: 013-514 9783 / 017-546 8083
Untuk membeli starterpack ONEXOX, Sila kunjungi saya di 89, Taman Kempas, Jalan Kempas 6, 06010 Changlun, Kedah. Silalah datang beramai-ramai..


Last edited by qreemall; 23-03-2009 at 06:12 PM.. Reason: Rasanya lebih sesuai tajuk ini.
Reply With Quote
The Following 5 Users Say Thank You to izack1981 For This Useful Post:
ahib0205 (08-05-2011), Anorexia (09-05-2011), Kurma (23-03-2009), Procodine (24-03-2009), qreemall (23-03-2009)
Paid Advertisement
  #2  
Old 23-03-2009, 06:21 AM
izack1981 izack1981 is offline
Legendary Member

izack1981's Avatar

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Feb 2007
Location: Meronda Di CG
Posts: 10,330
Poster Rank: #273
Thanked 62 Times
Active Level
My Mood:
Default


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

Latar Belakang
Dr. Mahathir dilahirkan di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pada 20 Disember 1925. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar berketurunan separuh India (anak kepada seorang Malayalee yang berhijrah ke Malaysia dari Kerala, India) sementara ibunya seorang Melayu bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Dalam autobiografinya, Dr. Mahathir mengaku bahawa beliau mempunyai keturunan orang India yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India (di mana tempat asal orang Malayalee), manakala ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan dirinya sebagai Melayu yang tulen.

Nama datuk beliau, "Iskandar" turut diabadikan pada sebuah sekolah rendah di bandar Alor Setar, Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar. Manakala ayahnya pula adalah guru bahasa Inggeris dan juga Guru Besar pertama Sekolah Inggeris di Alor Star, sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Di sekolah tersebut, bapa beliau dipanggil sebagai "Master" atau "Mohamad Iskandar".

Ibunya mempunyai kaitan keturunan dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri Besar Kedah yang berusaha membangunkan pertanian di Kedah melalui terusan yang terkenal dengan nama 'Terusan Wan Mohamad Saman' atau Sungai Korok.

Beliau mempunyai 9 adik-beradik, iaitu empat perempuan dan lima lelaki, yang mana Dr. Mahathir merupakan anak bongsu. Empat dari mereka (dua lelaki dan dua perempuan) adalah saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohammad bin Iskandar dengan isteri yang pertama.

Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.


Kerjaya dan Keluarga
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah :

* Marina Mahathir
* Mirzan Mahathir
* Melinda Mahathir
* Mokhzani Mahathir
* Mukhriz Mahathir
* Maizura
* Mazhar
* Daniel Fariezs

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Star yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.

Penglibatan Dalam Politik
Kerjaya politik Dr. Mahathir bermula pada tahun 1945 apabila beliau aktif dalam dalam beberapa kesatuan antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan akhirnya dalam UMNO. Dr. Mahathir buat pertama kalinya bertanding dan memenangi pilihan raya umum sebagai calon Perikatan bagi Kawasan Parlimen Kota Setar Selatan pada tahun 1964. Pada pilihan raya umum 1969 yang mencetuskan rusuhan kaum, Dr. Mahathir tewas di tangan calon PAS.

Beliau seterusnya dipecat dari UMNO kerana perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan UMNO. Pada masa ini beliau telah menghasilkan bukunya The Malay Dilemma bagi menerangkan masalah orang-orang Melayu dalam konteks perpaduan negara. Beliau diterima semula menyertai UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 1973. Dalam pilihanraya 1974, beliau bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu atas tiket Barisan Nasional dan menang tanpa bertanding. Berikutan dengan kemenangan itu, Dr. Mahathir dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak.

Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi pertama Majlis Pelajaran Tinggi yang ditubuh pada 1966 seterusnya sebagai Ahli Majlis Penasihatan Pelajaran Tinggi dan juga pernah menjadi Ahli Universiti Court, Universiti Malaya. Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada awal tahun 1976, Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri Malaysia melantik Dr. Mahathir sebagai timbalannya. Walaupun mejadi Timbalan Perdana Menteri, tugas beliau sebagai Menteri Pelajaran dikekalkan dan pada 1978 beliau bertugas sebagai menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Berikutan peletakan jawatan Tun Hussein sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, Dr. Mahathir yang pada ketika itu menang kerusi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-empat.
__________________
Nak Jimat Duit Dengan PREPAID? Sertai ONEXOX
YM: izack1981 Tel/SMS: 013-514 9783 / 017-546 8083
Untuk membeli starterpack ONEXOX, Sila kunjungi saya di 89, Taman Kempas, Jalan Kempas 6, 06010 Changlun, Kedah. Silalah datang beramai-ramai..


Last edited by izack1981; 23-03-2009 at 06:50 AM..
Reply With Quote
  #3  
Old 23-03-2009, 08:10 AM
izack1981 izack1981 is offline
Legendary Member

izack1981's Avatar

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Feb 2007
Location: Meronda Di CG
Posts: 10,330
Poster Rank: #273
Thanked 62 Times
Active Level
My Mood:
Default


Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia Pertama)

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

Pendidikan
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.
__________________
Nak Jimat Duit Dengan PREPAID? Sertai ONEXOX
YM: izack1981 Tel/SMS: 013-514 9783 / 017-546 8083
Untuk membeli starterpack ONEXOX, Sila kunjungi saya di 89, Taman Kempas, Jalan Kempas 6, 06010 Changlun, Kedah. Silalah datang beramai-ramai..


Last edited by izack1981; 23-03-2009 at 08:14 AM..
Reply With Quote
  #4  
Old 23-03-2009, 08:19 AM
tomie tomie is offline
Temporarily Banned for 1 Week

 
Trader Rating: (28)
Join Date: Dec 2006
Location: Sedaka, Yan
Posts: 61,857
Poster Rank: #7
Blog Entries: 1
Thanked 7,789 Times
Active Level
My Mood:
Default



















Last edited by tomie; 23-03-2009 at 08:23 AM..
Reply With Quote
  #5  
Old 23-03-2009, 08:23 AM
izack1981 izack1981 is offline
Legendary Member

izack1981's Avatar

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Feb 2007
Location: Meronda Di CG
Posts: 10,330
Poster Rank: #273
Thanked 62 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by tomie View Post
Yang Ni Balai Besar (Istana Pelamin) berdepan dengan Masjid Zahir Alor Setar.


Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Sejarah
Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Binaan Bangunan
Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.

Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.


Sejarah Muzium Padi
Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia" dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.

Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat.
__________________
Nak Jimat Duit Dengan PREPAID? Sertai ONEXOX
YM: izack1981 Tel/SMS: 013-514 9783 / 017-546 8083
Untuk membeli starterpack ONEXOX, Sila kunjungi saya di 89, Taman Kempas, Jalan Kempas 6, 06010 Changlun, Kedah. Silalah datang beramai-ramai..


Last edited by izack1981; 23-03-2009 at 08:37 AM..
Reply With Quote
  #6  
Old 23-03-2009, 08:33 AM
izack1981 izack1981 is offline
Legendary Member

izack1981's Avatar

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Feb 2007
Location: Meronda Di CG
Posts: 10,330
Poster Rank: #273
Thanked 62 Times
Active Level
My Mood:
Default


Istana Pelamin (atau Rumah Pelamin) telah dibina pada tahun 1736 semasa pemerintahan Y.A.M. Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah, pemerintah Kedah yang ke-19 (1710-1778).

Istana ini mendapat nama "Istana Pelamin" setelah berlangsungnya istiadat perkahwinan DiRaja yang paling meriah pada tahun 1904, iaitu perkahwinan lima putera dan puteri Almarhum Sultan Abdul Hamid. Pada hari ini, Istana Pelamin telah dijadikan Muzium DiRaja Kedah yang telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1983.

Istana Pelamin telah menempuh pelbagai perubahan sejak ia dirosakkan oleh Bugis pada tahun 1771 dan terbiar semasa pendudukan Siam dari tahun 1821 hingga 1842. Pada tahun 1851, Istana Pelamin diperbaiki oleh Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

Istana Pelamin terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu :

* Ruang sebelah kanan yang dikenali sebagai "Rumah Pelamin";
* Ruang tengah sebagai kediaman kaum perempuan dan kanak-kanak;
* Ruang sebelah kiri yang pernah didiami oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Selepas beberapa ketika, Sultan Abdul Hamid telah berpindah ke bahagian belakang Istana Pelamin.

Istana ini telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Kedah serta kerabat-kerabat DiRaja. Beberapa adat istiadat diraja seperti kenduri kahwin dan upacara perkahwinan juga telah diadakan di istana tersebut.

Istana ini juga merupakan tempat di mana Y.A.M. Tunku Abdul Rahman Al-Haj diputera dan dibesarkan. Di perkarangan istana ini terdapat Masjid Zahir yang juga merupakan Masjid Diraja.

Balai Nobat
Menjelang pembukaan Bandar Alor Star pada tahun 1735 oleh Sultan Mahammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), beberapa bangunan awal yang siap dibina termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Rekabentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ia diperbuat daripada kayu.

Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-25 (1854-1879), Balai Nobat yang baru setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.

Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan baru diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ia mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.

Di Balai Nobat ini disimpan segala alat Nobat termasuklah serunai, nafiri, gendang dan gong yang dimainkan dalam upacara-upacara tertentu seperti pertabalan, kemangkatan dan lain-lain upacara rasmi.

Balai Seni
Balai Seni negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals".

Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di tengah-tengah pusat penempatan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu yang merupakan lanjutan daripada kekuatan "Empayar Sri Vijaya".

Bangunan Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan tempat simpanan khazanah dan pusaka bersejarah yang menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini dibina pada tahun 1978.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka kepada orang ramai pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
__________________
Nak Jimat Duit Dengan PREPAID? Sertai ONEXOX
YM: izack1981 Tel/SMS: 013-514 9783 / 017-546 8083
Untuk membeli starterpack ONEXOX, Sila kunjungi saya di 89, Taman Kempas, Jalan Kempas 6, 06010 Changlun, Kedah. Silalah datang beramai-ramai..


Last edited by izack1981; 23-03-2009 at 06:20 PM..
Reply With Quote
  #7  
Old 23-03-2009, 08:43 AM
izack1981 izack1981 is offline
Legendary Member

izack1981's Avatar

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Feb 2007
Location: Meronda Di CG
Posts: 10,330
Poster Rank: #273
Thanked 62 Times
Active Level
My Mood:
Default

Sejarah Mahsuri
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Kehidupan
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Fitnah
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.


Batu penanda tentang kematian Mahsuri.

Air Terjun Telaga Tujuh
Telaga Tujuh (Seven Wells) merupakan rangkaian air terjun mengalir ke tujuh telaga semula jadi. Curahan dari telaga pertama terjadi sebatang sungai kecil dan menerusi ke telaga yang lain.

Berdasarkan rakyat, ini adalah tempat permainan bidadari dan syaitan. Berdekatan dengan Air Terjun Telaga Tujuh adalah Berjaya Langkawi dan Mutiara Burau Bay Resort. Kedua-duanya mempunyai pantai di depan.

Pulau Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.
__________________
Nak Jimat Duit Dengan PREPAID? Sertai ONEXOX
YM: izack1981 Tel/SMS: 013-514 9783 / 017-546 8083
Untuk membeli starterpack ONEXOX, Sila kunjungi saya di 89, Taman Kempas, Jalan Kempas 6, 06010 Changlun, Kedah. Silalah datang beramai-ramai..


Last edited by izack1981; 24-03-2009 at 04:49 AM..
Reply With Quote
  #8  
Old 23-03-2009, 05:57 PM
izack1981 izack1981 is offline
Legendary Member

izack1981's Avatar

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Feb 2007
Location: Meronda Di CG
Posts: 10,330
Poster Rank: #273
Thanked 62 Times
Active Level
My Mood:
Default


Pantai Merdeka
Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar.

Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.

Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.

Pulau Payar
Pulau Payar merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terdapat di Kedah di kawasan perairan Selat Melaka.

Cara ke sana
Taman Laut Pulau Payar terletak di perairan Kedah yang boleh dikunjungi melalui tiga cara iaitu dari Kuala Kedah, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang. Jika anda berada di Alor Star, lebih baik menaiki bot dari jeti Kuala Kedah berhampiran Marina Kuala Kedah (kira-kira 30 minit menaiki bot laju).

Anda boleh menaiki bot laju 250 kuasa kuda mengambil masa kira-kira setengah jam untuk tiba ke Pulau Payar.

Ciri-ciri fizikal
Taman laut ini terdiri daripada empat pulau iaitu Pulau Payar, Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Pemandangan pulau ini memang cantik dan asli. Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi, pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih hinggakan belang pada badan anak ikan boleh dilihat dengan jelas. Setiap bulan seramai 10,000 pengunjung datang ke sini.

Keistimewaan
* Ikan pelbagai bentuk dan warna seperti merah, biru dan hijau, ikan berwarna jingga pun ada. Paling menarik ialah ikan bayan (warnanya seperti burung bayan), yang besar dan berenang tenang. Gigitan halus ikan-ikan cantik yang berebut roti terasa-rasa di tangan.
* Petugas taman laut memberi makan ikan alu-alu atau baracuda yang datang dalam kumpulan kira-kira 20 ekor. Saiznya dianggarkan melebihi satu meter panjang.
* Pusat pembiakan dan pengembangan semula jadi beberapa spesies marin.

Tukun Tiruan
Ada lima jenis tukun ditenggelamkan di sini untuk pembiakan spesies laut yang berbeza:

* tayar
* polivinil klorida (PVC)
* konkrit
* bot buruk
* seramik

Tukun paip seramik amat sesuai untuk pembiakan udang karang manakala tukun bot yang diletakkan di Pulau Kaca pada kedalaman 21 hingga 24 meter menjadi tempat bermain ikan yang lebih besar. Menariknya, setiap tukun diletakkan di lokasi yang berbeza dan ia boleh dilawati.

Jika ingin melawat batu karang juga boleh mengunjungi Taman Karang yang terletak di hujung Pulau Payar. Batu karang di sini adalah karang lembut yang tumbuh setempat atau berkoloni pada batu pada kedalaman sehingga 18.3 meter. Uniknya, karang ini tiada rangka berkapur yang keras. Karang seperti Scleratis mempunyai pelbagai bentuk dengan warna bergemerlapan.

Kemudahan yang ada
* Jeti yang memudahkan pelawat turun dan naik bot pelancong.
* Ada ada 12 chalet unik berbentuk bola tetapi ia hanya dibuka untuk kegunaan pada siang hari saja. Kebanyakan pengunjung balik hari kerana di sini bukan saja tiada restoran, tempat bermalam dan sumber air tawar.
* Terdapat 183 anak tangga tersedia untuk didaki bermula di Pantai Teluk Wangi. Namun, tarikan hidupan aktif yang berwarna-warni di laut lebih kuat.
* Pelantar yang dibina di sepanjang tepi pantai.
* Tiga wakaf atau gazebo untuk menjamah bekalan yang dibawa atau duduk santai menikmati keindahan alam.

Peraturan
Taman Laut Negeri Kedah, pengurusan Taman Laut Pulau Payar mengenakan peraturan ketat:

* Setiap sampah yang dibawa masuk hendaklah dibawa balik.
* Pengunjung perlu membawa bekalan sendiri.
* Selepas makan, jangan lupa masukkan semula semua sampah dalam beg untuk di bawa pulang bagi mengelakkan pencemaran taman laut.
* Sebarang aktiviti memancing dalam perairan 2.7 batu nautika akan dikenakan tindakan undang-undang.
__________________
Nak Jimat Duit Dengan PREPAID? Sertai ONEXOX
YM: izack1981 Tel/SMS: 013-514 9783 / 017-546 8083
Untuk membeli starterpack ONEXOX, Sila kunjungi saya di 89, Taman Kempas, Jalan Kempas 6, 06010 Changlun, Kedah. Silalah datang beramai-ramai..


Last edited by izack1981; 23-03-2009 at 06:00 PM..
Reply With Quote
  #9  
Old 23-03-2009, 06:03 PM
izack1981 izack1981 is offline
Legendary Member

izack1981's Avatar

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Feb 2007
Location: Meronda Di CG
Posts: 10,330
Poster Rank: #273
Thanked 62 Times
Active Level
My Mood:
Default

Tanjung Rhu
Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Tanjung Rhu menawarkan pakej pelancongan yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka bersantai di tepi pantai. Bot pelancong juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmati kecantikan ciptaan Tuhan di sepanjang Sungai Kilim - Kilim Natural Geopark.

Di sini terdapatnya jeti nelayan pantai dengan panorama bot-bot nelayan berwarna-warni berlabuh setiap hari. Bot-bot nelayan ini tidaklah besar, cuma sebesar bot -bot laju. Kebanyakannya telah diubahsuai menjadi bot pelancong.

Terdapat juga restoran terapung bagi mereka yang berminat makan sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa. Ikan-ikan segar yang diternak dalam sangkar ikan. Aktiviti memancing juga disediakan.

Tanjung Rhu terdedahkan kepada fenomena air pasang dan air surut. Oleh itu pada masa air pasang, akan kelihatan pangkal pokok bakau yang tenggelam . Sebaliknya semasa iar surut, pokok-pokok ini kelihatan hingga ke akarnya yang bercerancang.

Tasik Pedu
Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand.

Aktiviti riadah
Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencipta alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna.
__________________
Nak Jimat Duit Dengan PREPAID? Sertai ONEXOX
YM: izack1981 Tel/SMS: 013-514 9783 / 017-546 8083
Untuk membeli starterpack ONEXOX, Sila kunjungi saya di 89, Taman Kempas, Jalan Kempas 6, 06010 Changlun, Kedah. Silalah datang beramai-ramai..


Last edited by izack1981; 23-03-2009 at 06:13 PM..
Reply With Quote
  #10  
Old 23-03-2009, 06:07 PM
izack1981 izack1981 is offline
Legendary Member

izack1981's Avatar

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Feb 2007
Location: Meronda Di CG
Posts: 10,330
Poster Rank: #273
Thanked 62 Times
Active Level
My Mood:
Default

Gunung Jerai
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Ketinggian Gunung Jerai ialah 1,217 meter.

Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.

Asal usul
Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Gunung Rekreasi
Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Cara ke sana
* Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan (1), memandu ke Sungai Petani, melalui Bedong, Kedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel kecil di sana. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
* Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.
* Dari utara melalui Guar Chempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar . Anda dakilah dari Yan Besar melalui trak lama.

Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.

* Pada tahun 1884 telah ada kerja-kerja memecah batu di atas puncak Gunung Jerai . Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai 1000 tahun. Binaan ini tidak dketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan oleh kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio.

Gunung Tok Bidan
Gunung Tok Bidan merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Gunung Tok Bidan mempunyai ketinggian setinggi 842 meter (2,763 kaki).

Gunung Tok Bidan mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Gunung Bokbak juga terletak di negeri Kedah. Tingginya ialah 1,199 meter.
__________________
Nak Jimat Duit Dengan PREPAID? Sertai ONEXOX
YM: izack1981 Tel/SMS: 013-514 9783 / 017-546 8083
Untuk membeli starterpack ONEXOX, Sila kunjungi saya di 89, Taman Kempas, Jalan Kempas 6, 06010 Changlun, Kedah. Silalah datang beramai-ramai..


Last edited by izack1981; 23-03-2009 at 06:38 PM..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 04:20 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE