Aku terangkan dari awal, untuk mengelakkan kekeliruan dan supaya anda memahami asas dengan apa yang dikatakan sebagai Linux. Kalau ada yang mahu tambah, silakan. Kalau ada yang tersilap, sila perbetulkan.
-----
Linux ini sebenarnya adalah semata-mata adalah kernel. Kernel, pada mana-mana operating system (OS) adalah hati kepada OS berkenaan. Ia menerima arahan dari shell dan kemudian shell akan menterjemahkan semula kepada perkara yang difahami pengguna.
USER <-> SHELL <-> KERNEL
Bila dikatakan Linux itu percuma, ia merujuk kepada kernel. Linux ciptaan Linux Torvalds, itu ialah kernel. Oleh itu, bila merujuk kepada "Linux versi berapa', ia merujuk kepada versi kernel.
Download kernel :
http://www.kernel.org
Kernel cuma menyediakan fungsi asas bagi satu-satu OS. Untuk membuatkan suatu OS yang lengkap, keperluan untuk menambah fungsi seperti penyunting teks, pemproses kata, perisian hamparan dan lain-lain ialah perlu. Pada waktu tersebut, projek GNU sudahpun menyediakan kesemua perisian tersebut cumanya, ia masih tiada satu perkara - iaitu OS . Hasilnya, terjadilah perkongsian bijak antara Linux dan GNU dan Linux yang kita guna hari ini, sepatutnya disebut sebagai GNU/Linux.
Kenapa Linux ada banyak versi? Kenapa Linux ada banyak jenis?
Jangan keliru. Linux hanya satu. Versi Linux, ialah merujuk kepada kernel. Versi-versi yang disebut itu, itu ialah distribution atau lebih mesra disebut sebagai distro. Distro mana yang lebih baik? Ini bergantunglah kepada anda sendiri, yang mana anda rasa yang terbaik untuk anda. Cuma, sebelum berpegang pada distro-distro yang kecil, adalah penting untuk anda mahir dalam satu-satu distro besar (melainkan anda ialah genius).
Contoh distro yang besar;
- Slackware
- Red Hat
- Gentoo
- Debian
Download Linux ISO di sini:
http://www.linuxiso.org
Mengapa Linux, yang dikatakan percuma, mengenakan bayaran seperti dalam kes Red Hat Enterprise Linux ? Mengapa?
Kita ambil semula ayatnya dalam English. "Linux is Free". Free di situ bukanlah bermaksud "percuma" tetapi ialah "bebas". Bermaksud, anda boleh mengubah kod-kod di dalam OS anda, compile semula dan apa-apa sahaja bila OS berkenaan sudah di tangan anda. Jadi, ia mungkin bermaksud anda perlu bayar untuk mendapatkan OS ataupun tidak. Inilah yang membezakan Linux dengan Windows di mana kod Windows disembunyikan oleh Microsoft.
Kebelakangan ini, sudah ada kemudahan Live-CD iaitu anda boleh melarikan OS dengan menggunakan CD sahaja tanpa perlu memasang OS tersebut di cakera keras.