1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa".
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dansebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekalimemohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalahserta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
Tapi Kan.. Brapa Ramai Yang Btul2 Bole berdoa Camni.. Betul2 Khusyuk.. Ikhlas Kerana Allah S.W.T.. Walaupun Ketika Senang.. Bukan Time Susah Baru Nak Menangis Berdoa KepadaNya.. Termasuk la Ketika Bersolat, Khusyuk Dan X ingat Menda Lain Kecuali Allah S.W.T.. Bukan Ketika Sujud Pun Masih Terbayang Kat E-Gold, HYIP Dah Expired Ke Belum.. Bukan Apa, Aku Betul2 Susah Nak Khusyuk Ketika Solat Nih.. Ada Saja Yang Terlintas Kat Kepala.. Memang Iman Belum Kuat La.. Syaitan Lak, Kiri-Kanan Dia Terjah(nampak Ke). hehehehe.. Tolonglah Hambamu Yang amat Lemah Ini.
Masa berdoa tu kita kena bayangkan kita bercakap dengan siapa....
Dia lebih hebat daripada PM kita
Dia Lebih hebat daripada Sultan/Raja kita
Dia lebih hebat daripada YDP Agung kita
Dia Lebih hebat daripada Pemimpin2 dunia
Dia adalah Raja seluruh alam semesta....
Wujudkan dalam diri rasa kagung dengan kebesaran Allah....
Barulah jiwa dan badan kita akan rasa sejuk dan gementar seterusnya timbul keinsafan serta rasa sangat berharap kepada pertolongan Allah....
Harap dapat membantu...
__________________ Ikutilah Allah dan Rasul dan Ulil Amri di antara kamu...