Suami Isteri Tidur Berasingan : Akan Berlakukah Konflik ??
UNTUK BACAAN ORANG YG DAH TEMPUHI ALAM PERKAHWINAN ~ BUJANG PUN BOLEH TAPI SILA BERI KOMENTAR BERMAKNA DAN BERISI ... TERIMAKASIH
Serba salah juga nak postthread ni tapi saya kesian pulak dgn member 'kamcing' saya yg sorang ni . Dia mengadu pada saya , dia dan suaminya jarang2 tidur sekatil sejak mempunyai anak (3 org sekarang ni) .
Jadi , saya nak mintaklah pendapat CGrian semua (tolong open-minded sikit yer..bicara secara matang dan dewasa) . Benarkah tidur berasingan bagi pasangan suami isteri itu akan menghasilkan konflik rumahtangga di kemudian hari ? Beberapa bulan sudah dlm segmen Wanita Hari Ini ada membincangkan topik seakan serupa dgn yg yg saya utarakan ni . Antara yg memberi komen ialah Dato' Dr. Fadillah Kamsah , pakar motivasi terkenal tu . Beliau berkata bahawa suami isteri tidak digalakkan tidur berasingan selalu . Sesekala tak mengapa tapi jangan melarat2 .
Alkisahnya , member saya ni sering terasa yg suaminya kurang hendak bersembang , berkomunikasi dgn dia . Balik rumah pun mulut berat nak bersembang2 tapi dgn org lain bukan main ramahnya . MEmber saya pun boleh dikatakan setiap hari menangis memikirkan hal ini dan baru2 ini dia tersedar akan fenomena " jarang tidur sekatil " ni . Adakah itu punca nya ? (atau gejala mengandung..terlebih emosional?) Katanya , suaminya tak boleh terganggu tidurnya sebab bila dah terjaga , susah sangat nak lelap balik . Jadi , member saya ni beralahlah dan membiarkan suaminya atau dirinya sendiri tidur di tempat yg berasingan . Maklumlah , anak kecik tengah menyusu , masih perlukan ibunya ketika tidur . Bila tersentuh si ayah , dah terjaga susah pula nak tidur balik ! dah lah besok nak keje ...
Alahai ... Saya harap anda dapatlah beri sedikit komen bernas atau apa2 pendapat yg pernah anda dengar berkaitan topik ini . Terima kasih banyak2 saya ucapkan dan saya buat ini demi member saya yg dikasihi tu . Kesian dia , asik memendam perasaan . Dia ni jenis tak pandai bergaduh dan bertengkar dgn suami . Sumai pun same , baik sebenarnya orangnya tapi berat mulut sikit bila di rumah ... Begitulah ceritanya .
Maaflah kalau terlalu panjang lebar . Saya cuma nak menjelaskan keadaan supaya kita sama2 dapat membantu member saya ni . Menyelamatkan rumahtangga/masjid itu kan besar pahalanya ... Syaitan sukakan perceraian ... Allah bencikan perceraian .. Mari kita sama2 Kongsi Pendapat ....
hurm.....nmpaknya si laki ni dh bosan kot ngan bini dia....
bg aku laki bini kena la tido skali satu katil....baru ar mesra
kalu dh tido asing2 komunikasi kurang susah ar......
idup berumahtangga ni kena la saling kongsi mengongsi........
bg aku masalah membe ni berat gk ar....
hurm.....nmpaknya si laki ni dh bosan kot ngan bini dia....
bg aku laki bini kena la tido skali satu katil....baru ar mesra
kalu dh tido asing2 komunikasi kurang susah ar......
idup berumahtangga ni kena la saling kongsi mengongsi........
bg aku masalah membe ni berat gk ar....
berat eh ??
hurmmm ... tang hubungan ehem tu katanye ok..tang komunikasi jer kureng...
laki dah bosan ? i dun think so ... dia mengalah tu disebabkan anak2 ...
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE