Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 ISIS - Topik Yang Tidak Dibenarkan
Last Post: haQ
Posted On: 28-11-2014
Replies: 0
Views: 1,676
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 27,737
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 58,284
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 03-02-2009, 04:31 AM
GT GT is offline
CG Top Poster Club

GT's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2008
Location: www.carigold.com
Posts: 38,110
Poster Rank: #23
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
My Mood:
Smile Kiyai Salleh Selempang Merah

Ketika zaman jepun, MPAJA telah menunjukkan taringnya di batu pahat
Ramai orang-orang kampong(melayu) telah dipaksa menyertai mereka.
Ape tah lagi orang orang cina,
Orang cina menyertai mpaja kerana jepun begitu zalim kepada org-org cina
Mpaja di sokong oleh komunis di negeri china
Mpaja (selepas ini diganti dengan komunis) telah menangkap, menyeksa, membunuh orang orang yang tidak menyokong/menyertai komunis.
Menyokong dengan cara memberi duit, makanan, maklumat dan lain-lain lagi.
Komunis tidak mengambil kira samada orang tua, perempuan atau pun kanak-kanak.
Ade juga orang-orang kampong yang hilang tanpa dikesan ketika pergi ke Bandar batu pahat.
Mereka dibunuh dengan berbagai cara seperti ditanam hidup-hidup, di pukul sampai mati, diseksa sampai mati, direbus, diseret di jalan dan berbagai-bagai lagi.. (tak dapat nak dibayangkan)
Ramai orang-orang melayu ketika itu menyertai komunis kerana terpaksa.. terpaksa mengikut keadaan..
Walau bagaimanapun ade juga orang-orang melayu yang menentang komunis, tetapi tidak ditunjukkan secara terang-terangan..
Ketika itu komunis berlindung di sebalik persatuan persatuan cina.


PERSATUAN MAHMUDDIAH

Beberapa orang penduduk di mukim empat telah menubuhkan satu persatuan yang dinamakan persatuan mahmuddiah untuk menentang komunis
Kejayaan pertama persatuan ini semasa mereka menjemput 2 orang ketua komunis memberi ceramah di kampong mereka, (sorang cina, sorang melayu) mereka di tangkap dan dibunuh di parit maimon
Selepas itu komunis telah membalas demdam dengan menyerang parit yaakob dan telah membunuh ketua kampong parit yaakob

Lagi satu kejayaan ialah semasa mereka menangkap seorang ketua komunis dan 6 pengikutnya di satu majlis, komunis tersebut telah diberi makan makanan yang dicampur ngan buah kecubung. Kejadian ini berlaku di parit bangas sri medan.
Komunis kemudiannya telah menyerang dan membakar semua rumah di parit bangas.

Ahli persatuan mahmuddiah juga telah membunuh komunis-komunis yang mereka jumpa atau terserempak di dalam kampong.

Ketika itu markas, markas komunis berada di dalam hutan, kerana jepun masih lagi menguasai Malaya.

Komunis juga telah mengadakan sekatan jalan raya untuk menangkap orang-orang yang tidak menyokong mereka (tidak kira bangsa)

Terdapat juga orang-orang melayu yang menjadi talibarut jepun.
Dan terjadik lah beberapa kejadian membalas dendam antara talibarut komunis dan jepun.

Antara kejadian serangan-serangan komunis pada orang-orang melayu terjadi di :
Bandar batu pahat
Pasar batu pahat.
Kedai gunting rambut di batu pahat.
Parit betong (ketua kampong dibunuh dan beberapa orang lagi)
Kampong pasir
Parit sulong-komunis membunuh talibarut jepun dan keluarganya
Parit haji abdul hadi (ketua kampong kena bunuh dan beberapa orang lagi)
Separap
Parit jawa batu pahat -8 jun 1945- ketua kampong dan beberapa orang dibunuh
10 jun 1945- DO batu pahat, dato Abdullah, tuan haji hasbullah-kadi bau pahat, dr woodhill- pegawai perubatan batu pahat dan 2 orang lagi telah ditangkap dan dibunuh di sekolah cina benut.


Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim

Nama lain- salleh hitam, salleh K3ling, panglima hitam, panglima salleh, kiyai salleh, cikgu salleh, pawang salleh.
Suka memakai baju hitam
Lahir di tanjung olak batu bukit pasir muar.
Ketika berumur 13 tahun (setelah tamat sekolah melayu Jorak) pergi merantau untuk mencari ilmu
Berketurunan banjar
Antara guru-guru � tuan guru haji hussein (belajar agama, al quran), haji alias, haji adam, haji ahmad. Dan ade yang mengatakan dia juga belajar dengan sykeih fadhil banten- (yang membawa ajaran wirid khaujakan dijohor selepas mendapat perkenan sultan ibrahim).
Telah menetap bersama keluarga di kayu ara pasong, pontian
Isterinya esah haji abdul rashid berasal dr situ,
Anaknya yang pertama yusof lahir di situ (yusof telah membaca semula ikrar melayu -yang di baca oleh bapanya ketika penubuhan umno- pada feb 2006 yang lepas)
Anak kiyai salleh-omar lahir di air bemban
----- anak lain tak tau laks aku-------
Kiyai salleh telah meninggalkan kampung, ibu, isteri, anak untuk berniaga di patu pahat
Ketika dia berniaga dia telah mendapat satu pedang- berasal dr keturunan raja-raja riau
Kiyai salleh dikatakan boleh membengkokkan besi
Dia juga telah menyertai komunis-terpaksa dan juga untuk mengorek rahsia
Semasa jadik ahli komunis, rumah nyer telah dikepung dan diserbu tetapi tidak dapat ditangkap kerana komunis tidak dapat melihat dia (walaupun dia berada dlm rumah tu)
Mase tu family dia masih lagi kat kampung..
Dia nak ditangkap kerana tidak menyerahkan duit kutipan cukai yang disuruh oleh komunis.

Kiyai salleh telah diminta untuk mengetuai persatuan mahmuddiah kerana kebanyakan pejuang dah hilang semangat. Dia pon terima dengan hati yang amat terbuka.


Serangan

Serangan pertama yang diketuai oleh kiyai saleh
Batu putih, pancur 19-april 1945-satu group serang air putih, satu group lagi di bukit simpor, kiyai salleh memimpin serangan di bukit simpor
2 orang kiyai salleh telah ditempak, seorang mati ketika sedang makan durian yang djumpai.
Mereka telah membunuh komunis (tak kira bangsa)
Senjata yang digunkan, pedang, parang panjang, keris, pisau, tombak, buluh tajam, pengandar.

Serangan-serangan lain

Air Hitam
Bukit Alam- seorang group kiyai salleh membawa satu senapang yang dijumpai
Bukit Belah-kiyai salleh dan seorang kawannya telah membunuh komunis yang mengawal pancuran air
Bukit berdiri, parit betong
Bakri, muar (area hitam, atuk belah bapak aku hampir kena sembelih oleh komunis di sini nasib baik ade sorang komunis cina kenal dia-kawan minum kat kedai kopi)
Bukit berdiri 2nd time-group kiyai salleh telah membunuh sejumlah kanak-kanak ahli keluarga komunis
Separap
Bagan
Batu 6 air hitam-dapat 7 senjata api

Parit jamil, bukit mor, parit jawa-semua dimuar.
Orang tua aku cakap mase diaorang serang muar, diaorang telah ditahan oleh dato onn supaya tidak teruskan amukan sehingga ke muar
Ade cerita yang aku dengar syeikh fadhil banten yang tahan.
Sedangkan mase tu dah ramai orang yg menunggu dimuar- diketuai oleh kiyai hanan/kanan
Aku pernah tengok satu tiang yang belubang di parit jawa, orang tua aku kata terkena peluru komunis



Semerah- 1 julai 1945
Serangan dilakukan melalui semerah darat, dari tengah dan dari arah laut
Ade komunis lari bawah kolong parit, tapi mati bila air pasang
Mane yang lari naik perahu, kebanyakkan nyer lemas sebab perahu tenggelam-muatan lebih.
Kiyai salleh tercedera di bahu ditikam ngan tombak (saper kata dia kebal?)
Seorang pengikut kiyai salleh meninggal,
Dikatakan 10 buah lori berulang alik untuk menggangkat mayat-mayat komunis (punya lah ramai kene bunuh)
Seperti biasa, tak kira bangsa ape, asal komunis semua kene cantas

Pastu diorang ade serang jompak
Senggarang (kampong mak aku)
Diminta oleh orang disenggarang untuk mengetuai gerakan membunuh komunis
Sedara belah mak aku- seorang ketua kampong, telah dibunuh, mata dikorek, rumah dibakar, satu family semua kena, hanya sorang jer yang hidup
Moyang aku blah mak aku (laki bini) asal dari cina-kwantung. Nenek aku yang orang melayu (bugis+jawa)

Kiyai salleh ade pergi ke semerah semula dan menangkap 7 org komunis melayu untuk mendapatkan maklumat, tapi telah diserang oleh komunis dan menyebabkan tawan tu semua terjun sungai dan mati lemas.

Lepas jepun menyerah kalah, komunis bermaharajalela di batu pahat, komunis di Malaya percaya komunis di cina akan datang membantu mereka.
Komunis telah menangkap dan membunuh orang-orang yang di syaki menentang mereka.


Kiyai salleh telah menyusun strategi untuk menyerang komunis di batu pahat
Serangan dari belah utara (orang-orang di muar, parit jawa, air hitam) diketuai oleh kiyai saidi, kiyai taha, kiyai hanan/kanan dan kiyai maskam

Dari selatan orang orang dari senggarang, pontian diketuai oleh kiyai salleh kintol
Dari timor orang-orang dari mukim empat parit sulong, bandan
Di barat- hanya ade laut selat melaka- komunis memang tokleh lari punya
On the way ke batu pahat, diorang cantas semua komunis yang diorang jumpa

Orang-orang komunis di batu pahat telah memberitahu dato onn jaafar tentang rancangan kiyai salleh menyerang mereka
Dato onn datang bersama-sama col wood, abdul rahman musa-penolong hasil tanah batu pahat, orang kaya jaafar b orang kaya sidek-penghulu bagan
Dato onn telah menahan kiyai salleh dari membunuh orang-orang cina
Terus cancel serangan tu

Dato onn telah menjemput kiyai salleh untuk berunding ngan cina di muar
Pada 15 sept 1945 perjanjian damai di tandatangani
Tapi komunis telah mencabulnya
Group kiyai salleh mengamuk semula�. Cantas�.. cantas厖 dan cantas lagiiii

Lepas tu dato onn buat perjanjian kedua
Semua penghulu di batu pahat, ketua-ketua bintang tiga, ketua-ketua orang cina dijemput ke dewan perniagaan cina di jalan rahmat
__________________
VAMOS RAFA
Reply With Quote
The Following 21 Users Say Thank You to GT For This Useful Post:
AbuGharib (24-08-2012), azam575 (02-03-2009), azanney (13-04-2010), BOCK (20-03-2009), Bro_Izantie (02-07-2014), dzale (04-01-2013), fatvet (15-08-2012), ilham..06 (03-07-2014), isdaniel (09-04-2010), Kaizen5555 (02-07-2014), mamatjaki (19-07-2014), MI : KMF (03-02-2009), Mr. K (15-03-2009), mrvios (07-02-2009), pep guardiola (02-07-2014), profesor (05-02-2009), qreemall (03-02-2009), syahrizam (19-07-2014), WnB (10-02-2009), ykenobi (05-02-2009), zkry (03-02-2009)
Paid Advertisement
  #2  
Old 03-02-2009, 04:33 AM
GT GT is offline
CG Top Poster Club

GT's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2008
Location: www.carigold.com
Posts: 38,110
Poster Rank: #23
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
My Mood:
Default

Sultan ibrahim mengucapkan terima kasih kerana menjaga negeri johor, dan diminta terus menjaga negeri johor
Kiyai salleh telah dijemput ke istana pelangi johor dan diberi gelaran panglima pada 26 disember 1945
Dilantik oleh sultan menjadi penghulu mukim empat
Mendapat pingat ibrahim sultan (PIS) pada 17 sept 1955

Walaupun jepun telah menyerah, british dtg kembali, perjanjian ditandatangani
Gerakan kiyai salleh tetap terus menghapuskan komunis..
Telah menyerak semula bakri yang menjadi pusat rekrut komunis baru

Seorang komunis melayu yang dikatakan handal, kebal-mat indra telah cuba menyerang mukim empat, tetapi kejadian itu tidak berlaku kerana kiyai salleh telah bersedia
Mat indra cuba menyerang pagoh tapi gagal,
Kemudian mat indra telah menyerang bukit kepong (tragedy bukit kepong)

Gerakan parang panjang dikatakan dihentikan selepas mat indra di tangkap di sri medan
Tetapi sebenarnya mereka telah menjadik homeguard dan menggunakan senapang pula.


Antara cerita-cerita lain ialah..
Dia tak kebal sebenarnya (umur dia panjang)
Dia nih jln laju (ramai kengkawannya menceritakan hal ini)
Masa muda agak nakal, mencuri.. org cakap maybe sebab nak cuba ilmu dia
Kiyai salleh pernah dipenjarakan-mungkin sebab mencurik
Mat indra pon pernah cuba cara nih untuk menguji ilmu (kawan dia haji kasim-terkantul sebab ilmu tak menjadik)
Mat indra pernah bersama cikgu mat yassin ketika menuntut ilmu- mohd yassin nih bapak muyiddin yassin (menteri di cabinet)
Menurut cerita bini kiyai salleh lagi handal/berilmu dari dia
Sebelum semua serangan dilancarkan terhadap komunis� pejuang pejuang akan diberi minum air yassin dan di selempangkan kain merah
Air yassin dan kain merah tu takde ape-ape sebenarnya.. hanya untuk menambah semangat org-org melayu supaya yakin kepada Allah

Mereka mempunyai beberapa pantang larang ketika mengamuk�
1. tidak boleh memakan bende yang bukan hak
2. tidak boleh terputus wudhu, kalo batal amek semula
3. kalo mencantas komunis.. hendaklah sekali cantas ajer.. tak boleh 2 3 kali

kiyai salleh juga mengajar ayat 4, zikir dan wirid-wirid yang tertentu
menurut seorang anggota pejuang (bapak angkat org tua aku di sri menanti muar)
dia pernah berlawan dengan seorang cina yang kebal (tak tau ilmu ape yg dia pakai) cina tu menggunakan senjata belantan� orang tua tu menggunakan kain yang tidak berjahit untuk mengalahkan cina tersebut�
Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah (org yg mengembangkan silat sendeng muo) pernah berguru dengan kiyai salleh

Kiyai salleh telah meninggal dunia pada 21 april 1959

Dari cerita yang aku dengar� dari ape yang diceritakan� dari ape yg aku tanya�. Dari ape yang aku baca�

Kiyai salleh tak kebal, takde parang yang terbang�
Hanya menurut cerita komunis yg terselamat.. diorang tak nampak org yg memegang parang tu dan ade sesetengah nampak bayang hitam yg tinggi memegang parang tu.
Yang membuatkan pejuang-pejuang tu hebat adalah semangat diorang, keyakinan diorang� tu jer�

Sampai sekarang masih ade lagi org-org yang mengamalkan ape yg diajarkan oleh kiyai salleh�


Beberapa kejadian yang menarik perhatian aku�
Dlm tahun 90 an.. ade eksiden yg melibatkan melayu dan cina
Mase tu aku ade sekali� ape yg aku perhatikan setiap org melayu yg lalu di jalan tempat kejadian (jalan tu jalan sehala) akan berpatah balik�
Mase aku datang melayu tak baper ramai.. cina ramai, diorang pakai pisau potong daging, manakala budak melayu just pakai helmet n kayu..
Tapi keadaan tu berubah tak lama lepas tu� ramai budak melayu yg datang.. ade yg bawak parang, besi, tiang payung gerai berger.. dan memacam lagi.. ntah dari mana diorang datang,, aku pon tak tau.. hehehhe
Last-last polis datang, diri kat side budak melayu dan halau cina-cina tu semua..
Maybe sebab semangat nak tolong bangsa sendiri masih menebal di dalam diri bebudak tu semua..

Lagi satu kejadian.. mlm 31 ogos tahun 2002 (kalo tak silap) di muar menurut cerita, 2 org budak berbasikal kene belasah ngan budak cina (ade org kata ade lah budak mati) bebudak melayu dari kampong berdekatan (red road-jln daud) datang membawa parang.. tapi budak cina semua sempat melarikan diri.. besok malamnya.. Bandar muar dipenuhi dengan budak melayu (yang ntah dari mana datang) ade yg dari air hitam, ade yang dari parit sulong dan ade yang datang dari parit raja� ape terjadik pada malam tu? Aku tak tau sebab aku takde..

Tu jer lah yg aku nak citer� sekian terima kasih


Sumber : Forum Cari
__________________
VAMOS RAFA
Reply With Quote
  #3  
Old 03-02-2009, 08:14 AM
MI : KMF MI : KMF is offline
Newbies

MI : KMF's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2009
Location: <<< Jay Bee - KL >>>
Posts: 23
Poster Rank: #25888
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

ni yang kawan tunggu2...
ader sumber lain yang boleh diupdate?
Reply With Quote
  #4  
Old 03-02-2009, 01:34 PM
Adika Adika is offline
Well-Known
Member

Adika's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2007
Location: Dimana Bumi Dipijak....
Posts: 8,723
Poster Rank: #350
Thanked 3 Times
Active Level
My Mood:
Default

Dari mana sumber ni? Ada buku utk rujukan x?
__________________

USHA SINI KALAU NAK BELI KERETA-->http://www.carigold.com/portal/forum...0#post21012130
Reply With Quote
  #5  
Old 03-02-2009, 01:39 PM
GT GT is offline
CG Top Poster Club

GT's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2008
Location: www.carigold.com
Posts: 38,110
Poster Rank: #23
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Adika View Post
Dari mana sumber ni? Ada buku utk rujukan x?
Forum Tuan.... Nak cari buku ker?

PANGLIMA. SALLEH. SELEMPANG MERAH (Panglima Salleh Of. The Red Sash)
Penulis = Zaharah Nawawi
__________________
VAMOS RAFA
Reply With Quote
  #6  
Old 03-02-2009, 02:21 PM
GT GT is offline
CG Top Poster Club

GT's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2008
Location: www.carigold.com
Posts: 38,110
Poster Rank: #23
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by His777ham View Post
nice info sebagai orang Johor kawan bangga ngan kiyal Salleh nie..baru kawan taw sejarah dia..selama nie dengar jer citernya.

Sejarah Muar ni kan? So bagaimana dengan waris Beliau yer?

Apa perkembangan terkini ker tak? Semua sihat sejahtera?
__________________
VAMOS RAFA
Reply With Quote
  #7  
Old 03-02-2009, 02:24 PM
mattop mattop is offline
Legendary Member

mattop's Avatar
 
Trader Rating: (10)
Join Date: Mar 2007
Posts: 12,404
Poster Rank: #194
Thanked 11 Times
Active Level
Default

sejarah nie mmg di kampung kelahiran mattop...

kalau nak quote satu2 mmg tak muat nie...

Quote:
PERSATUAN MAHMUDDIAH

Beberapa orang penduduk di mukim empat (nie mmg kampung mattop...mukim 4 83000 Batu Pahat Johor)telah menubuhkan satu persatuan yang dinamakan persatuan mahmuddiah untuk menentang komunis
Kejayaan pertama persatuan ini semasa mereka menjemput 2 orang ketua komunis memberi ceramah di kampong mereka, (sorang cina, sorang melayu) mereka di tangkap dan dibunuh di parit maimon(ada menu parit maimon nie kat kedai mattop... )Selepas itu komunis telah membalas demdam dengan menyerang parit yaakob dan telah membunuh ketua kampong parit yaakob
Reply With Quote
  #8  
Old 03-02-2009, 02:38 PM
mattop mattop is offline
Legendary Member

mattop's Avatar
 
Trader Rating: (10)
Join Date: Mar 2007
Posts: 12,404
Poster Rank: #194
Thanked 11 Times
Active Level
Default

hanya selempang... sebagai tanda mereka satu kumpulan...

kebanyakkan cerita nie sama dgn yg Allahyarham bapak mattop ceritakan dulu semasa hayatnya....

Beliau juga terlibat dlm "perang" ini...

Semoga beliau mendapat rahmat drpd Allah swt... amin...

Alfatihah kpd Hj Mansor bin Wagimin.... kembali ke rahmatullah pada 13 Ramadhan 1422H

Quote:
Originally Posted by KrisSMerah View Post
selempang merah???
Reply With Quote
  #9  
Old 03-02-2009, 02:45 PM
GT GT is offline
CG Top Poster Club

GT's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2008
Location: www.carigold.com
Posts: 38,110
Poster Rank: #23
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by KrisSMerah View Post
selempang merah???
Ker nama lain bagi Selendang?
__________________
VAMOS RAFA
Reply With Quote
  #10  
Old 03-02-2009, 02:45 PM
maibee71 maibee71 is offline
Well-Known
Member

maibee71's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2008
Posts: 6,787
Poster Rank: #528
Thanked 17 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by globaltent View Post
Sultan ibrahim mengucapkan terima kasih kerana menjaga negeri johor, dan diminta terus menjaga negeri johor
Kiyai salleh telah dijemput ke istana pelangi johor dan diberi gelaran panglima pada 26 disember 1945
Dilantik oleh sultan menjadi penghulu mukim empat
Mendapat pingat ibrahim sultan (PIS) pada 17 sept 1955

Walaupun jepun telah menyerah, british dtg kembali, perjanjian ditandatangani
Gerakan kiyai salleh tetap terus menghapuskan komunis..
Telah menyerak semula bakri yang menjadi pusat rekrut komunis baru

Seorang komunis melayu yang dikatakan handal, kebal-mat indra telah cuba menyerang mukim empat, tetapi kejadian itu tidak berlaku kerana kiyai salleh telah bersedia
Mat indra cuba menyerang pagoh tapi gagal,
Kemudian mat indra telah menyerang bukit kepong (tragedy bukit kepong)

Gerakan parang panjang dikatakan dihentikan selepas mat indra di tangkap di sri medan
Tetapi sebenarnya mereka telah menjadik homeguard dan menggunakan senapang pula.


Antara cerita-cerita lain ialah..
Dia tak kebal sebenarnya (umur dia panjang)
Dia nih jln laju (ramai kengkawannya menceritakan hal ini)
Masa muda agak nakal, mencuri.. org cakap maybe sebab nak cuba ilmu dia
Kiyai salleh pernah dipenjarakan-mungkin sebab mencurik
Mat indra pon pernah cuba cara nih untuk menguji ilmu (kawan dia haji kasim-terkantul sebab ilmu tak menjadik)
Mat indra pernah bersama cikgu mat yassin ketika menuntut ilmu- mohd yassin nih bapak muyiddin yassin (menteri di cabinet)
Menurut cerita bini kiyai salleh lagi handal/berilmu dari dia
Sebelum semua serangan dilancarkan terhadap komunis� pejuang pejuang akan diberi minum air yassin dan di selempangkan kain merah
Air yassin dan kain merah tu takde ape-ape sebenarnya.. hanya untuk menambah semangat org-org melayu supaya yakin kepada Allah

Mereka mempunyai beberapa pantang larang ketika mengamuk�
1. tidak boleh memakan bende yang bukan hak
2. tidak boleh terputus wudhu, kalo batal amek semula
3. kalo mencantas komunis.. hendaklah sekali cantas ajer.. tak boleh 2 3 kali

kiyai salleh juga mengajar ayat 4, zikir dan wirid-wirid yang tertentu
menurut seorang anggota pejuang (bapak angkat org tua aku di sri menanti muar)
dia pernah berlawan dengan seorang cina yang kebal (tak tau ilmu ape yg dia pakai) cina tu menggunakan senjata belantan� orang tua tu menggunakan kain yang tidak berjahit untuk mengalahkan cina tersebut�
Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah (org yg mengembangkan silat sendeng muo) pernah berguru dengan kiyai salleh

Kiyai salleh telah meninggal dunia pada 21 april 1959

Dari cerita yang aku dengar� dari ape yang diceritakan� dari ape yg aku tanya�. Dari ape yang aku baca�

Kiyai salleh tak kebal, takde parang yang terbang�
Hanya menurut cerita komunis yg terselamat.. diorang tak nampak org yg memegang parang tu dan ade sesetengah nampak bayang hitam yg tinggi memegang parang tu.
Yang membuatkan pejuang-pejuang tu hebat adalah semangat diorang, keyakinan diorang� tu jer�

Sampai sekarang masih ade lagi org-org yang mengamalkan ape yg diajarkan oleh kiyai salleh�


Beberapa kejadian yang menarik perhatian aku�
Dlm tahun 90 an.. ade eksiden yg melibatkan melayu dan cina
Mase tu aku ade sekali� ape yg aku perhatikan setiap org melayu yg lalu di jalan tempat kejadian (jalan tu jalan sehala) akan berpatah balik�
Mase aku datang melayu tak baper ramai.. cina ramai, diorang pakai pisau potong daging, manakala budak melayu just pakai helmet n kayu..
Tapi keadaan tu berubah tak lama lepas tu� ramai budak melayu yg datang.. ade yg bawak parang, besi, tiang payung gerai berger.. dan memacam lagi.. ntah dari mana diorang datang,, aku pon tak tau.. hehehhe
Last-last polis datang, diri kat side budak melayu dan halau cina-cina tu semua..
Maybe sebab semangat nak tolong bangsa sendiri masih menebal di dalam diri bebudak tu semua..

Lagi satu kejadian.. mlm 31 ogos tahun 2002 (kalo tak silap) di muar menurut cerita, 2 org budak berbasikal kene belasah ngan budak cina (ade org kata ade lah budak mati) bebudak melayu dari kampong berdekatan (red road-jln daud) datang membawa parang.. tapi budak cina semua sempat melarikan diri.. besok malamnya.. Bandar muar dipenuhi dengan budak melayu (yang ntah dari mana datang) ade yg dari air hitam, ade yang dari parit sulong dan ade yang datang dari parit raja� ape terjadik pada malam tu? Aku tak tau sebab aku takde..

Tu jer lah yg aku nak citer� sekian terima kasih


Sumber : Forum Cari
Syabas, kebanyakkan cerita yg dipaparkan adalah benar setakat pengetahuan aku.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 02:40 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE