Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 23,163
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 53,767
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 41,211
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 18-05-2006, 08:55 AM
Tokera Tokera is offline
Elite Member

Tokera's Avatar

 
Trader Rating: (39)
Join Date: Dec 2005
Location: UMOFX.COM LOCAL BROKERAGE
Posts: 11,028
Poster Rank: #236
Thanked 138 Times
Active Level
My Mood:
Default HUKUM DAN AKIBAT TINGGAL/LEWAT SOLAT.

Assalamualaikum w.b.r dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ada sedikit pemahaman mengenai topik di atas..

Rujukan dari Penulis Asal iaitu Rashid Ar-Rashid diterjemahkan dan dialih bahasakan oleh Abdullah Al-Qari Bin Hj. Salleh Terbitan Al-Hidayah Enterprise.

Ilmu Allah kita kongsi bersama untuk bekalan kita di dunia dan di akhirat.. Insya Allah..Mudah-Mudahan diberkati.

GOLONGAN PENINGGAL SEMBAHYANG.

Keadaan manusia dalam perkara meninggalkan sembahyang ini terbahagi kepada beberapa golongan iaitu:

1-Golongan Yang Menolak Kefardhuannya:

>>Iaitu suatu golongan yang tidak menerima konsep kefardhuan sembahyang maka tempat kembali mereka adalah Neraka Saqar, di mana Allah S.W.T telah berfirman:

"Apakah yang menyebabkan kamu memasuki Neraka Saqar?"Mereka menjawab:"Dahulu(semasa di dunia) kami termasuk orang-orang yang tidak bersembahyang.
[Al-Muddaththir Ayat 42-43].

2-Golongan Yang Menerima Tapi Tidak Melaksanakannya:

>>Iaitu satu golongan di mana mereka menerimanya (tidak menentang perintah sembahyang) tetapi mereka tidaklah melaksanakannya. Maka balasannya ialah al-ghayy.
Dalam surah Maryam Ayat 59 Allah Taala telah berfirman bermaksud:
"Maka datanglah sesudah mereka pengganti (generasi) yang menyia-nyia (mengabai)kan sembahyang dan mengikutkan segala keinginan maka mereka kelak akan menemui keburukan (atau memasuki sebuah lembah di Neraka).
Al-Ghayy dalam Ayat suci ini, antara lain merupakan suatu lembah di neraka Jahannam atau sebuah telaga di Neraka. Di samping itu ade berpendapat Al-Ghayy itu ialah keburukan/kejahatan dan ada pula berkata kerugian.

3-Golongan Acuh tak Acuh(Bersahaja).

>>Iaitu satu golongan yang tidak memandang berat dan tidak pula mempedulikan sembahyang. Mereka (terkadang) melaksanakannya dalam waktunya atau melewatkannya,(berkeadaan) seperti orang yang bertungkus lumus dalam dunia (keduniaan menyebabkan mereka tidak bersembahyang sehingga) telah terkeluar waktu sembahyang sedang mereka tidak sedar.
Keadaan demikian berlaku secara berulang-ulang kepada mereka maka mereka bersembahyang sesudah keluar waktu tanpa mempedulikan (batas waktu) dan mereka tidaklah menyesal, seperti perangai orang berjaga malam di mana pada biasanya mereka tidak bersembahyang Subuh melainkan sesudah terbit matahari.
Maka mereka ini dan orang sepertinya tidaklah mengutamakan perintah sembahyang dan mereka tidaklah mempedulikannya maka untuk mereka adalah Wail, di mana Wail itu merupakan satu seksaan yang pedih.

setakat ini dahulu. nanti kita sambung.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 18-05-2006, 10:36 AM
Tokera Tokera is offline
Elite Member

Tokera's Avatar

 
Trader Rating: (39)
Join Date: Dec 2005
Location: UMOFX.COM LOCAL BROKERAGE
Posts: 11,028
Poster Rank: #236
Thanked 138 Times
Active Level
My Mood:
Default

sambung lagi...

U`baadah B. Ash-Shaamit r.a pernah berkata:
Kekasihku Rasulullah s.a.w telah memesaniku 7 perkara. Maka beliau bersabda:

Janganlah kamu menyekutui Allah dengan sesuatu sekalipun engkau dibunuh,dibakar atau dipalang dan janganlah kamu meninggalkan sembahyang secara sengaja.Siapa yang meninggalkannya secara sengaja maka sesungguhnya telah terkeluarlah dia daripada Agama(Islam).

Hadith Riwayat At-Tabaraani dan Muhammad B. Nashr.

Menurut Al-Mundziri Hasan:
Allah Ta`ala telah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh hartabenda kamu dan jangan (pula) oleh anak-pinak kamu dari mengingati Allah (bersembahyang) dan siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
[Al-Munaafiquun Ayat 9].

Sekumpulan Tafsirwan berkata:
Maksud "Dzikr Allah" di sini ialah Sembahyang Lima Waktu. Maka siapa yang terganggu pelaksanaannya dengan sebab hatrabendanya seperti dek urusan jual-beli,perusahaannya atau anaknya maka mereka adalah tergolong daripada orang-orang yang rugi.
Reply With Quote
  #3  
Old 18-05-2006, 10:44 AM
Tokera Tokera is offline
Elite Member

Tokera's Avatar

 
Trader Rating: (39)
Join Date: Dec 2005
Location: UMOFX.COM LOCAL BROKERAGE
Posts: 11,028
Poster Rank: #236
Thanked 138 Times
Active Level
My Mood:
Default Kelebihan Memelihara Sembahyang.

Kelebihan Memelihara Sembahyang

Terdapat dalam kenyataan Al-Hadith mengenai kebaikan yang diperolehi oleh orang yang memeliharakan sembahyang:

Bahawa siapa yang memeliharakan sembahyang dia akan dimuliakan Allah dengan 5 keperihalan iaituL

1-Allah akan mengangkatnya dari kesempitan hidup.
2-Allah akan melepaskannya dari seksaan kubur
3-Allah akan memberikan Kitab'Amalannya dengan sebelah kana(Amalan Bahagia)
4-Allah akan menjadikan dia akan melalui Shiraat seperti Buraq.
5-Dan Allah akan memasukkannya ke Syurga tanpa Hisab (Pengiraan Amalan >>mudah sekali). Amin.
Reply With Quote
  #4  
Old 18-05-2006, 11:13 AM
Tokera Tokera is offline
Elite Member

Tokera's Avatar

 
Trader Rating: (39)
Join Date: Dec 2005
Location: UMOFX.COM LOCAL BROKERAGE
Posts: 11,028
Poster Rank: #236
Thanked 138 Times
Active Level
My Mood:
Default Balasan kepada Peninggal Sembahyang.

Balasan kepada Peninggal Sembahyang.

Seterusnya mengenai orang yang meringankan kewajipan sembahyang terdapat kenyataan dalam Al-Hadith sebagai berikut:

Dan siapa yang meringan-ringankan sembahyang, Allah akan mempengapakannya dengan 15 akibat iaitu:

-6 akibat semasa di dunia
-3 akibat di kala mati
-3 akibat dalam kubur
-3 akibat lagi di kala keluar dari kubur.

Adapun 6 akibat yang ditimpakan di dunia:

1-Allah akan mencabut keberkatan pada umurnya.
2-Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang-orang yang soleh daripada airmukanya.
3-Setiap amalannya tidaklah diganjari Allah melainkan sehingga dia mengqadha'kan semua sembahyang yg terluput.
4-Allah tidak akan mengangkatkan permohonannya ke langit (doanya tidak diperkenan).
5-Orang ramai akan memarahinya semasa hidup di dunia.
6-Tiada lah dia akan memperolehi keberkatan doa orang-orang yang soleh.

3 akibat di kala mati:

1-Dia akan mati secara terhina
2-Dia akan mati secara lapar
3-Dia akan mati secara dahaga,meskipun dia diberi minum dengan seluruh air di lautan dunia nescaya tidaklah akan memuaskan dahaganya.

3 akibat di dalam kubur.

1-Allah akan menyempitkan kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya menjadi berselisih.
2-Di atas kuburnya akan dinyalakan api yang baranya melompat (berjangkit) di waktu malam dan siang.
3-Dia akan diseksakan dalam kuburnya oleh ular yang dinamakan Asy-Syujaa` Al-Aqra di mana dua mata ular itu daripada api dan kuku-kukunya drp besi manakala panjang kukunya adalah sehari perjalanan.
Maka ular itu akan berkata,"Akulah Asy-Syujaa Al-Aqra` sedang suaranya seperti guruh yang menggegarkan dan dia akan berkata kepada si mati:
"Saya diarah tuhan saya untuk memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Zuhur dari waktu Zuhur sehingga masuknya waktu Asar;Dan saya akan memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Asar dari waktu Asar sehingga masuknya waktu Maghrib;Seterusnya Saya akan memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Isyak dari waktu Isyak sehingga masuknya waktu Fajar."
Maka setiap kali dia memukulnya satu pukulan akan terbenam ranaplah dia ke dalam bumi sejauh 70 hasta maka dia akan memasukkan kuku-kukunya ke bawah bumi dan dia akan mengeluarkannya semula, maka sentiasalah dia di bumi secara diseksakan sehingga Hari Kiamat.

Nauzubillah hi min zaalika.

3 akibat lagi semasa di Hari Kiamat:

1-Dia akan diseksakan Allah dengan cara dihelakan mukanya ke Neraka Jahannam.
2-Allah Ta`ala akan memandangnya dengan pandangan marah sewaktu dia dihisabkan maka akan gugurlah daging-daging mukanya.
3-Allah akan menghitungkan amalannya dengan hitungan (pengiraan,hisab) yang berat dan Allah akan mengeluarkan perintah membawanya ke Neraka sedangkan dia adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

Bersambung nanti.
Reply With Quote
  #5  
Old 18-05-2006, 11:50 AM
Tokera Tokera is offline
Elite Member

Tokera's Avatar

 
Trader Rating: (39)
Join Date: Dec 2005
Location: UMOFX.COM LOCAL BROKERAGE
Posts: 11,028
Poster Rank: #236
Thanked 138 Times
Active Level
My Mood:
Default Tulisan Pd MUka Peninggal Sembayang.

Tulisan Pd MUka Peninggal Sembayang.

Berdasarkan suatu riwayat yang lain:

Sesungguhnya peninggal sembahyang itu akan datang pada Hari Kiamat sedangkan pada mukanya tertulis tiga baris tulisan iaitu:

Pada Baris Yang Pertama:
Wahai orang yang menyia-nyia (mengabai)kan Hak Allah.

Pada Baris Yang Kedua:
Wahai orang yang dikhususkan kemarahan Allah.

Pada baris Yang ketiga:
Allah mengabaikan engkau sebagaimana engkau mengabaikan hak dunia semasa di dunia,maka berputus haraplah engkau di hari ini daripada Rahmat Allah.
[Rujukan: Kitab "Az-Zawaajir sususan Ibnu Hajar Al-Haithami].

Selanjutnya Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Sesungguhnya yang pertama dihitamkan di Hari Kiamat ialah:
Muka-muka peninggal sembahyang dan sesungguhnya di dalam Neraka Jahannam terdapat sebuah lembah dipanggil Lamlam.
Di dalamnya terdapat ular-ular di mana setiap ekor ular (ukurannya) sebesar leher unta panjangnya selama perjalanan sebulan akan menyegat peninggal sembahyang lantas bisa ular itu akan menggelegak dalam tubuhnya selama 70 tahun kemudian akan lebam-relailah daging-dagingnya.
[Rujukan: Kitab Qurrah Al-Uyuun susunan Abu Al-Laith As-Samarqandi dan Kitab Az-Zawaajir sususan Ibnu Hajar].
Reply With Quote
  #6  
Old 18-05-2006, 12:03 PM
Tokera Tokera is offline
Elite Member

Tokera's Avatar

 
Trader Rating: (39)
Join Date: Dec 2005
Location: UMOFX.COM LOCAL BROKERAGE
Posts: 11,028
Poster Rank: #236
Thanked 138 Times
Active Level
My Mood:
Default Kata-Kata Malaikat kepada Peninggal Sembahyang.

Kata-Kata Malaikat kepada Peninggal Sembahyang.

Muhammad Al-Jurdaani menyatakan dalam kitabnya "Fat-h Al-Allam menyebutkan bahawa para Malaikat pernah berkata( mengingatkan secara ghaib) di mana kepada peninggal sembahyang mereka meyeru dengan kata-kata:

Peninggal Sembahyang Fajar(Subuh).
-Ya Faajiru>> Wahai Durjana.

Peninggal Sembahyang Zuhur.
-Ya Khaasiru>> Wahai Rugiwan.

Peninggal Sembahyang Asar.
-Ya A`shii>> Wahai Perdurhaka

Peninggal Sembahyang Maghrib.
-Ya Kaafiru>> Wahai Orang Kafir

Peninggal Sembahyang Isya`.
-Ya Mudhayya`u,dhayyaakallah >> Wahai orang yang mengabaikan, semoga Allah mengabaikan.

[Rujukan: Kitab "Fat-h Al-Allam sebagaimana disebutkan Muhammad Al-Jurdaani].
Reply With Quote
  #7  
Old 18-05-2006, 01:22 PM
Tokera Tokera is offline
Elite Member

Tokera's Avatar

 
Trader Rating: (39)
Join Date: Dec 2005
Location: UMOFX.COM LOCAL BROKERAGE
Posts: 11,028
Poster Rank: #236
Thanked 138 Times
Active Level
My Mood:
Default HUKUM PaDa PENINGGAL SEMBAHYANG.

HUKUM PaDa PENINGGAL SEMBAHYANG.

Perbuatan salah laku tanpa bersembahyang sehingga terlepas dari waktu yang diperuntukkan baginya (di mana dia mestilah ditunaikan dalam tempoh itu juga) tanpa uzur Syar`i adalah merupakan SEBESAR-BESAR DOSA BESAR yang membinasakan.

Al-Alaamah Ibnu Hazm r.A pernah menulis:
"Tiadalah pernah saya nampak suatu dosa dalam Syara`sesudah menyekutui Allah Ta`ala. lebih besar dari meninggalkan sembahyang sehingga terkeluar dari waktunya. dan (susudah itu ialah)membunuh seseorang yang beriman tanpa hak."

Abdullah B. Umar B. Abi Bakr dalam kitabnya "Fataawa" pernah membuat ketetapan bahawa peninggal sembahyang secara terus dan cerlang-cerluk (terkadang-kadang) sebahagiannya maka dia adalah seorang yang FAASIQ (durjana) berdasarkan Ijmaa` (kata sepakat) Ulama Islam seperti jugalah orang yang tidak membayar zakat di mana dia WAJIB di bunuh pancung dengan pedang sesudah diminta bertaubat sekalipun hanya dengan meninggalkan satu sembahyang FARDHU sahaja."

Pengertian Faasiq.

Dari segi Syara`>>Orang yang menderhakai Allah sebab melanggar perintah atau larangannya.

Istilah bahasa Melayu>>Penderhaka atau orang yang tidak ingin mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Reply With Quote
  #8  
Old 18-05-2006, 01:29 PM
Tokera Tokera is offline
Elite Member

Tokera's Avatar

 
Trader Rating: (39)
Join Date: Dec 2005
Location: UMOFX.COM LOCAL BROKERAGE
Posts: 11,028
Poster Rank: #236
Thanked 138 Times
Active Level
My Mood:
Default Ancaman kepada Peninggal Sembahyang.

Ancaman kepada Peninggal Sembahyang.

Adapun terhadap peninggal sembahyang secara sengaja maka sesungguhnya Allah Ta`ala telah memberitakan bahawa dia tergolong ke dalam penghuni neraka Saqar atau Jahiim bagaimana yang disebutkan di dalam Surah Al-Muddaaththir Ayat 42-43 seperti yang telah diterangkan sebelum ini.

Penentu Keislaman Seseorang Hamba Allah.

Sembahyang adalah penentu keislaman seseorang sama ada dia benar-benar Islam dalam ertikata mengikut dan menyerah diri kepada Allah. Ini dapat diperhatikan dalam banyak Hadith yang menerangkan sebagai berikut:

1-Penghubung antara seseorang hamba Allah dengan SYIRIK dan KUFUR ialah meninggalkan sembahyang(pemisahnya adalah sembahyang).
[Hadith Riwayat Imam Ahmad,Ad-Daarimi,Muslim,Abu Dawud,At-Turmudzi, An-Nasaa`i,Ibnu Maajah dan Al-Qudhaa`i sumber Jaabir(Sahih). Al-Mundziri menganggapnya Hasan].

2-Tiadalah keimanan bagi orang yg tidak bersembahyang,sesungguhnya kedudukan sembahyang dalam Agama (Islam) itu adalah seperti kedudukan kepala bagi jasad.
[H.R At-Tabaraani drpd Sumber Ibnu Umar].

3-Siapa yang meninggalkan sembahyang secara sengaja maka sesungguhnya dia telah KUFUR secara terang-terangan.
[H.R At-Tabaraani dan Abu Nu`aim drp Sumber Anas].

4-Anas B. Malik r.a menyebutkan dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
'Penghubung antara seseorang hamba Allah dengan SYIRIK dan KEKUFURAN ialah meninggalkan sembahyang.Apabila dia meninggalkan sembahyang maka kufurlah dia.
[Hadith Riwayat Muhammad B. Nashr].

5-Islam itu (pada mula dilahirkan)bersahaja(belum bertiang) sedangkan tiang-tiang Agama (Islam) iaitu 3 perkara dan di atasnya lah diasaskan Islam.Siapa yang meninggalkan salah satu daripadanya maka dia menjadi KAFIR dan HALAL DARAHNYA.

3 Rukun awal itu adalah:

1-Pengakuan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah
2-Melakukan Sembahyang Lima Waktu
3-Berpuasa di Bulan Ramadhan.
[Hadith Riwayat Abu Ya`la dan Ad-Dailami daripada Sumber Abbas].

Dan lain-lain Hadith yang anda semua boleh rujuk dalam kitab2 agama yang lain. Ada 18 kesemuanya yang saya perolehi.. setakat ini.
Reply With Quote
  #9  
Old 18-05-2006, 02:49 PM
viper21my viper21my is online now
Well-Known
Member

viper21my's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Feb 2006
Location: ViPeRjAyA
Posts: 6,820
Poster Rank: #503
Thanked 27 Times
Active Level
My Mood:
Default

bagus mod tokera, aku setuju bab sembahyang ni dikupas dengan panjang lebar, aku tgk ramai orang islam sekarang adalah islam sebab mak bapak islam, tapi dari pengertian dan penghayatan terhadap islam sebagai addin, amat mengecewakan, terutama bab sembahyang la, subuh..... ntah braper ramai yang cukup gagah untuk bangun la

bukan aper,,,, aku kesian kat emak ayah,,, ataupun anak2 kita satu hari nanti jer...... adekah mak ayah kita beruntung ade anak-anak yang mendoakan dia lepas sembahyang 5 x sehari... hmmmm ingat muka mak ayah...., ataupun kita sendiri,,, adekah ader anak-anak yang akan mendoakan kita apabila kita tiada... harap-harap ader... tapi kalo kita tak sembahyang hari ni..... macammana anak-anak nak mencontohi kita....

azab untuk orang yang meninggalkan solat ni memang berat,, tapi tak dapat la kita nak rasa hari nie, sebab kita masih hidup, esok lusa.... saper tau... cuma kalo nak rasa,, ambik api rokok tu,, try cucuh kat tangan... panasss... dan mampukah kita hadapi kepanasan tu sepanjang hayat kita di akhirat..... fikir-fikirkanlan....
__________________
Manfaat Untuk Anda dan Keluarga Muamalah To Muslim
Reply With Quote
  #10  
Old 18-05-2006, 03:32 PM
Tokera Tokera is offline
Elite Member

Tokera's Avatar

 
Trader Rating: (39)
Join Date: Dec 2005
Location: UMOFX.COM LOCAL BROKERAGE
Posts: 11,028
Poster Rank: #236
Thanked 138 Times
Active Level
My Mood:
Default Kesimpulan.

Kesimpulan.

kita semua perlu sedar dari kelalaian kita sendiri dan perbanyakkanlah rasa sesal mengenai umur kita yang berharga bila kita bersikap berlengah-lengah dan ikutlah jalan orang yang kembali bertaubat kepada Tuhan-Nya.

Semoga Allah Ta`ala mengampuni kita semua dan kita serahkan urusan ini kepada Allah Subhanahu Wa Ta`ala..

Justeru itu hendaklah kita semua segera bertaubat sebelum keluputan/hilangnya peluang itu kerana sesungguhnya Allah akan menerima taubat (dengan sesungguhnya) sebagaimana Firman Allah Ta`ala:

"Dan Dialah (Tuhan) yang menerima taubat daripada para hambaNya dan Dia mengampunkan daripada mereka segala kejahatan (dosa) sedang Dia mengetahui apa yang kamu lakukan".
[Surah Asy-Syuura Ayat 25].

Kerana itu, Jauhilah anda dari meninggalkan sembahyang.Seandainya kita berbuat demikian maka sesungguhnya kita akan terbinasa bersama-sama orang yang binasa dan rugilah kita di dunia dan di Akhirat sedangkan yang demikian itu merupakan suatu kerugian yang amat besar.
(Al-khusraan al-mubiin).

Sekian sahaja coretab dan pemahaman yang boleh kita kongsi bersama-sama demi kebaikan dan keselamatan kita di dunia dan di Akhirat..

Yang Baik itu Datang dari Allah Yang Lemah Saya Akui Datangh Dari Diri Saya Sendiri.

Assalamualaikum Wa Rahmatullah Wa Barakatuh.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
thread Thread Starter Forum Replies Last Post
*Kebesaran Solat 2 Rakaat* azlann1981 Religious Talk 8 04-10-2013 09:29 AM
Pengertian Aqiqah Dan Hukum-Hukumnya Tokera Religious Talk 11 20-02-2009 03:33 PM
Lalai Dalam Solat wan12345 Religious Talk 3 24-12-2008 10:17 PM
ASAL USUL SOLAT 5 WAKTU atilia Religious Talk 49 16-11-2008 08:26 PM


All times are GMT +8. The time now is 08:10 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE