Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Santai, Others

Santai, Others Santai, riadah, minta pertolongan ahli lain dan semua perbincangan yang tidak bersangkutan dengan forum lain. NO OFFTOPIC.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 25,393
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 56,117
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 43,281
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 01-02-2009, 04:02 AM
GT GT is offline
CG Top Poster Club

GT's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2008
Location: www.carigold.com
Posts: 38,110
Poster Rank: #23
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
My Mood:
Smile Katana @ Pedang Pahlawan Samurai



Katana (刀) adalah pedang panjang Jepun (daitō, 大刀), walaupun ramai penduduk Jepun menggunakan perkataan ini sebagai merujuk kepada semua jenis pedang. Katana (disebut sebagai [katana]) adalah kunyomi (Sebutan Jepun) bentuk kanji 刀; onyomi (Sebutan Cina) adalah tō. Ia merujuk kepada pedang satu mata, melengkung yang khusus yang secara tradisi digunakan oleh samurai Jepun.

Senjata ini biasanya dipakai oleh ahli kelas pahlawan buke berpasangan dengan wakizashi, atau pedang pendek. Kedua-dua senjata secara bersama, dikenali sebagai daisho, dan melambangkan kuasa masyarakat dan maruah samurai (buke pengiring kepada daimyo). Sarung senjata scabbard bagi katana dikenali sebagai saya, dan kepingan pelindung tangan, yang direka halus sebagai hasil seni yang unik terutama pada akhir tempoh Edo, yang dikenali sebagai tsuba.

Katana biasanya digunakan untuk memotong (walaupun ia boleh digunakan untuk menikam), dan boleh digunakan dengan menggunakan satu atau dua belah tangan. (dua belah tangan lebih biasa). Katana biasanya dikenakan dengan mata pedang sebelah atas. Sementara kesenian menggunakan pedang untuk tujuan asalnya kini telah lapuk, kenjutsu telah bertukar menjadi gendai budo - kesenian bela diri untuk masa kini. Kesenian menghunus katana adalah iaido (juga dikenali sebagai battō-jutsu atau iaijutsu), dan kendo adalah seni berpedang dengan shinai (pedang buluh) dengan perlindungan topi dan perisai, tambahan lagi, iaijutsu adalah bentuk bermain pedang di medan pertempuran. Sekolah pedang koryu lama masih wujud (Kashima Shinto Ryu, Kashima Shin Ryu, Katori Shinto Ryu).




Pedang sebagai objek dongengan Mystical Object

Walaupun samurai klassik membawa atau mempunyai pelbagai senjata (sekurang-kurangnya panah dan tombak, sebagai tambahan kepada pedang mereka, hanya satu yang dianggap semangat samurai: katana (atau tachi). Orang-orang Jepun meletakkan nilai yang tinggi kepada pedang. Dalam kebanyakan sejarah Jepun, hanya samurai dibenarkan membawa pedang, dan petani yang membawa pedang boleh dibunuh dan pedangnya dirampas selepas larangan itu dikenakan pada awal tempoh Edo.

Kebanyakan kebudayaan Jepun berkisar sekeliling pedang. Kaedah yang rumit untuk membawa, membersihkan, menyimpan, mengasah (atau tidak mengasah), dan mengendalikan pedang berubah dari era ke era.

Sebagai contoh, seseorang samurai yang memasuki rumah seseorang perlu memikirkan cara meletakkan pedang bersarungnya semasa melutut. Meletakkan pedangnya pada kedudukan mudah dihunuh menggambarkan rasa syak dan bersedia untuk menghunus; dengan itu samaada dia meletakkannya pada sebelah kiri atau sebelah kanan, dan samaada mata bilah diletakkan melengkung kearah atau menjauhi dirinya adalah adab etiquette penting. Sebagai hos, pedang panjangnya biasanya diletakkan dibawah wakizashi pada para rendah, melengkung keatas; jika ia melengkung kebawah, atau disimpan di atas wakizashi, ini bererti pemiliknya bersedia untuk menghunusnya dengan cepat - tanda syak wangsangka terhadap sebarang tetamu.

Bagaimanapun, kebanyakan samurai menggunakan pedang mereka sebagai usaha ketiga: pertama panah, kedua tombak dan akhir sekali pedang. Ini kerana, menghunus pedang adalah bagaikan membebaskan semangat seseorang atau kemungkinan besarnya terdesak kepada jalan terakhir. Untuk bertempur sehingga tiada apa yang tinggal kecuali menyerah , ditakrifkan sebagai Ken ore, Ya mo tsuki, harafiah. dengan pedang patah dan tanpa anak panah, dan ia juga digunakan sebagai perumpamaan.


Sejarah pedang Jepun

Pedang adalah penting dalam kebanyakan kebudayaan feudal, dan Jepun tidak berkecuali. Pada abad ke enam BCE, maharaha Jepun Jimmu Tenno yang terkemuka menakluk sebahagian besar Jepan. Pada masa yang sama, Jepun mengambil idea mengenai pedang dari Cina. Pedang awal hanyalah salinan dari pedang Cina, lurus dan bermata dua, tetapi perperangan yang berlarutan ( warring stability ) pada tempoh Asuka menggalakkan kemajuan dalam bidang persenjataan.

Rekod pertama penghasilan pedang melengkung, bermata satu 'stail Jepun' (berbeza dengan 'Stail Cina') adalah sekitar 900 CE, tetapi ia telah digunakan lama sebelum itu.

Menurut lagenda Jepun, pedang Jepun dicipta oleh pandai besi bernama 'Amakuni' pada 700 CE, bersama denga proses lipatan besi. Pada masa yang sama istilah samurai telah mula digunakan.

Pada abad ke dua puluh, perang saudara meletus selepas tempoh kemerosotan yang lama. Selama lima dekad, Jepun mempunyai zaman kegelapannya sendiri, dipenuhi dengan perperangan dashyat yang berterusan. Perang Onin (1467-1477) mengrevolusi senjata dan perisai Jepun, ke tahap yang sehinggakan ia dianggap lebih berkualiti berbanding yang dibuat masa kini.

Semasa zaman Muromachi, perperangan berdarah adalah kebiasaan, tetapi shogun yang memerintah indolent shogunates masih menghargai seni dan kebudayaan, dengan itu pulau Jepun tidak merosot menjadi liar. Malah pedang dari pertengahan zaman ini dianggap kemuncak seni pembuatan pedang. Bagaimanapun, dengan perubahan masa, kesenian tersebut merosot dengan tekanan pengaruh senjataapi, yang menjadikan pedang sebagai senjata lapuk.

Pembuatan pedang terus merosot pada awal tempoh Edo, kerana perang jarang berlaku; bagaimanapun, seni berkembang pesat, mendorong kepada ukiran dan hiasan senjata yang cantik. Kemudiannya, di bawah polisi pengasingan isolationism Tokugawa Shogunate, senjataapi dan ubat bedil sematin terkawal dan tidak diperdagangkan. Pada pertengahan abad ke lapan belas, kebanyakan pemuda Jepun tidak pernah melihat senjata api, apa lagi melihat senjataapi digunakan.

Kuasa samurai (dan kualiti penghasilan pedang) hampir pupus di bawah pengaruh kuasa senjata api, tetapi ia masih kekal disebabkan kesetiaan kepada cara silam dan ingatan kepada cara lama. Kuasa samurai adalah kuat pada tempoh Edo, dan kesenian penghasilan pedang yang hampir hilang, perlahan-lahan beransur pulih. Pada akhir tempoh ini, kualiti pedang bertambah baik sehinggakan ia tidak lagi digelar 'shinto', tetapi dengan panggilan lebih hormat 'shin-shinto'.

Jepun kekal sebegitu sehinggalah Komander Matthew Perry tiba pada 1853 dan Persidangan Kanagawa yang memaksa pembukaan Jepun pada dunia luar; yang tidak lama kemudian diikuti dengan permodenan pantas oleh pemulihan Meiji.

Pengistiharan Haitorei pada tahun 1876 hampir mengharamkan pedang dan senjata api, melumpuhkan golongan samurai. Bagaimanapun, kebangkitan terhadap pengistiharan ini dan pemerintahan tentera mengakibatkan meledaknya semangat kebangsaan dan sokongan terhadap maharaja yang sebelum ini hanyalah sekadar lambang.

Ketika Perang Dunia I, Jepun adalah setaraf dengan kuasa dunia dari segi ketenteraan. Bagaimanapun secara umu, ia juga menandakan berakhirnya zaman samurai kerana senjata api turut diperkenalkan kembali. Ia juga menandakan tempoh kemerosotan dalam kualiti penghasilan pedang, apabila katana secara beransur digantikan dengan gunto: pedang saber murah untuk pegawai tentera laut.

Di bawah pendudukan Amerika Syarikat pada akhir Perang Dunia II golongan samurai dibubarkan sama sekali dan pedang diharamkan . Hanya pedang yang merupakan khazanah seni, yang tidak boleh dikeluarkan dari muzium atau kuil dibenarkan.

Disebabkan oleh perlucutan senjata ini, pada 1958 terdapat lebih banyak pedang Jepun di Amerika Syarikat berbanding yang kekal terdapat di Jepun: Tentera Amerika yang kembali dari Orient dengan timbunan pedang, sebanyak yang mungkin. Sebahagian besar daripada lebih 100,000 pedang adalah dari jenis gunto, tetapi terdapat juga sebilangan daripadanya dari jenis shin-shinto.

Ini melambangkan cabaran terakhir pada kuasa samurai pada abad terkini. Bagaimanapun, penghasilan pedang berterusan kembali, walaupun ini disebabkan oleh keperluan budaya dan bukannya disebabkan oleh peperangan.
__________________
VAMOS RAFA
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 01-02-2009, 04:06 AM
GT GT is offline
CG Top Poster Club

GT's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2008
Location: www.carigold.com
Posts: 38,110
Poster Rank: #23
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
My Mood:
Default



Pengkelasan pedang Jepun

Semua pedang Jepun dihasilkan menurut kaedah ini dan mempunyai bentuk yang agak sekata. Apa yang membezakan pedang yang berlainan adalah panjangnya. Pedang Jepun diukur dalam unit "Shaku". Satu shaku sekitar 12" atau 30 cm.

* Bilah yang lebih pendek dari 1 shaku dianggap tanto (pisau).
* Bilah yang lebih panjang dari 1 shaku tetapi kurang dari 2 dianggap wakizashi (pedang pendek).
* Bilah yang lebih panjang dari 2 shaku dianggap 'daito', atau pedang panjang. Pedang 'katana' termasuk dalam kelas ini. Bagaimanapun, istilah 'katana' sering disalah gunakan: sesuatu pedang hanya dianggap katana sekiranya ia dikenakan dengan mata keatas melalui ikat pinggang (biasanya diiringi dengan wakazashi atau tanto). Jika ia digantung dengan ikatan dari pinggang, ia dikenali sebagai 'tachi'.
* Mata bilah yang luar biasa panjang, dipakai menyendeng dibelakang, dikenali sebagai ōdachi atau nodachi. 'ōdachi' juga digunakan seerti dengan katana.
* Perlu juga disedari bahawa terdapat banyak jenis pedang kayu untuk tujuan latihan, termasuk jenis diperbuat daripada kayu(bokken) dan yang diperbuat daripada buluh (sering digunakan untuk latihan kendo, biasanya dirujuk sebagai shinai).

Itu adalah cara membezakan mereka menurut saiz, dan dibawah pula adalah bagaimana mengbezakan pedang Jepun menurut tarikh pengbuatan:

* sebelum 900: Lurus dengan dua mata, seperti pedang Cina pada era yang sama, ini boleh dikatakan sebagai 'Stail Cina' Chinese Style.
* 700-1500: 'Koto': jenis ini dianggap kemuncak seni pedang Jepun. Model awal mempunyai lengkungan tidak sekata dengan dengan lengkungan paling besar pada bahagian pangkal.
* 1500-1867: Diejek dengan geleran 'shinto', atau 'pedang baru'. Pedang ini dianggap kurang bermutu berbanding koto, dan bersamaan masa dengan kemerosotan dalam kemahiran penghasilan pedang.
* 1867+: Jika berbentuk koto, ia dikenali sebagai 'shin shinto', atau 'pedang baru dihidupkan semula' (harafiah: 'pedang baru yang baru'). Ia dianggap lebih berkualiti berbanding shinto, tetapi kurang berbanding koto.
* 1876+ (selepas-pengistiharan Haitorei): Sebarang bilah yang dihasilkan secara pukal diejek sebagai 'gunto'. Ini sering kali berbentuk pedang saber Barat berbanding katana, walaupun terdapat banyak pedang baru (1970+) yang dibuat agar kelihatan menyerupai katana, tetapi dihasilkan secara pukal.

Untuk mengkelaskan cara pedang dikenakan:

* sebelum 1500: Kebanyakan pedang digantung dengan ikatan pada pinggang, mata kebawah. Stail ini dipanggil 'jindachi-zukuri', dan semua daito dipakai menurut cara ini dikenali sebagai 'tachi'.
* 1500-1867: Hampir semua pedang dikenakan pada ikat pinggang ( sash ), berpasangan dengan pedang pendek. Kedua bilah dikenakan mata ke atas. Stail ini dikenali sebagai 'buke-zukuri', dan semua daito dikenakan cara ini adalah 'katana'.
* 1876+: Disebabkan pengharaman dan/atau pembubaran golongan Samurai, kebanyakan bilah dikenakan menurut cara jindachi-zukuri, seperti pegawai tentera laut Barat. Baru-baru ini (1953+) terdapat kebangkitan semula stail buke-zukuri, tetapi oleh kerana pedang hanya dibenarkan untuk tujuan pertunjukan demonstration, ia tidak begitu penting.

Nota sisi: pedang yang dikhususkan sebagai tachi secara umumnya adalah koto bukannya shinto, dengan itu ia dihiasi dan dihasilkan dengan lebih baik. Bagaimanapun ia masik bergela katana jika dikenakan menurut cara 'buke-zukuri' moden.

Nota sisi tambahan: kebanyakan pelbagai jenis lembing dilengkapi dengan bilah yang dihasilkan menurut stail yang sama dengan pedang Jepun. Walaupun sering diketepikan dalam penulisan Barat, lembing merupakan senjata pertama bagai sebarang samurai ataupun petani, dan bilah pada mata lembing samurai seringkali berkualiti tinggi. Bagaimanapun, walaupun begitu, pedang masih dianggap sebagai semangat samurai, bukannya lembing.


Penghasilan

Pedang Jepun dan senjata bermata yang lain sering dihasilkan melalui kaedah rumit memanaskan, melipat, dan mengetuk logam berulang kali. Kaedah ini berasal dari penggunaan logam tidak tulen, akibat suhu rendah yang terhasil pada kaedah peleburan logam pada masa itu di situ. Untuk mengatasi masalah tersebut, dan untuk menyeragamkan homogenize kandungan karbon pada bilah (memberikan sesetengah bilah ciri-ciri pola berlipat), kaedah melipat dimajukan (untuk perbandingan lihat pola kimpalan pattern welding )), dan didapati agak berkesan, walaupun memakan tenaga manusia yang banyak. Berbeza dengan kepercayaan popular, kaedah ini tidak menghasilkan bilah yang mempunyai kekuatan tambahan. Proses melipat mata bilah berulang kali bertujuan menulenkan logam.

Lengkungan jelas pada katana sebahagiannya disebabkan oleh proses perbezaan celupan ( quenching ). Belakang pedang disalut dengan tanah liat, mengasingkannya dan dengan itu menyebabkan ia sejuk lebih perlahan berbanding mata apabila mata bilah direndam. Kaedah ini menghasilkan mata bilah dengan tepi yang keras dan belakang yang sejuk, membenarkannya menjadi kenyal dan pada masa yang sama masih mengekalkan mata tajam untuk memotong yang elok.

Proses ini juga menjadikan mata bilah mengucup kurang berbanding bahagian belakang apabila sejuk, satu keadaan yang membantu pandai besi menentukan lengkungan sesuatu bilah. Sebagaimana mata bilah yang melengkung lain (contohnya. saber, scimitar, dan machete), lengkungan ini menjadikan bilah tersebut sebagai senjata memotong yang lebih berkesan dengan menumpukan kesan hentaman pada sebahagian kecil kawasan; bagaimanapun, ia mengurangkan keberkesanannya sebagai senjata tikaman.

Proses penghasilan akan dijelaskan dengan lebih teperinci dalam subseksyen berikut.


Komposisi

Besi Jepun tradisional dianggap sebagai bahan terbaik untuk menghasilkan pedang. Komposisi sepenuhnya berbeza antara pandai besi dengan pandai besi dan satu penghantaran bijih dengan yang lain.

Salah satu formula moden (dari Perang Dunia II) memerlukan:

komposisi: 0.04% molybdenum
0.05% tungsten
0.02% titanium
1.54% tembaga
0.11% manganese
0.1% to 3% karbon
jumlah silika berbeza
dan beberapa bekas (sediki) bahan lain
Besi adalah bakinya (membentuk sebahagian besar besi waja).

Peratusan besar karbon memberikan bilah kekuatan, sementara silikon meningkatkan kelenturan mata bilah termasuk keupayaannya menangani ketegangan. Katana direka untuk memotong daging, oleh itu komposisi ini tidak selalunya mencukupi untuk menembusi perisai.
__________________
VAMOS RAFA
Reply With Quote
  #3  
Old 01-02-2009, 04:13 AM
sweezer sweezer is offline
IKOfx Official
Introducing Broker

sweezer's Avatar

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Mar 2007
Posts: 4,848
Poster Rank: #766
Thanked 350 Times
Active Level
My Mood:
Default

senjata yg hebat nie.... tak pernah pegang yg asli nyer.. selalu pegang yg model sahaja or tak tajam
Reply With Quote
  #4  
Old 01-02-2009, 04:14 AM
cyberkids cyberkids is offline
Well-Known
Member

cyberkids's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Posts: 5,351
Poster Rank: #689
Thanked 35 Times
Active Level
My Mood:
Default

wa menarik ni..aku minat pasal senjata..nnti leh up pasal senjata lain lak...
Reply With Quote
  #5  
Old 01-02-2009, 04:16 AM
GT GT is offline
CG Top Poster Club

GT's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2008
Location: www.carigold.com
Posts: 38,110
Poster Rank: #23
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by sweezer View Post
senjata yg hebat nie.... tak pernah pegang yg asli nyer.. selalu pegang yg model sahaja or tak tajam
Nanti tuan ke Jepun boleh beli. Buat perhiasan.
__________________
VAMOS RAFA
Reply With Quote
  #6  
Old 01-02-2009, 04:21 AM
sweezer sweezer is offline
IKOfx Official
Introducing Broker

sweezer's Avatar

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Mar 2007
Posts: 4,848
Poster Rank: #766
Thanked 350 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by globaltent View Post
Nanti tuan ke Jepun boleh beli. Buat perhiasan.
hari tu tak beli sebab dok sibuk beli pistol air gun ngan senapan air gun... byk koleksi masa tu... sniper gun pon ade...

pistol guna gas dan M16 dan sniper guna bateri....

mmg lool a like abis, berat pon dah sama

http://www.hobbytron.com/GasAirsoftGuns.html
Reply With Quote
  #7  
Old 01-02-2009, 05:00 AM
hgt422007 hgt422007 is offline
Active Member

hgt422007's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Location: in your hearts
Posts: 1,364
Poster Rank: #2753
Thanked 157 Times
Active Level
Default

aku suka katana kikuijimoji
__________________
sila klik kat mana2 siggy
http://www.jutawanceramic.com/hgt422007
http://www.buluhmas.com/
Reply With Quote
  #8  
Old 01-02-2009, 05:02 AM
GT GT is offline
CG Top Poster Club

GT's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2008
Location: www.carigold.com
Posts: 38,110
Poster Rank: #23
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by hgt422007 View Post
aku suka katana kikuijimoji
Boleh cerita sedikit berkaitan Katana tersebut?
__________________
VAMOS RAFA
Reply With Quote
  #9  
Old 01-02-2009, 05:02 AM
DreamCatcher DreamCatcher is offline
Legendary Member

DreamCatcher's Avatar
 
Trader Rating: (21)
Join Date: Jan 2008
Location: portalkini.com
Posts: 18,134
Poster Rank: #104
Blog Entries: 3
Thanked 385 Times
Active Level
My Mood:
Default

pedang ni tajam nih.. kalau masa jepun dulu ni kira pedang pancung orang la kot
Reply With Quote
  #10  
Old 01-02-2009, 05:06 AM
GT GT is offline
CG Top Poster Club

GT's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2008
Location: www.carigold.com
Posts: 38,110
Poster Rank: #23
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by DreamCatcher View Post
pedang ni tajam nih.. kalau masa jepun dulu ni kira pedang pancung orang la kot
Jangan kata kat Jepun, kat sini baru jer budak meninggal kena
bunuh mengunakan Pedang Samurai buatan sendiri..... dah 7 hari jugaklah....
__________________
VAMOS RAFA
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 06:13 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE