muamalahdotnet
Active Member
- Messages
- 1,356
- Joined
- Feb 8, 2008
- Messages
- 1,356
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Tahun 2009 akan menyaksikan kegawatan berulang seperti tahun 1997-98, malah mungkin lebih teruk lagi. Macam-macam e-mel diterima menunjukkan masadepan sektor pekerjaan di Malaysia amat tipis. Ramai yang akan diberhentikan oleh kerana keadaan ekonomi sekarang.
Sebagai rasa tanggungjawab sesama rakyat, tidak kira bangsa atau agama apa pun, mari kita bincang bersama apakah alternatif terbaik membantu mereka yang terlibat. Saya akan memantau thread ini dari semasa ke semasa dan akan menyenaraikan point2 penting hasil maklumbalas ahli CG.
Apa yang terlintas difikiran saya ialah satu jer, iaitu perpaduan. Dengan adanya perpaduan sesama rakyat akan wujud jaringan hubungan dan seterusnya rantaian saling perlu memerlukan antara kita akan berterusan, itu hanya dari segi teori umum.
Spesifiknya, kalau saya sentuh dari aspek ekonomi, bermula dari sudut pengeluaran produk sehinggalah kepada pengguna akhir perlulah berjalan secara sistematik dan konsisten.
Contohnya, kita boleh mencuba satu projek hidroponik di sebuah taman perumahan. Di mana satu taman perumahan saya anggarkan ada lebih kurang 40 unit rumah. 10 unit rumah jalankan projek tanaman cili, 10 unit lagi jalankan projek tanaman timun, 10-20 unit rumah lagi jalankan projek tanaman sayur yang lain. Kalau taman perumahan yang lain menjayakan sistem yang sama dengan hasil produk tanaman yang lain, Saya yakin dan pasti, kita boleh janakan sumber pendapatan sampingan bagi setiap rumah. Paling tidak boleh bertukar produk (sistem barter) dan menjalinkan hubungan persaudaraan. Gejala sosial pun dapat dihindari oleh kerana masyarakat mempunyai aktiviti-aktiviti sihat seperti ini.
Adakah impian itu dapat direalisasikan? Idea dah ada nih...sedang menunggu masa untuk bertindak.
Itu baru projek pertanian, kalau ahli2 CG ada idea lain, boleh bincang sama2 kat sini...