Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 16,664
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 46,880
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 34,647
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 27-01-2009, 06:29 PM
NEMO NEMO is offline
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 112,340
Poster Rank: #3
Thanked 1,001 Times
Active Level
My Mood:
Default Singapura - Kenapa Keluar dari Persekutuan Malaysia?

Sebab utama Singapura memilih utk join malaysia kerana ketika itu masalah komunis berleluasa dan ketika itu pasukan ketenteraan malaysia agak kuat berbanding s'pore. maka, dengan bergabung bersama malaysia, mereka berharap malaysia akan bantu membersihkan aktiviti komunis di s'pore juga. singapore hanya bertahan bersama malaysia selama 2 tahun.

ketka join malaysia, timbuk konflik perkauman antara melayu dan cina. Hubungan Singapura & Tanah Melayu semakin terjejas terutama sekali dalam pilihanraya pada tahun 1964, apabila PAP turut bertanding.

Sebelum menjelang pilihanraya, Lee Kuan Yew telah bertindak memperkecilkan MCA dan mendakwa pemimpin MCA tidak berkaliber dan bersahabat dgn UMNO

Sikap Kuan Yew dan PAP telah menimbulkan kemarahan bukan shj oleh pemimpin MCA tetapi juga oleh Tunku Abdul Rahman sendiri

Tindakan PAP ini dikatakan cuba mengambilalih peranan MCA yg menjaga kepentingan kaum Cina

PAP bukan shj menjadi musuh org Cina tetapi juga org Melayu
Keretakan hubungan ini semakin ketara dan akhirnya mencetuskan rusuhan pada 21 Julai dan 2 September 1964.

Tunku kecewa dgn tindakan Singapura dan jalan penyelesaian yg terbaik adl melalui perpisahan

27 April 1965, Singapura tlh adakan satu konvensyen untuk membentuk United Opposition Front yg memperjuangkan konsep persamaan hak

Malaysia for Malaysian - tiada sebarang kaum pun yg lebih asli drp kaum lain
9 Mei 1965 - PAP adalah Konvensyen Perpaduan Malaysia yang semakin menyatukan org Cina utk terus memusuhi org Melayu

Kempen Kuan Yew Malaysia for Malaysian akhirnya dibalas oleh pemimpin UMNO - Jaafar Albar dgn slogan Melayu Bersatu


Pemimpin MCA turut merasa tidak senang dgn tindakan Singapura.
Tan Siew Sin & Senator T.H.Tan - pemimpin MCA yg mencadangkan perpisahan Singapura drp Malaysia


7 Ogos 1965 - Kuan Yew & Tunku tandatangani perjanjian perpisahan

9 Ogos 1965 - Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Perpisahan
Singapura dgn rasminya keluar dr Malaysia dan menubuhkan republik

maklumat dipetik drpd nota Pengajian Malaysia.
Reply With Quote
The Following 13 Users Say Thank You to NEMO For This Useful Post:
ayeen38 (19-03-2009), dzale (31-05-2013), fordLASER (27-01-2009), hanzahar (28-01-2009), joned (22-08-2011), kevler (16-12-2011), qreemall (27-01-2009), rakyat_jelata (28-01-2009), shamil91 (19-03-2009), TRBC (18-12-2011), underscore (04-03-2009), wokyoh fx (16-12-2011), zerovirus (16-12-2011)
Paid Advertisement
  #2  
Old 27-01-2009, 06:30 PM
NEMO NEMO is offline
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 112,340
Poster Rank: #3
Thanked 1,001 Times
Active Level
My Mood:
Default

Pada 27 dan 29 Januari 1965, Pengerusi NCP, Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS dan beberapa orang ahli terkemuka Barisan Sosialis yang dituduh bersubahat dalam komplot Pro-Indonesia untuk menggulingkan kerajaan Malaysia telah ditangkap. Dua minggu kemudian Barisan Sosialis mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur yang kemudiannya berubah menjadi satu rusuhan.

Ramai ahli politik sayap kiri ditangkap menyebabkan pihak pembangkang tidak mempunyai pemimpin. Lee Kuan Yew merebut peluang ini dan seterusnya berjaya menyatukan PAP, SUPP, UDP, PPP dan MACHINDA (parti yang dikuasai oleh orang Cina dan ditubuhkan di Sarawak pada tahun 1964) ke dalam suatu Konvensyen Peprpaduan Malaysia yang berikrar untuk membina “Malaysia untuk rakyat Malaysia” bukannya “Malaysia untuk rakyat Melayu”.

Dalam pada itu, barisan pemimpin UMNO mula meragui sama ada persekutuan dengan Singapura boleh diteruskan ataupun tidak. Ini disebabkan sekiranya Lee Kuan Yew berjaya menyatukan pengundi-pengundi Cina dan India serta sebahagian besar pengundi bumiputera Sabah dan Sarawak, mungkin beliau akan mendapat cukup kerusi untuk mengetuai sebuah kerajaan bukan Melayu. Pada masa itu, terdapat khabar angin bahawa Lee Kuan Yew sedang mengatur rancangan untuk membentuk satu kombinasi negeri-negeri Singapura, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Desakan demi desakan dibuat kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya Majlis Undangan Negeri Singapura dibubarkan dan terus ditadbirkan secara langsung daripada ibu negara (KL). Lee Kuan Yew tetap tidak beralah. Sebaliknya Konvensyen Perpaduan Malaysia memperhebatkan kempennya terhadap UMNO, baik dalam majlis-majlis Undangan Negeri mahupun perhimpunan umum dengan menggunakan ungkapan “Malaysia untuk rakyat Malaysia”

Sekiranya kempen tersebut berhenti setakat itu sahaja, mungkin orang Melayu dapat bersabar. Apabila kempen-kempen tersebut mula menyelitkan ketidakyakinan mereka tentang kemampuan Perikatan yang dikuasai oleh UMNO untuk merealisasikan konsep berbilang kaum, orang Melayu mula berasa marah.

TAR sendiri dengan perasaan marah mengumumkan bahawa sekiranya Singapura ingin kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia, maka Singapura harus mencara seorang pemimpin yang lebih stabil dan mahu bekerjasama. Reaksi Lee Kuan Yew terhadap kenyataan tersebut ialah membuat cabaran terhadap UMNO, serta membentangkan dalam Parlimen suatu pindaan, iaitu kenyataan rasmi mengenai dasar-dasar kerajaan pada masa akan datang.

Cabaran dan pembentangan yang dibuat pada 27 Mei 1965 ini juga memasukkan kekesalan Lee Kuan Yew kerana kenyataan itu tidak mempunyai sebarang jaminan bahawa negeri ini benar-benar akan menjadi negeri Malaysia untuk orang Malaysia. Perbahasan yang berlanjutan dengan emosional dan perasaan benci membenci berakhir pada 31 Jun, apabila Tunku menyerahkan kepada TAR untuk menutup perbahasan bagi pihak kerajaan.

Semasa Tunku ke Britain, Tun Abdul Razak secara sementara telah mengambil alih pemerintahan sebagai Pemangku PM. Beliau mengadakan perjumpaan dengan Lee Kuan Yew dengan harapan satu penyelesaian boleh menjaga nama baik kedua-dua pihak dicapai. Perjumpaan itu gagal. TAR menghubungi Tunku di London dan memberitahunya bahawa tidak ada peluang lagi bagi Lee Kuan Yew untuk membetulkan pendiriannya. Tunku menasihatkan TAR supaya berusaha mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.

Rundingan selanjutnya dilakukan antara TAR dan Dr Goh Keng Swee (bekas ahli ekonomi yang menjadi Menteri Kewangan Singapura). TAR mendapati walaupun beliau mempertahankan Malaysia, tetapi sikap menteri-menteri Singapura yang berunding dengan beliau tidak mahu bertolak ansur. Menjelang hujung bulan Julai 1965, TAR akhirnya berpendapat tidak ada gunanya lagi berunding dengan Singapura. Jalan penyelesaian yang terbaik bagi Malaysia dan Singapura ialah berpisah.

Sehubungan itu, TAR membuat ketetapan bahawa adalah baik bagi pihak yang terlibat sekiranya perpisahan itu dilakukan secepat mungkin. Apabila dimaklumkan, Tunku menyerahkan tugas membuat peraturan-peraturan menyingkirkan Singapura kepada TAR. TAR memberitahu Dr. Goh apa yang akan berlaku dan meminta supaya mengetuai perwakilan Singapura yang akan menyusun syarat-syarat pemisahan itu. Akhirnya Singapura telah menjadi sebuah republik yang merdeka pada 9 Ogos 1965. Cita-cita Lee Kuan Yew tercapai.

sumber...http://members.lycos.co.uk/nabirz/tarbio.htm
Reply With Quote
  #3  
Old 27-01-2009, 06:32 PM
NEMO NEMO is offline
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 112,340
Poster Rank: #3
Thanked 1,001 Times
Active Level
My Mood:
Default

Peristiwa Rusuhan Kaum 1964 Malaysia-Singapura


Perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. telah diadakan di seluruh Malaysia. Di kebanyakan bandar, ia disambut secara besar-besaran. Berbagai-bagai unit tentera, polis, bomba dan bekas kakitangan kerajaan, contohnya, turut serta di dalam perayaan itu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Di Singapura, 212 organisasi Islam menyertai perhimpunan tersebut. Sehingga pukul 1 petang pada 21hb.Julai 1964, seramai 25 ribu umat Islam berkumpul di Padang. Pada pukul 2 petang, Yang di-Pertuan Negara, ketua kerajaan negeri, memberikan ucapan rasmi.

Umat Islam digesa supaya mematuhi ajaran Islam dan 'bersabar, tabah dan rajin berusaha'. Pada jam 3.30 petang, orang ramai sepatutnya berarak dari Padang ke St. Andrews Road, Beach Road, Arab Street, Victoria Street, Kallang Road, dan akhirnya ke Lorong 12, Geylang.

Semasa perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah perarakan. Suasana bertukar menjadi tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar jam 5 petang, ia telah diserang. Dalam sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau. Pada pukul 6.00 petang, perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antara Kallang dan Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan. Pada jam 6.30 petang, pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjung Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road. 50 orang yang cedera, kebanyakannya dengan kecederaan di kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada jam 8.30 malam. Keadaan kacau-bilau berlaku dengan dahsyat sekali sehingga banyak panggung wayang yang mengumumkan pembatalan tayangan filem sessi 9.30 malam. Pada hari pertama rusuhan itu, 4 orang terbunuh dan 178 lagi mengalami kecederaan.


Kekacauan itu turut merebak ke kawasan-kawasan lain di Singapura pada beberapa hari berikutnya. 2 lelaki diserang di kawasan Upper Serangoon jam 9.15 malam pada 22hb. Julai. Keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka. Perintah berkurung dari waktu senja sehingga ke waktu subuh dikenakan untuk seluruh pulau itu bagi mengawal kacau-bilau pada 23hb.Julai, dan hanya ditarik semula sepenuhnya pada 2hb.Ogos, selepas 11 hari. 45 orang yang melanggar perintah berkurung tersebut telah dipenjarakan.

Dengan keadaan yang tidak stabil itu, harga-harga makanan dan bekalan keperluan naik dengan mendadak di dalam tempoh tersebut. Semua kerja terpaksa diberhentikan untuk selama 3 hari.

Yang lebih penting lagi, ketakutan telah merebak. Secara keseluruhannya, 23 orang telah terbunuh dan 460 orang lagi cedera.
Reply With Quote
  #4  
Old 27-01-2009, 06:34 PM
qreemall qreemall is offline
Legendary Member

qreemall's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2008
Location: The Socialist Republic of Seri Kembangan
Posts: 19,288
Poster Rank: #94
Thanked 50 Times
Active Level
My Mood:
Default

salah satu punca mengapa Singapura dipisahkan
dari Persekutuan Malaysia adalah kerana ratio
antara kaum Cina dan Melayu ketika itu sudah
sangat kecil dan mampu menggugat perpaduan rakyat ketika itu.
Jika sy tak silap.
__________________
|huh|
Reply With Quote
  #5  
Old 27-01-2009, 06:35 PM
NEMO NEMO is offline
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 112,340
Poster Rank: #3
Thanked 1,001 Times
Active Level
My Mood:
Default

Kayap Menyebabkan Singapura Tersingkir Daripada Malaysia?

Ketua editor 'The New Straits Times', Tan Sri Abdullah Ahmad (yang lebih dikenali oleh kumpulan veteran UMNO sebagai Abdullah Komunis - penterjemah) menulis di NST melalui satu kolum yang berunsur 'alter-ego' yang diberi nama 'NST Diary'. Pada 11 Ogos, muka surat 8, dia ada menceritakan betapa penyakit kayap yang ditanggung oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun 1965 (seperti penyakit yang sama ditanggungnya ketika menulis artikel itu), telah menjadi penyebab utama berlakunya satu perubahan besar dalam tindakan negara. Abdullah Komunis membuat andaian betapa Tunku yang sedang kesakitan ketika itu, memberi arahan kepada timbalan beliau Tun Abdul Razak, untuk bertindak menyingkirkan Singapura daripada gugusan Malaysia. Abdullah Komunis berlagak lebih mengada-ngada apabila mendakwa Tun Razak (yang ketika itu menggunakan khidmat Dollah Komunis sebagai Setiausaha politik) telah membacakan sebahagian surat Tunku itu kepada Dollah Komunis sehinggakan Dollah Komunis merayu kepada Tun Razak supaya memujuk Tunku menimbang semula tindakannya. Kalaupun Tunku ada menulis surat semacam itu, tentulah penulisannya itu dibuat selepas berlaku peristiwa itu, kerana Tun Razak menerima arahan itu secara peribadi daripada Tunku yang ketika itu sedang berehat di 'London Clinic' di London.

(Catatan penterjemah: Sila baca komen khas yang penterjemah dapatkan daripada Pak Marhaintua dalam kisah Dollah Komunis ini)

Keputusan menyingkir Singapura telah dilaksanakan pada Mei 1965, gara-gara tekanan yang menghantui Tunku disebabkan karenah perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang sedang mencuba ketika itu agar PAP menggantikan MCA sebagai parti sekutu Perikatan. Tunku tidak mahu melayan karenah Lee agar PAP menjadi parti utama orang Cina. Sewaktu itu Lee berlagak terlebih-lebih dalam merangka satu rencana membuat draf bagaimana Singapura patut keluar daripada Malaysia seandainya usaha beliau itu ditolak. Lee menjangkakan para menteri kabinet Malaysia dapat dipujuk menyebelahi karenahnya. Sebenarnya Lee bersikap 'sedikit-lebih' mengikut tafsiran Tunku sepertimana yang diceritakannya kepada saya ketika zaman persaraannya. Saya kerap menemui beliau sekali setiap minggu di rumahnya di Jalan Tunku. Apabila Lee mengunjukkan draf rencana penarikan Singapura kepada Tunku, beliau telah menandatanganinya dan meminta Lee mendapatkan tandatangan anggota kabinet beliau untuk menyatakan persetujuan yang sama.

Tunku telah bertolak ke London pada bulan Jun. Beliau telah diserang penyakit kayap dan telah dimasukkan ke London Clinic. Ketika itu PBB sedang bersidang dan Tun Dr. Ismail yang bakal menjadi timbalan perdana menteri telah menjadi ketua delegasi Malaysia. Tunku telah meminta Duta Malaysia di Belanda Datuk (gelaran beliau ketika itu) Philip Kuok datang ke London dan kemudiannya terbang ke New York membawa pesan kepada Tun Ismail agar singgah di London dalam perjalanannya pulang ke Malaysia. Tunku mahukan Tun Razak terbang ke London secepat mungkin. Tan Sri Philip yang hampir rabun pandangannya pada tahun 1980-an pernah mendapatkan khidmat saya untuk menulis 'memoir' beliau, pernah menyatakan bagaimana Tun Ismail yang merupakan rakan persekolahan dan sahabat karibnya tidak tahu menahu sebab-musabab arahan Tunku ketika itu. Tunku telah mengarahkan Tun Ismail terus pergi ke Singapura dan mendesak Mr. Lee menyerahkan dokumen persetujuan ahli kabinet Singapura mengenai perpisahan itu. Oleh kerana tidak ada sebarang dokumen rasmi mengenai perkara itu, adalah serba mungkin Dollah Komunis merujuk kepada satu surat yang ditulis pada tarikh yang lebih lewat pada kejadian itu -- selepas berlakunya satu perpisahan yang tidak dapat dielakkan. Ketika itu, segalanya sudah terlambat. Lagipun, apabila Tunku sudah membuat keputusannya, tidak mungkin di merobah pemikiran mengenai tindakannya.

Mr. Lee terjebak dalam satu perangkap bikinannya sendiri. Dia bergegas menelefon Ketua Setiausaha Kementerian Luar ketika itu yang akhirnya menjadi menteri luar Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie untuk campur tangan sambil menyebut dia tidak mengingini perpisahan dan Tunku dikatakannya tersilap tafsiran apa yang dimaksudkannya. Usaha Lee tidak berbaloi. Beliau tidak mahu mempercayai sesiapa kerana memikirkan perkara itu akan reda juga akhirnya. Apabila terserlah kemudiannya pada akhir Julai 1965 bahawa Tunku tidak mahu merobah pendiriannya, seperti pesanan Tun yang amat jelas mengenainya, barulah Mr. Lee mengumumkan perkara itu kepada ahli kabinetnya. Lee tidak mahu berpisah daripada Malaysia tetapi dia sudah tidak ada pilihan lain. Tetapi bukan semua anggota kabinet beliau sanggup menurunkan tandatangan mereka. Yang enggan ialah Timbalan Perdana Menteri, Dr. Toh Chin Chye dan Menteri Luar Mr. S. Rajaratnam. Dalam usaha terakhirnya Dr. Toh telah menulis sepucuk surat kepada Tunku dan berusaha bersemuka dengan Tunku untuk mengelakkan perpisahan itu. Tunku sanggup merobah pendirian hanya kalau Mr. Lee sanggup melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sejurus pulang kembali, Dr. Toh mendapati Mr. Rajaratnam sudahpun menurunkan tandatangannya kerana tidak mahu berdegil bersendirian dalam hal itu. Demikianlah yang diceritakan oleh Rajaratnam ketika saya menemui beliau seperti biasa di Institute of Southeast Asia Studies yang terletak dalam kampus Universiti Kebangsaan Singapura. Ketika itu Rajaratnam adalah seorang fellow kanan tetap pada tahun 1980-an.

Demikianlah halnya pada 9 Ogos 1975, Singapura yang berlagak terjerit dan melalak tanpa kerelaannya, telah menjadi sebuah negara yang merdeka. Titisan airmata Mr. Lee Kuan Yew sewaktu itu memang ada ketulenannya. Terutama sekali sewaktu seorang wartawan India daripada 'The Statement' bertanyakan sebab-musabab berlakunya perpisahan yang mencetuskan kemerdekaan Singapura. Mr. Lee telah dinafikan keinginan mahu menjadi wakil terunggul masyarakat Cina di Malaysia, kerana dia tersilap langkah. Dia tidak dapat memahami sikap lemah lembut Tunku yang menjadi seorang patriak ketika itu sebenarnya telah membungkus kedegilannya yang sungguh perkasa, yang tidak pun dimilikinya. Lee tidak sedar bahawa Tunku dan bukannya Tan Sri Ghazali Shafie yang mengendalikan dasar luar Malaysia. Kerana itu apabila keadaan genting datang meruncing, tidak ada orang lain di rantau ini yang dapat menandingi Tunku dalam menentukan tindakan kerasnya. Kalau ada sesiapa yang memang digusari oleh Tunku, orang itu ialah Sukarno seperti yang terserlah ketika bermulanya proses konfrontasi yang mengganyang Malaysia. Tunku berjaya menguasai keadaan dan melemahkan Mr. Lee dalam urusan hubungan Malaysia-Singapura. Tidak ada alasan yang lain lagi. Dalam memoir Mr. Lee dia ada a menyebut akan keperkasaan Tunku sebagai kelemahannya juga dan dia mengakui fenomena itu walaupun sudah jauh terlambat tempohnya.

Kalau mahu dikaitkan juga penyakit kayap Tunku itu, memang jelas betapa dia amat berkeras ketika itu dalam menentukan Singapura terpaksa berpisah juga. Tunku mempunyai satu sifat yang sungguh bertanggungjawab dalam tugasnya. Kalaulah dia merasa gusar bahawa penyakit kayapnya itu akan mempengaruhi pendiriannya terhadap isu itu, sudah tentu dia melewatkan penetapan keputusannya. Tetapi, seperti yang diketahui dia memang tidak dihantui sebarang ilusi. Dengan hal demikian, adalah tidak adil untuk Dollah Komunis menyebut betapa Tunku telah bertindak secara tergesa-gesa menentukan nasib Singapura kerana wujudnya unsur penyakit yang dideritainya. Saya amat mengharapkan Tan Sri Abdullah sedar akan kesilapan ini dan balik ke persimpangan yang asal. Kami telah berkawan selama tiga dekad setengah. Persahabatan itu walaupun pernah dicemari beberapa perselisihan faham, tidakpun terputus selama ini. Beliau merupakan seorang Setiausaha politik yang dipercayai oleh Tun Abdul Razak. Saya yakin penahanan beliau sebagai seorang tahanan ISA di Kamunting adalah satu bebanan gara-gara tindak-tanduknya melaksanakan dasar Tun.

Kalau diimbau, kesilapan Abdullah ialah menjadi anggota Parlimen ketika penentangan terhadap Tun Abdul Razak dalam UMNO gara-gara dasar politik dan pembangunan negara ciptaan beliau yang sudah semakin sukar untuk dipatahkan. Apalagi dengan peristiwa kematian Tun pada bulan Januari 1976, yang mencetuskan suasana balas dendam yang semakin menggila jadinya. Abdullah menjadi seorang timbalan menteri ketika ditahan. Antara musuh ketat beliau ketika itu ialah Dato' Harun Idris (bekas Menteri Besar Selangor) dan Tan Sri Syed Jaffar Albar (ayah menteri luar yang sedia ada). Perdana Menteri yang baru ketika itu, Dato' Hussein Onn merupakan seorang aristokrat dan patriak yang dianggap sebagai pemimpin sementara sahaja. Seperti Tunku, Tun Hussein Onn memang mempunyai kecekalan yang sungguh perkasa dan amat yakin dengan segala keputusan yang dibuatnya. Hussein memang rapat dengan Mahathir timbalannya, yang pernah disingkir oleh Tunku daripada UMNO tetapi dipungut semula oleh Tun Razak. Tetapi, Dr. Mahathir tidak boleh campurtangan dalam pendirian Tun Hussein seperti yang sudah disedarinya kini, begitulah juga kedudukan timbalannya Dato Seri Abdullah Badawi. Mereka berdua pernah bersekongkolan menyokong Tun dalam usaha menjalin hubungan rapat dengan Moscow untuk melunturkan pengaruh Cina di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi, itu satu kisah lain dalam perjalanan politik Malaysia yang mesti diceritakan satu hari nanti.


sumber : http://lamankm2.tripod.com/cgi-bin/m/KM2/7305.html
Reply With Quote
  #6  
Old 27-01-2009, 06:41 PM
VAMP VAMP is offline
Super Moderator

VAMP's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2007
Posts: 9,261
Poster Rank: #307
Thanked 43 Times
Active Level
My Mood:
Default

klau xslah aku, slh satu sbbnya kerana PAP tidak iktiraf kewujudan kesultanan Melayu, sekaligus menentang hak2 istimewa bumiputra.
__________________
| Contact Us || Forum Rules |
Reply With Quote
  #7  
Old 27-01-2009, 06:48 PM
wmrn1 wmrn1 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jul 2008
Posts: 1,282
Poster Rank: #2848
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Kemerdekaan Singapura hanyalah sementara kerana terdapat perjanjian pajakan antara British dgn kerajaan Johor spt perjanjian pajakan Hong Kong dgn China. Tamat tempoh kena balik semula. Hakikat sebenarnya mcmana dia merdeka krn tuan dia British adalah pemajak bukan tuan tanah asal. Perjanjian tsb itu yg tidak dikeluarkan sewaktu penghakiman Batu Putih. Mungkin ada hikmahnya iaitu kita bagi Singapura buat canggih-canggih pulau itu dan sampai masa bagi kita balik plus kelengkapan. Satu lagi, yg perlu difahami oleh rakyat Malaysia ialah kita negara persekutuan iaitu persekutuan ada hak dan negeri ada hak mengikut Jadual dlm perlembagaan Malaysia, tetapi tanah adalah hak mutlak KBDYMM Raja-Raja Melayu yg ditadbir secara eksekutif oleh parti yg dipilih. Itu sebabnya walaupun tanah freehold masih kena bayar cukai tanah, pelikkan? Itu sebenarnya kecerdikan penggubal perlembagaan dulu yang mementingkan anak cucu bukan tembolok sendiri. Yang tersirat lebih memedihkan dari yang tersurat.
Reply With Quote
  #8  
Old 28-01-2009, 11:20 AM
butterland butterland is offline
Legendary Member

butterland's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Jan 2008
Location: yeke IPO...
Posts: 10,979
Poster Rank: #236
Thanked 201 Times
Active Level
My Mood:
Default

Pemisahan Singapura daripada Malaysia

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu petikan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.
__________________
AKHIRNYA

Quote:
CPS-GOLD
Semua share kita sama ada 2 lot atau 100 lot atau lebih akan di apungkan ke IPO sehingga Dec 2013 yang mana akan di terajui oleh PCEF... Tiada kena mengena untuk tambahan 10lot CPS-PLATINUM... ia akan kekal seadanya tak BURN tak HANGUS tak HILANG
Reply With Quote
  #9  
Old 28-01-2009, 09:39 PM
mahir79 mahir79 is offline
Active Member

mahir79's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 1,655
Poster Rank: #2282
Thanked 98 Times
Active Level
My Mood:
Default

kalau aku jadik Tunku...
Mula mula pergi Singapura konon nak melawat, buat la ucapan ke apa ke.
Pada masa yang sama, hantar je satu pengebom berani mati, kasi bom tempat ucapan Lee Kuan Yew. Make sure bom tu kasi mati la itu cilaka tu Lee Kuan Yew.

Pastu dalam waktu yang sama letupkan satu lagi bom kat tempat Tunku berucap, tapi make sure Tunku selamat la.

Pastu tuduh la komunis punya angkara, isytihar darurat. Hantar askar gi Singapura. Lee Kuan Yew pun dah mati. Darurat la 90 hari ke, tangkap je la pemimpin PAP..tuduh la diorang berkomplot nak bunuh Tunku dan Lee Kua Yew. Tangkap ISA, reka bukti, gantung. Habis citer.

Pastu install satu Gabenor atau Yang Dipertua Negeri atas perkenan baginda Agong. Jangan adakan pilihanraya DUN Singapura. Lantik terus wakil Pusat memerintah sana sehingga keadaan terkawal. Habis citer..
Reply With Quote
  #10  
Old 28-01-2009, 10:27 PM
shane shane is offline
Legendary Member

shane's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2007
Location: Kedah, Pg, S'ngor, K'tan
Posts: 13,361
Poster Rank: #171
Thanked 112 Times
Active Level
My Mood:
Default

Yang aku heran, pemimpin masa tu tak pulak pandai gunakan ISA, tangkap Lee Kuan Yew bubuh kat penjara Sg Buluh. Kalu tidak S'pore masih lagi hak Malaysia.............
__________________
Emaslink Pacific Hotel video
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 02:46 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE