Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 27-01-2009, 05:37 PM
Biggie Biggie is offline
Passed Away - Al Fatihah

Biggie's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2008
Location: masih tercari cari..
Posts: 14,653
Thanks (Received): 79
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default Pahlawan - Pahlawan Melayu

Thread ni ak bkk utk berkongsi perihal pahlawan melayu....
Sesape yg ad..boleh la tepek sini.....
ak suka cerita pahlawan ni....


MAT KILAU

LATAR BELAKANG MAT KILAU
Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau. Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar. Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU
Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

HOBI MAT KILAU
Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir,Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.
Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.
Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua'(ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

PERKAHWINAN MAT KILAU
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun,Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

ILMU YANG DIPELAJARI
Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober,1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri.Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Dengan setiap lapisan masyarakat.Maka Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.
Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,The Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(khatib), Awang(Imam)dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


KEMATIAN MISTERI MAT KILAU
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.
The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatny seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau),Pendekar Tok Demali,Raja Ibrahim(Pak Him),Mat Kelantan dan beberapa orang lain.


KEMUNCULAN MAT KILAU
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar.
Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.Selepas sembahyang,Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat.Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970.Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzura.Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.
__________________
[SIGPIC][/SIGPIC]
~BOIKOT PRODUK ISRAEL & SEKUTU~

Last edited by Biggie; 28-01-2009 at 08:14 PM..
Reply With Quote
Thanks carnationmyra, GT, viper207, nash_d thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 27-01-2009, 05:38 PM
Biggie Biggie is offline
Passed Away - Al Fatihah

Biggie's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2008
Location: masih tercari cari..
Posts: 14,653
Thanks (Received): 79
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

DATO MOYANG SALLEH

Moyang Salleh ialah Dato' Penghulu ketiga bagi Luak Jelebu dan juga pengasas institusi Undang Luak di N9. Pada tahun 1725 beliau telah membebaskan Jelebu daripada kekuasaan Johor dan perisitwa ini dikenali sebagai "MEMUTUSKAN TALI KE JOHOR". Kerana kehandalan beliau dan 4 rakan yang lain (mengunakan kuasa mistiknya) beliau telah membebaskan Jelebu dari cengkaman Johor dan Sultan Johor telah mengisytiharkan beliau sebagai Raja di darat......dan mendapat gelaran Dato' Mendika Menteri Akhir Zaman.........
Bagaimana beliau dapat memutuskan tali dengan Johor?......Dahulukala N9(Minang) dikuasai orang Johor (Riau), akan tetapi diabad ke 17 kerajaan Johor Riau telah lemah dan kuasa Britih telah mengambil alih pentabiraannya dan menyebabkan ketegangan di kedua belah pihak dan akhir dari ketegangan tersebut terjadilah satu pembunuhaan dimana Penghulu Rembau telah dibunuh kerana telah menolak peminangan Sultan Johor. Orang Rembau telah meminta jasa baik Moyong untuk pergi berbincang dengan Sultan..Pergilah Moyong bersama 4 orang hulubalanya....Akan tetapi kedatangan beliau tidak disambut baik bahkan dihina. Sultan tidak membenarkan moyong masuk keistananya kerana merasakan beliau tidak setaraf dengannya.....akhirnya moyang membuat satu pertunjukkan dimana seluruh bumi jajahan johor ditimpa hujan tanpa berhenti selama 7 hari 7 malam....akan tetapi yang peliknya mereka berlima tidak ditimpa hujan walaupun setitik....akhirnya sultan meminta moyong masuk tetapi hanya dilandai istana sahaja dan sultan masih tidak mahu bertemu dngny...sekali lagi moyong dihina, akhirnya 5 sekawan ini menunjukan kehebatan mereka.....ada menjadi tinggi dan mengoyangkan pokok kelapa seperti meriam membedil keistana, ada yang membuat angin ribut dikeliling istana dan ada yang mengeluarkan api dari mulut....... akhirnya baginda beralah dan membebaskan negeri disebelah darat (N9) dari kekuasaan Johor dan ini telah menyebabkan Britih tidak dapat menguasai N9, Pahang, Terengganu dan Kelantan.....
Itulah besarnya jasa Dato Moyang Salleh bukan sahaja bagi warga N9 bahkan untuk negeri disebelah timur tanah air.........menyekat/melambatkan kemasukaan penjajah di sebelah darat ini.....akan tetapi jasa beliau tidak lagi dikenang, bahkan kalau ke jelebu ( orang jelebu) tanya siapa moyong salleh pasti ada yang ternganga.
__________________
[SIGPIC][/SIGPIC]
~BOIKOT PRODUK ISRAEL & SEKUTU~
Reply With Quote
  #3  
Old 27-01-2009, 05:39 PM
Biggie Biggie is offline
Passed Away - Al Fatihah

Biggie's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2008
Location: masih tercari cari..
Posts: 14,653
Thanks (Received): 79
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

SHAMSIAH FEKAH

Saya cuba mencari data mengenai samsiah fekah tetapi amat sedikit catatanya...jadi apa yang saya tuliskan untuk anda hari ine adalah satu pengalaman peribadi saya.....kalau salah harap dapat maafkan....
Di alam persekolahan saya diajar bahawa Samsiah Fekah seorang komunis......terus dibenak ini mengatakan dia pembelot bangsa melayu krn setahu saya komunis tidak mempunyai agama..melayu murtadlah beliau nie.......tertanya juga kenapa dia sanggup murtad hanya krn inginkan menjadi pemimpin.......Semasa dialam 20an pula saya agak terkejut apabila Kerajaan Malaysia telah memaafkan beliau dan membawa pulang beliau keMalaysia setelah hampir seabad lamanya tinggal sebagai buangan di China.....hati saya bertambah marah.....mengapa orang melayu masih mahu perempuan tua nie .....
Jan 2003 adalah tarikh keramat bagi saya.....Dengan izin TUHAN dan juga pertolongan seorang tuk muda saya dibawa berjumpa dengan SAMSIAH FEKAH.....(sekarang nie beliau tinggal diKuchai Lama)....sedih sungguh keadaannya...bila berjumpa dengannya dia tidak segan-segan memeluk saya....dengan teresak-esak katanya gembira berjumpa dengan gadis melayu(anaknya semua berkahwin dng wanita cina)....beliau tidak bermaya...beliau berkerusi roda......selama seminggu kami berulang kerumahnya untuk berurut....syukur..kakinya agak pulih....Dari situlah saya mengenali beliau dng lebih dekat.....rupanya beliau orang Kuala Pilah, N9..beliau mendapat pendidikan agama sehinggakan menjadi hafizah ketika itu......kenapa komunis?????soalan yang tak sanggup saya tanya kepada wanita tua ini.....akhirnya saya mendapat jawapannya juga.....
Rupanya wanita berhati waja dikatakan bukan sahaja mempunyai ilmu kebal, beliau juga adalah org kepercayaan Ching Ping. Tiada siapa yang boleh mengkap beliau...tetapi dng tiba-tiba sahaja dikatakan wanita nie lari ke negeri China kerana telah kalah dan mendapat suaka di negeri China....
Sebenarnya beliau bukan takut untuk berperang tetapi sebenarnya beliau sendiri yg menawarkan diri untuk menjadi penasihat ketenteraan negara China...(pelik kenapa orang Cina mengambil seorang wanita melayu untuk menjadi penasihat ketenteran nya?????) mesti ada agenda dan rupanya inilah satu-satunya cara untuk menyelamatkan orang melayu dari disembelih oleh komunis ketika itu.....2 tahun komunis berkuasa di tanah melayu (ingat semasa jepun kalah dan britih pula belum sampai di tanah melayu dan raja pula semua telah lari ke England dan dimasa ini digelar zaman peralihan kuasa ) ....ketika itu sebenarnya komunis tersangatlah kuat dan Komunis yang berbangsa Cina hanya menunggu arahan dari China utk membunuh orang-orang melayu seperti di bosnia (pembunuhan enik) dan ingin mengelarkan tanah nie sebagai tanah mereka , akan tetapi Samsiah telah nampak keadaan nie ...beliau dan Rashid Maidin terus ke Negara China utk menolong orang melayu dng mengarahkan Presiden ketika itu jangan membunuh orang melayu..sebagai gantiannya beliau akan mengajar teknik ketenteran kepada Negara tersebut ...tu pasal lah sekarang nie negara China mempunyai kepakaran ketenteran yg sangat hebat..sampai us pun takut.....(mungkin ada yang kurang bersetuju dng saya)........
Apa yang saya ingin nyatakan disini adalah ....wanita ine sebenarnya telah banyak berjasa (tetapi tidak didokumentasikan) tanpa meminta secubit simpati pun dari warga yang bernama melayu.....sebenarnya beliau telah patah hati dng kerajaan malaysia (maaf tak dapat saya tuliskan disini kenapa).....pejuang nie akan meninggalkan kita tak lama lagi ....beliau akan pulang ke negeri cina untuk meneruskan sisa-sisa kehidupannya.........Cuma saya sedih kenapa kerajaan kita tidak mendokumentasikan sejarah pejuang-pejuang kita....yang ada cumalah cerita dari mulut kemulut .......mungkin selepas 100 tahun lagi anak kita tidak mengenal pejuang mereka sendiri atau ada yang akan mengelarkan mereka sebagai cerita dogeng (seperti Hang Tuah)......dan mereka akan menganggap pejuang seperti Samsiah Fekah, Rashid Maidin, Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Janggut dan ramai lagi sebagai adalah lanun, perompak dan sebagainya.... samalah seperti saya yang dahulunya beranggapan Samsiah Fekah sebagai pembelot bangsa ....
__________________
[SIGPIC][/SIGPIC]
~BOIKOT PRODUK ISRAEL & SEKUTU~
Reply With Quote
  #4  
Old 27-01-2009, 05:39 PM
Biggie Biggie is offline
Passed Away - Al Fatihah

Biggie's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2008
Location: masih tercari cari..
Posts: 14,653
Thanks (Received): 79
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

DOL SAID

Abdul Said or better know as Dol Said, was the ninth ruler of Naning who defiantly opposed the imposition of tax by Britih on Alor Gajah (Melaka), His valiant resistance against Britih intervention in Naning brought about the infamous Naning War, Which occurred in 1831.
During the war, he deployed his troop with outstanding display of military ingenuity that outsmarted the invading forces on two compaigns. The war made Dol Said a hero of exceptional valor that earned him a permanent place in the history of Melaka & N.Sembilan.
Tentangan orang melayu yang pertama terhadap kuasa luar ialah dearah Naning (Alor Gajah). Ini adalah kerana British telah campurtangan dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri tersebut dan jelas dapat dilihat apabila British menguasai Melaka dan mendakwa bahawa Naning adalah sebahagian daripada Melaka. Pihak British telah menegaskan bahawa segala peraturan yang dijalankan di melaka akan turut dilaksanakan di Naning dan kenyataan ini bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dearah Naning. Pihak British telah meminta NaniNg memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Ini sebagaimana Naning memberi kepada Belanda dahulu dan perjanjian dengan British pada tahun 1801 dimana menurut perjanjian ini mesti memberi satu persepuluh hasil negeri Naning tetapi pihak Naning memberi kepada Belanda atas tanda persahabatan dan tanpa paksaan. Ketegasan pihak British dan Dol Said telah menyebabkan kegentingan antara dua pihak dan pada 1831 British telah menghantar satu ekspedisi bersama 200 orang tentera menyerang naning akan tetapi dapat di patahkan oleh Dol Said dan pengikut-pengikutnya. Pihak Britih tidak puas hati dan pada tahun 1983 sekali menyerang Naning untuk membaik pulih maruah mereka yang telah tercalar. Dan pertempuran kali ini telah memihak kepada Britih. Pihak naning tewas bukan kerana tidak mempunyai kepakaran akan tetapi pihak rembau telah berpaling tadah dengan tidak menghantar tentera seperti dijanjikan kepada naning dan telah memberi tahu kepada pihak britih tentang kelemahan pihak britih (iaitu pihak naning hanya boleh dikalahkan dengan menaburkan tulang **** & anjing kekawasan persempadanan naning). Berakhirlah kerajaan naning pada 1831 setelah sekian lama bertahan dari serangaan Portugis, Belanda dan Britih. Kekalahan mereka bukan kerana pihak asing tetapi rakan sendiri telah menikam dari belakang. Orang melayu hanya dapat mencapai kegemilanganNYA semula hanya dengan bersatu hati ....Bak kata pepatah "BERSATU TEGOH , BERCERAI ROBOH".
__________________
[SIGPIC][/SIGPIC]
~BOIKOT PRODUK ISRAEL & SEKUTU~
Reply With Quote
  #5  
Old 27-01-2009, 05:40 PM
GT GT is offline
CG Top Poster Club

GT's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2008
Location: www.carigold.com
Posts: 38,590
Thanks (Received): 244
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Info menarik ni....
__________________
VAMOS RAFA
Reply With Quote
  #6  
Old 27-01-2009, 05:40 PM
Biggie Biggie is offline
Passed Away - Al Fatihah

Biggie's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2008
Location: masih tercari cari..
Posts: 14,653
Thanks (Received): 79
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

PENGIRAN SHAH BANDAR SALLEH

Mungkin tidak ramai di antara kita mengenali tokoh nie....Beliau adalah ahli kerabat diraja brunei yg hidup diakhir abad ke 18 dan dilantik menjadi Gabenor di Sarawak. Beliau adalah diantara keluarga diraja yang terpelajar dimana beliau mendapat pendidikan awal di Betawi dan kemudianya ke Belanda. Kehadiran beliau di Sarawak tidak disukai oleh Pg Muda Hashim dan ianya telah meminta pertolongan James Brook dan akhirnya dengan kepandaian Brook, Sarawak dan Sabah jatuh ketangan pihak Brith........Pg Saleh pun mengundur diri dari Sarawak dan mengasingkan diri di Mukah...kegawatan politik kian mengacam kerajaan melayu dan akhirnya sultan memanggil beliau untuk memperbetulkan keadaan. Dimasa itulah SYAIR RAKIS dipersembahkan kepada raja & rakyat & musuhnya. Disebabkan syair nielah beliau telah dibunuh oleh Pg. Digadong pada 1985.
Pada abad ke 19 merupakan zaman yang meyedihkan kerana hampir pupus semua wilayah Melayu kepada Britih.....dan cendekiawan agung nie telah mengarang SYAIR RAKIS yang mengandungi nasihat, teguran dan peringatan kepada sultan brunei (khasnya) dan juga sultan-sultan di tanah melayu (amnya).
Disini saya nuklikan sebahagian dari rakisnya untuk tatapan bangsa melayu yang merdeka......

Nota: Kesan dari kerakusan Britih dan bangsa Eropah yang lain dan juga pedangan dari cina & india, kini bangsa melayu telah dipecah menjadi bangsa yang sangat lemah....alam nusantara (melayu) dahulunya berlingar dari Petani diutara, Pulau Sumatera dibarat, timurnya Kepulauan borneo, mindanao dan selatanyanya pula timur -timur , australia& new zealand. akhirnya kita dipecah-pecahkan menjadi negeri yang sekecil-kecilnya........
__________________
[SIGPIC][/SIGPIC]
~BOIKOT PRODUK ISRAEL & SEKUTU~
Reply With Quote
  #7  
Old 27-01-2009, 05:41 PM
Biggie Biggie is offline
Passed Away - Al Fatihah

Biggie's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2008
Location: masih tercari cari..
Posts: 14,653
Thanks (Received): 79
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

TOK JANGGUT

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:
cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
kelapa sebanyak 3 sen setandan
sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
__________________
[SIGPIC][/SIGPIC]
~BOIKOT PRODUK ISRAEL & SEKUTU~
Reply With Quote
  #8  
Old 27-01-2009, 05:47 PM
Biggie Biggie is offline
Passed Away - Al Fatihah

Biggie's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2008
Location: masih tercari cari..
Posts: 14,653
Thanks (Received): 79
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

ABDUL RAHMAN BIN ABDUL HAMID

Latarbelakang
Nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong. Lahir tahun 1285 H/1868M, meninggal dunia di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu.
Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Diantara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya daripada Tok Ku Paloh.
Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.

Pendakwah
Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai Haji Abdur Rahman Limbong aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu, antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.
Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman Limbong ialah Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis kedua-duanya dalam bahasa Melayu.
Selain mengajar, Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri di dalam mengembangkan syiar Islam. Antara tempat yang pernah menerima kunjungan beliau adalah Beserah dan Kuantan di Pahang, Kelantan, Patani, Kedah, Sambas di Kalimantan, Jambi dan Riau di Sumatera dan Brunei.
Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.

Pejuang
Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.
Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga bijaksana dalam selok belok persoalan dunia. Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris.
Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri dan adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama.

Dibuang Negeri
Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian, ulama pejuang Islam berbangsa Melayu itu meninggal dunia di sana.
__________________
[SIGPIC][/SIGPIC]
~BOIKOT PRODUK ISRAEL & SEKUTU~
Reply With Quote
  #9  
Old 27-01-2009, 05:51 PM
Biggie Biggie is offline
Passed Away - Al Fatihah

Biggie's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2008
Location: masih tercari cari..
Posts: 14,653
Thanks (Received): 79
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

DATUK MAHARAJA LELA

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato? Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato? Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato’ Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
__________________
[SIGPIC][/SIGPIC]
~BOIKOT PRODUK ISRAEL & SEKUTU~
Reply With Quote
Thanks Sarah_cr7 thanked for this post
  #10  
Old 27-01-2009, 05:53 PM
Biggie Biggie is offline
Passed Away - Al Fatihah

Biggie's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2008
Location: masih tercari cari..
Posts: 14,653
Thanks (Received): 79
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

TOK GAJAH

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.


Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
__________________
[SIGPIC][/SIGPIC]
~BOIKOT PRODUK ISRAEL & SEKUTU~
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump