ahib0205
Legendary Member

- Messages
- 19,329
- Joined
- Nov 18, 2007
- Messages
- 19,329
- Reaction score
- 746
- Points
- 166
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم dan selamat pagi
Tertarik saya untuk sama-sama kita membincangkan tentang persoalan di bawah ini:
Jumud ??? Taksub??? Rigid ??? Fanatik ??? Taklid Buta ??? Jahil Murakkab ???
Apakah maksud sebenar istilah-istilah di atas? Mohon siapa yang tahu ayuh berkongsi di sini
Sebagai contoh bila kita duduk bersama sahabat-sahabat kita untuk sembang-sembang tentang agama ISLAM khususnya, tiba-tiba ada salah seorang dari sahabat kita bertubi-tubi mengajukan soalan sebegini:
Siapa kita untuk berbincang tentang perkara ni?
Hukum dah jelas tapi kenapa kita nak persoalkan pulak?
Kita ikut je la selagi tak langgar syariat tak boleh ke?
Perlu ke kita mengkaji macam-macam tentang perkata tu?
Para Ulama dulu tak habis bincang lagi ke sampai kita pulak nak sibuk bincang lagi?
Ish kau ni, banyak pulak songeh. Tugas kita mengkaji ke? Ikut je lah......
Di atas itu adalah beberapa contoh persoalan yang kadang kala ada bermain di fikiran saya. #:-S
Adakah persoalan-persoalan yang timbul itu layak untuk saya di ketegorikan sebagai seorang yang:
Jumud ??? Taksub??? Rigid ??? Fanatik ??? Taklid Buta ??? Jahil Murakkab ???
hm... :-? Baiklah, jom kita sama-sama melihat tentang maksud ayat ALLAH di dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-17. (tolong siapa yang boleh tulis ayat ni kongsi sini
dan juga di dalam surah Al-A'raf ayat ke-179 (tolong lagi siapa yang boleh tulis ayat ni kongsi sini
Ayat tersebut berbunyi:al-A`araf: 179
ولقد ذَرَأْنا لِجَهَنَّمَ كثيرًا من الجنِّ والاِنْسِ لَهُمْ قلوبٌ لا يَفْقَهُونَ بها ولَهُمْ أعيُنٌ لا يُبْصِرونَ بها ولهم آذانٌ لا يَسمَعون بها أولئك كالأنعامِ بل هم أضلّ اولئك همُ الغافلون
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai Hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami, dan mereka mempunyai Mata tetapi dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai Telinga tetapi tidak mempergunakannya untuk mendengar. Mereka (yang sedemikian sikapnya) bagaikan binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi darinya. Mereka itulah orang-orang yang lalai”
Ayat kedua: al-Baqarah: 170
واذا قِيلَ لهم اتَّّبِعوا ما أَنزَلَ الله قالوا بل نَتَّّبِعُ ما ألْفَيْنَا عليهِ أبَآءَنا أوَلَو كان أبآءُهُم لا يَعقِلون شيأً ولا يَهتَدون
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutlah apa yang diturunkan Allah!” Mereka menjawab: “(Tidak!) bahkan kami hanya mengikuti apa yang telah kami warisi dari nenek moyang kami”. (Apakah mereka tetap akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk?”
Apakah pendapat sahabat-sahabatku sekalian?
Di kesempatan ini, saya ingin mengajak diri saya terutamanya dan sahabat sekalian, jom kita cari ruang untuk belajar dan terus belajar.
Walaubagaimanapun ingatlah bahawa HIDAYAH adalah milik ALLAH... ALLAH MAHA MENGETAHUI... ALLAH MAHA BERKUASA...
Wallahu a'lam...
P/s: mohon tegur salah saya ye
[UPDATE]
Apa yang saya fahami dari tujuan thread TT kita ni, beliau nak kita sama2 huraikan tentang maksud jumud dan lain2 dalam ertikata yang luas...mungkin umum untuk dunia dan khusus untuk agama. Biarlah skop perbahasan nampak lebih jelas.
Maksud saya gini, solat dalam bahasa bermakna doa, tapi dari sudut syarak ialah sesuatu perlakuan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. (lebih kurang gitulah).
Jadi, negatif kat situ ialah sikap umat islam yang jumud dalam soal agama mereka. Bila ada yang buat sesebuah perbahasan terus dihentam dengan kata;
"Alah..kita solat pun tak betul nak bincang agama"
"Ko sape nak tunjuk pandai.."
"Alah ini perkara sunat takyahlah nak bising2.."
dan macam2 lagilah..
Poin kat sini ialah tak kira apapun tujuan dan niat seseorang nak menulis (bila sesebuah thread dibuka)..kita jangan nilai dulu, kita bincangkan aje secara aman, dan minta diterangkan lagi apa yang dimaksudkan...inilah jumud...dan perasaan taksub bercampur2 bila ada ulama-ulama yang disentuh...bukan kita tak hormat ulama..tapi kita bahaskan soal yang kecik2 dulu sebab kita takde kelayakan nak bukak soal yang besar...itupun orang pandang serong...
Inilah lebih kurang yang saya faham dari tujuan TT kita,Nanti kita tanya dia lagi ok ke..![]()
AKu tanya ngan iklhas.Pastu dipermainkan dgn ikut tafsiran.Masa aku belajar dulu pun ada ustaz cakap menyembah Allah s.w.t.Tafsiran yang dia cakap macam menyembah tokong.Lantak dialah.Apa nak buat dia bijak dalam bab agama ni.Bila bijak suka memainkan org,sindir menyindir, sinis pada org.Macam mana org nak respek org agama kalau ego besar mengalahkan matahari.
Kalau salah, tegur dan cakap.Bukan sindir menyindir.Itu ego namanya.Kalau ilmu tinggi rendahkan sikit hujah anda supaya org biasa faham.Kalau bahasa agama anda tinggi tahap wali, CG ni bukan ruang untuk anda berhujah.Tak kisah la anda tarekat ke, sufi ke mana aku faham benda ni.Aku tanya sebab tak tau.Lepas kalau ada makhluk manusia kat dunia ni tak reti sembahyang, anda nak ajar atau anda nak ketawa sinis sebab ilmu agama anda lebih tinggi.Mana sifat tawaduk anda.
Penat la melayan golongan bijak pandai agama yang bercakap penuh ego ni.Wa..lu..wa lu..ingat Cina ke?Ada adab ke?Akhlak Islam ke menyindir org tanpa mengajar?
Kalau org tak tau sila la kasi tunjuk ajar kalau anda tau.Org akan mudah belajar.Tapi bila disindir dan dipermainkan maka org akan marah.Sebab tu dakwah dimalaysia makin lama kalah dgn Kristian sebab sikap pendakwah Islam yang ego.
Last edited: