lutut.blogspot.com
Junior Member
- Messages
- 84
- Joined
- Jan 2, 2009
- Messages
- 84
- Reaction score
- 4
- Points
- 11
Hari tu aku menonton warta berita pasal Facebook, satu penyakit sosial yang amat kronik skarang ni. Boleh dikatekan 90% pemuda-pemudi kat France memiliki akaun Facebook.
Menurut warta berita tersebut, pembangun Facebook, Mark Zuckerberg, baru berumur 24 tahun dan hanya mengambik masa 4 taun untuk menjadi self-made billionaire. Bukan millionaire, tapi billionaire, harap maklum. Dan hanye 4 taun. Bill Gates ambik masa 11 taun. Ingvar Kamprad amik masa berpuluh-puluh taun.
Aku tak salahkan orang-orang yang ketagih dengan Facebook. Macamana tak ketagih, sebab kat Facebook boleh main bowling, poker, jawab soalan kuiz bukan-bukan, mendapat gosip terbaru rakan-rakan, tengok gambar-gambar terbaru, jumpe kawan-kawan lama, hantar mesej percuma, serta chatting dengan berkesan.
Tapi, berita tu kate, Facebook kaya bukan hanya sebab iklan. Iklan hanya menjana separuh daripada pendapatan diorang. Lagi separuh datang daripada sumber lain. Menurut siasatan, Facebook mempunyai data peribadi paling luas untuk populasi dunia berumur 14-30 taun, satu demografi yang memang menjadi tumpuan semua jenis agensi seperti CIA, FBI, Interpol hatta Bukit Aman. Jadi Facebook mendapat duit dengan cara menjual data peribadi pengguna. Dan bukan hanye data macam umur, tempat tinggal dan pekerjaan, data macam filem kegemaran, buku kegemaran, siri TV kegemaran pon penting untuk diorang buat duit. Diorang jual data-data ni kepada syarikat pengiklanan, syarikat bancian.
Sebab tu la Facebook menggalakkan kite buat segala jenis kuiz, menjadi peminat segala jenis barangan, menyertai semua jenis kumpulan. Bukan sekadar untuk suka-suka. Bagi diorang, maklumat ni adelah tidak ternilai. Dan kite pulak murah hati bagitau segala macam maklumat pasal diri sendiri, dengan gambar pelbagai gaya, bagitau segala benda kegemaran. Free of charge. Tanpa berpikir panjang.
Semua orang pikir, hanya dengan satu username dan satu password, semua data kite selamat. Tidak sama sekali (geleng-geleng sambil goyang jari telunjuk). Kite semua hanyalah ibarat platinum dan aluminium oksida, yang digunekan sebagai mangkin dalam menghasilkan minyak petrol berkualiti. Walaupon Petronas semakin kaya, mangkin hanya kekal sebagai mangkin, walaupon mangkin tersebutlah yang membolehkan petrol mentah bertukar jadi petrol berkualiti.
Atau kalau korang ******* kimia (atau ******* full stop), sile gunekan analogi asam gelugor dalam laksa, atau serai dalam tomyam. Tanpa mereka, laksa dan tomyam terasa hambar, walaupon akhirnye mereka tak dimakan dan hanya ditolak tepi.