BTC USD 83,785.0 Gold USD 4,283.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah? (Video Penuh Forum)

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
http://www.youtube.com/watch?v=k7tjenEYL34

Forum bertajuk 'Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah? menampilkan barisan panelis hebat, antaranya Tun Mahathir, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli, Khalid Samad, Cynthia Gabriel, dan Tony Pua.

v32322_20160414074626.jpg
 
Laporan 1mdb dah bentang kat parlimen?

Tapi dokumen boleh bawa keluar x?

Laporan PAC 1MDB dah keluar tuan. Yang Tony Pua angkat buku biru tu adalah laporan dia.

Kalau nak download:

http://www.parlimen.gov.my/pac/publication-details.html?id=66
http://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-110-116.pdf

Laporan audit yang belum keluar.

Last edited:
‘Tandatangan tanpa baca, ini PM kita,’ kata Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan sebelum ini di mana beliau menandatangani dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa mengetahui kandungannya.

"Tandatangan (dokumen) tapi tidak tahu apa-apa. Macm mana orang macam ini boleh jadi perdana menteri?," katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB : Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.

Sebelum ini, persoalan dibangkitkan sama ada Najib tetap tidak bersalah walaupun menandatangani dokumen berkaitan 1MDB.

Terdapat laporan menyatakan bahawa Najib selaku penasihat 1MDB menyedari dan turut menandatangani kerjasama antara syarikat tersebut dengan Petro Saudi bernilai RM3.92 bilion (AS$ 1 bilion).

Namun, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani dokumen berkaitan 1MDB sebagai amalan biasa memandangkan beliau adalah penasihat firma pelaburan negara itu.

Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata, berasaskan sikap kurang cerdik berkenaan, beliau menasihatkan agar pemimpin nombor satu negara itu meletakkan jawatan.

"Tandatangan dokumen tanpa baca, lebih baik letak jawatan sekarang. Ini perdana menteri tandatangan tapi tak baca. Agaknya cek pun beliau tandatangan tanpa baca. Ini perdana menteri kita.

"Orang begini tidak layak jadi PM, tiada pendirian,"
katanya.

Sebelum ini, ‎bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan kepada PAC berkata, Najib menandatangani dokumen jadi bermakna beliau sedar.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/tandatangan-tanpa-baca-ini-pm-kita-kata-tun-m-1.509732
 
Kenapa laporan 1MDB belum lengkap sudah dibentang?

Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua yang mewakili pembangkang hari ini menjawab kenapa pihaknya bersetuju membentang laporan siasatan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen meskipun ianya belum lengkap.

"Kenapa kita benarkan laporan ini dibentang? Sebab sudah ada bukti kukuh di mana selepas bentang, kita boleh hentam habis-habisan terhadap Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri).

"Kalau ada di luar sana yang tanya kenapa, ini jawapannya"
katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.

PAC mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada 7 April lalu di Parlimen.

Tony yang juga Ahli Parlimen DAP, turut mendedahkan ketika mesyuarat PAC, setiap kali beliau menyebut nama Najib, suasana akan bertukar kecoh.

"Pembangkang lima orang, nak lawan majoriti sembilan orang dari BN, bukan senang. Nak buat kesimpulan dalam laporan itu, Najib bersalah, agak-agak boleh tak?

"Saya sebut nama Najib (dalam mesyuarat) saja pun semua kecoh (bantah),"
katanya.

Forum ini turut disertai Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenapa-laporan-1mdb-belum-lengkap-sudah-dibentang-1.509719
 
Bentang laporan 1MDB kesilapan terbesar BN

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan tindakan mengeluarkan laporan siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) satu kesilapan terbesar kerajaan ketika ini.

Menurutnya, pemimpin BN pastinya bimbang apabila laporan tersebut akhirnya didedahkan kepada umum.

"Ini pencapaian. Tahniah ahli parlimen pembangkang kerana akhirnya berjaya mengeluarkan laporan ini.

"Sudah tentu kandungan laporan ini akan membimbangkan pemimpin BN. Mengeluarkan laporan ini kesilapan terbesar kerajaan,"
katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB : Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/bentang-laporan-1mdb-kesilapan-terbesar-bn-1.509734
 
Baru mula... kebetulan buka Sinar jumpa berita forum ni.

Rafizi dalam perjalanan lagi...
 
Pembetulan: Rasanya forum malam tadi. Stream live malam tadi. Pasal timeline youtube tunjuk 3 jam lebih jadi bukan live.
 
Kalau keluar kat tv3 senang. Streaming ni payah sikit... hehehe
 
Tony Pua dah cakap awal2 PAC tidak adil.

Pembangkang 5 nak lawan 8 memang tak adil.
 
Back
Top
Log in Register