Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Local Investments > Koperasi Investments > Koperasi registered under Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Koperasi registered under Suruhanjaya Koperasi Malaysia Discuss all investments offers by registered coop is approved by Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 25,714
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 56,383
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 43,560
More...
Reply
 
Thread Tools
  #11  
Old 21-11-2008, 06:31 PM
Dobit127 Dobit127 is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Oct 2007
Posts: 2,709
Poster Rank: #1449
Thanked 83 Times
Active Level
Default

bab bukak koop CG ni dah ade threads sebelah...

p san nak bincang...ookk
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #12  
Old 24-11-2008, 04:01 PM
zack9199 zack9199 is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Posts: 439
Poster Rank: #6262
Thanked 7 Times
Active Level
My Mood:
Default

Ringkasan
Pengenalan
Koperasi Kredit dan Pelaburan Kakitangan BNM Berhad (KKPKBNM) ditubuh dan didaftarkan pada 17 Mac 1969 dengan nama Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Kakitangan Bank Negara Malaysia Berhad. Kemudian dalam tahun 1974 selaras dengan peranan dan objektif penubuhannya, nama telah ditukarkan kepada Koperasi Kredit dan Pelaburan Kakitangan Bank Negara Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi BNM Berhad dikalangan Koperator-Koperator Wilayah Persekutuan. Sehingga kini, Koperasi telah menjangkau usia lebih 35 tahun. Bermula dengan 320 orang ahli dan sekarang sudah ada hampir 2000 orang ahli, mewakili hampir 80% daripada jumlah kakitangan BNM.


Matlamat
Antara matlamat penubuhan Koperasi BNM yang sering ditekankan adlah seperti meningkatkan taraf ekonomi ahli Koperasi melalui galakan penabungan, mendorong ahli supaya menanamkan sikap bekerjasama dan saling bantu membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka serta membantu ahli sekiranya berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau ingin memasarkan produk atau barangan mereka di Koperasi

NI SERBA SEDIKIT TENTANG KOPERASI


Perihal
Koperasi Kredit dan Pelaburan Kakitangan BNM Berhad (KKPKBNM)

* Ringkasan
* Maklumat Am
* Laporan Kewangan
* Lembaga Pengarah
* Tenaga Pengurusan




KALAU NAK JADI AHLI KOPERASI BOLEH TAK........SAPA LEH TOLONG DALAM HAL NI.....

Last edited by zack9199; 24-11-2008 at 04:09 PM..
Reply With Quote
  #13  
Old 26-11-2008, 03:40 PM
zack9199 zack9199 is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Posts: 439
Poster Rank: #6262
Thanked 7 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by zack9199 View Post
Ringkasan
Pengenalan
Koperasi Kredit dan Pelaburan Kakitangan BNM Berhad (KKPKBNM) ditubuh dan didaftarkan pada 17 Mac 1969 dengan nama Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Kakitangan Bank Negara Malaysia Berhad. Kemudian dalam tahun 1974 selaras dengan peranan dan objektif penubuhannya, nama telah ditukarkan kepada Koperasi Kredit dan Pelaburan Kakitangan Bank Negara Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi BNM Berhad dikalangan Koperator-Koperator Wilayah Persekutuan. Sehingga kini, Koperasi telah menjangkau usia lebih 35 tahun. Bermula dengan 320 orang ahli dan sekarang sudah ada hampir 2000 orang ahli, mewakili hampir 80% daripada jumlah kakitangan BNM.


Matlamat
Antara matlamat penubuhan Koperasi BNM yang sering ditekankan adlah seperti meningkatkan taraf ekonomi ahli Koperasi melalui galakan penabungan, mendorong ahli supaya menanamkan sikap bekerjasama dan saling bantu membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka serta membantu ahli sekiranya berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau ingin memasarkan produk atau barangan mereka di Koperasi

NI SERBA SEDIKIT TENTANG KOPERASI


Perihal
Koperasi Kredit dan Pelaburan Kakitangan BNM Berhad (KKPKBNM)

* Ringkasan
* Maklumat Am
* Laporan Kewangan
* Lembaga Pengarah
* Tenaga Pengurusan




KALAU NAK JADI AHLI KOPERASI BOLEH TAK........SAPA LEH TOLONG DALAM HAL NI.....
KALAU SENANG TU INGAT LA KAT SINI SAMA.....MACAM MAJALAH GILA GILA ADA DUIT SEMUA LEH JADI....
Reply With Quote
  #14  
Old 03-12-2008, 12:45 AM
zack9199 zack9199 is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Posts: 439
Poster Rank: #6262
Thanked 7 Times
Active Level
My Mood:
Default Program Pembangunan perniagaan

PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN


Pengenalan

Program Pembangunan perniagaan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan perniagaan/ aktiviti koperasi dan meningkatkan amalan dan nilai keusahawanan dalam koperasi.



Peranan Bahagian Pembangunan Perniagaan

1. Mewujudkan budaya keusahawanan dalam koperasi;

2.
Menjadikan koperasi sebagai satu entiti komersil, menjalankan perusahaan perniagaan yang berkos efektif, berdaya saing dan memberi faedah terbaik kepada anggota-anggotanya dan masyarakat umum;

3. Meningkatkan keupayaan koperasi pengeluar yang mempunyai potensi pasaran;

4.
Mengalakkan pembangunan ekonomi masyarakat setempat di samping menghidupkan identiti dan budaya tempatan melalui produk yang boleh dipasarkan;

5. Memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat; dan

6. Mempromosi perusahaan masyarakat setempat.



Alamat dan Pegawai Bahagian

Tingkat 6, Blok J Utara,
Pusat Bandar Damansara,
50608 Kuala Lumpur

Tel: 03-2093 5098



Pegawai Dihubungi:

Nama


Sambungan
(03-20935098)


E-mel

Tn. Hj. Abdulah Dohat


-
abdullahd@skm.gov.my
En. Mohd Yusof Khalid

7016
yusofk@skm.gov.my
En. Rozdeen Jaafar

7007
rozdeen@skm.gov.my
En. Zulkifli Aziz

7673


zulkifli@skm.gov.my

maklumat ini untuk dikongsi bersama ahli CG......
moga sedikit sebanyak dapat membantu ahli CG yang minat dalam bidang ini........MOGA CG
Reply With Quote
  #15  
Old 03-12-2008, 06:43 PM
zack9199 zack9199 is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Posts: 439
Poster Rank: #6262
Thanked 7 Times
Active Level
My Mood:
Default maklumat terkini koperasi malaysia

Keanggotaan Koperasi Meningkat

Mewakili Yang Dipertua (YDP), Timbalan YDP ANGKASA, Prof. Dr. Haji Mohd. Ali Haji Baharum memaklumkan pencapaian ANGKASA sepanjang tahun 2007 hingga tahun ini. Keusahawanan koperasi sekolah digalakkan membekalkan pakaian seragam, beg dan kasut sekolah yang dibahagikan kepada empat zon bagi negeri Sabah. ANGKASA menggalakkan aktiviti keusahawanan seperti yang dilakukan oleh Sendayu Tinggi dalam menghasilkan produknya, menternak itik dan menjalankan perniagaan telur asin di kalangan koperasi dewasa.

Beliau juga memberitahu yang keanggotaan ahli ANGKASA telah meningkat dari tahun ke tahun. Sementara lokasi bagi Persidangan Kebangsaan Tahunan tahun ini adalah di PWTC yang diadakan pada 28 Disember supaya perwakilan bersidang di tempat yang lebih luas dan selesa.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Salleh menyampaikan rasa bangganya atas penglibatan kaum wanita yang semakin bertambah menganggotai Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) Sabah. Buat kali ketiga memimpin ANGKASA Sabah, beliau menyeru perwakilan agar memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan oleh ANGKASA seperti kursus dan seminar.

Persidangan dimulakan dengan taklimat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang disampaikan oleh Pengarah SKM, Haji Abdullah Mahmood. Beliau membawa tajuk ‘Peraturan Koperasi Mengenai Kumpulan Wang Likuiditi’, ‘Peraturan Koperasi Mengenai Akaun Deposit Koperasi 2008’, Garis Panduan Penentusahan Anggota Lembaga Koperasi’ dan ‘Terma Rujukan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).

Penyerahan cek zakat ANGKASA kepada Majlis Ugama Islam Sabah telah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua, Prof. Madya Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan. Cek berjumlah RM31,336.96 diserahkan kepada Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah, Encik Jaludin Dulah.

Bagi tahun 2008, Koperasi Serbaguna Maju Jaya Berhad, Sandakan dinobatkan sebagai penerima Hadiah Koperasi Pelanggan Terbaik BPA. Pada majlis itu, koperasi terpilih menerima hadiah set komputer riba dan sebuah LCD projector serta sijil penghargaan. Dalam persidangan, terdapat perwakilan yang menyuarakan agar :

Tempoh persidangan dipanjangkan supaya perwakilan berpeluang bercakap.

Dalam pemilihan empat anggota JPN yang gugur kali ini, empat calon yang terdiri daripada Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Salleh, Puan Fatimah Abdullah, Hajah Rosnah Haji Mohd. Juni dan Encik Awang Damit Mataim menang tanpa bertanding.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri Sabah tahun 2008/2008. Mereka adalah Pengerusi, Datuk hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh, Pengganti Pengerusi, Haji Ahmad Haji Awang, Setiausaha, Encik Mohd. Ramlan Haji Mohd. Soon dan Bendahari, Haji Abang Hamidun Panglima Tahir.

Ahli Jawatankuasanya ialah Hajah Rosnah Haji Mohd. Juni, Hajah Rokayah Datuk Seri Panglima, Encik Awang Damit @ Mohd. Yusoff Mataim, Encik Bakar Japar @ Jaafar, Puan Latiang @ Rose Limbondok, Puan Magdeline Mara’at, Enggo Alon dan Juining Jiun.

Reply With Quote
  #16  
Old 03-12-2008, 07:11 PM
zack9199 zack9199 is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Posts: 439
Poster Rank: #6262
Thanked 7 Times
Active Level
My Mood:
Default Bersama Pengerusi Eksekutif SKM 2008

Wawancara Bersama Pengerusi Eksekutif SKM Sempena HKN 2008
Hala Tuju SKM Ke Arah Kecemerlangan Koperasi


GERAKAN koperasi di negara ini masih lagi berada di tahap yang rendah berbanding dengan negara yang lain dan ramai orang memperkatakan tentang keupayaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menerajui koperasi masa kini. Apakah SKM mampu memartabatkan dan memperkasakan gerakan koperasi di negara ini. Melalui wawancara yang dikendalikan oleh Ketua Pengarang ANGKASA, Encik Abdul Aziz Mohamad Yunus, Penolong Pengarang, Puan Nor Azah Abd. Aziz dan Pemberita, Cik Syarifah Hanim Syed Yahya Kamal mengupas segala persoalan ini.

SOALAN : Mengenai sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) bolehkah Dato’ terangkan persiapan yang dijalankan dan bagaimana perayaan HKN pada tahun ini akan dijalankan di peringkat kebangsaan dan peringkat negeri-negeri.

DATO’ MANGSOR SAAD : HKN pada kali ini akan diadakan di PICC, Putrajaya pada 19 dan 20 Julai 2008. Majlis akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Sempena dengan sambutan HKN kali ketujuh ini, istimewanya ialah Majlis Perisytiharan SKM akan diadakan bersekali. Sempena dengan majlis perisytiharan ini juga akan dilancarkan ‘Indeks 100 Koperasi’ yang merupakan satu sistem penandarasan kejayaan koperasi-koperasi di negara ini.

Majlis diadakan bersekali bertujuan bagi menjimatkan perbelanjaan selaras dengan langkah berjimat cermat yang disarankan oleh Perdana Menteri sendiri. Sempena dengan majlis ini juga kami akan mengadakan ekspo koperasi dan usahawan yang akan diadakan mulai 19 hingga 20 Julai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Ekspo ini akan disertai oleh lebih kurang 150 pemamer terdiri daripada koperasi dan juga usahawan yang datang dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pada ekspo ini juga segala maklumat dan informasi mengenai gerakan koperasi akan diadakan di galeri terutamanya di booth-booth yang berkonsepkan pamer dan jual, demonstrasi produk dan taklimat perniagaan.

Atas dasar berjimat cermat, perayaan HKN di peringkat negeri diadakan secara sederhana tetapi memberi manfaat yang berkesan kepada pembangunan koperasi dengan acara-acara seperti seminar, ekspo, program-program keusahawanan dan sebagainya.

SOALAN : SKM baru ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengambil alih daripada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Y.Bhg. Dato’ adalah Pengerusi Eksekutif SKM yang pertama. Boleh Dato’ terangkan tujuan dan peranan SKM serta cabaran-cabaran yang Dato’ akan hadapi serta pendekatan dan strategi yang akan diambil oleh pihak SKM.

DATO’ MANGSOR SAAD : Tujuan SKM ditubuhkan adalah apabila menyedari kekangan dan had-had kuasa yang terdapat pada JPK dan setelah mengambil kira beberapa kajian dan fiasco yang melanda gerakan koperasi ianya memerlukan kemantapan dari segi kewangan, pengurusan dan pengembangan koperasi supaya gerakan koperasi keseluruhannya dapat menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih bermakna lagi. Dari segi kewangan sememangnya setiap kali menghadapi masalah, perlukan kerajaan kerana koperasi ini mempunyai ramai ahli iaitu lebih kurang 100 pemegang saham. Kerajaan tidak mahukan koperasi gulung tikar malah kerajaan akan membantu menaikkan koperasi tersebut. Cadangan kerajaan bagi mengadakan dua tabung iaitu tabung pelaburan dan tabung kecairan. Melalui tabung ini wang lebihan koperasi akan dimasukkan ke dalam tabung ini dan meminta profesional menggunakannya untuk dilaburkan dan memastikan wang ini tidak hanya disimpan ke dalam ‘fixed deposit’ sahaja. Tabung pelaburan pula untuk membantu koperasi yang bermasalah dengan cara memberi pinjaman balik bagi mengembangkan perniagaan mereka. Dari segi pengurusan, kita fokuskan kepada Ahli Lembaga Pengarahnya dan akan memperkenalkan ‘Sistem Rating’ yang boleh menilai kemampuan dan keupayaan pengurusan koperasi itu.

Bagi mencapai matlamat di atas SKM sebagai sebuah badan berkanun berperanan untuk menentukan dasar, menggalak, meransang, mempromosi, menasihat, memandu arah, membimbing serta membantu menyediakan persekitaran yang kondusif kepada sektor koperasi. Justeru, perubahan yang dilakukan sudah tentu mengambil kira berbagai-bagai aspek dan menseimbangkan antara pembangunan dan penguatkuasaan yang bertujuan untuk kebaikan koperasi secara menyeluruh. Peranan SKM juga turut memberi penumpuan kepada tiga perkara utama iaitu memastikan pengawalseliaan koperasi yang lebih berkesan, memobilisasikan dana koperasi sebagai sumber kredit mikro dan memberi lebih fokus kepada program pembangunan sektor koperasi.

Justeru, SKM diwujudkan dengan pemberian kuasa di bawah Akta SKM dan juga Akta Koperasi 1993 dipinda bagi memberi tumpuan kepada pembangunan sektor koperasi dan dalam waktu yang sama menekankan kepada penguatkuasaan perundangan bagi memastikan kepentingan anggota-anggota koperasi terus terpelihara.

Perkembangan koperasi di negara ini walaupun telah lebih setengah abad masih belum dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Kejayaannya hanya tertumpu kepada sektor kredit dan sudah sampai masanya koperasi diberi peluang untuk meneroka sektor lain dengan lebih serius. Mengikut statistik koperasi sehingga 31 Disember 2006, hanya terdapat 20 peratus sahaja koperasi di Malaysia yang mencapai jualan tahunan melebihi RM200,000 setahun. Ini bermakna 80 peratus daripada jumlah koperasi di negara ini berada dalam kategori mikro. Untuk menjadi penyumbang berkesan koperasi-koperasi ini perlu disemarakkan atau diperkembangkan menjadi besar dan seterusnya meningkatkan keboleh-upayaan mereka dari segi pengurusan dan perniagaan. Dalam masa yang sama mematuhi perundangan di samping mengekal dan memelihara prinsip dan falsafah koperasi.

SKM mensasarkan koperasi dapat menyumbang sekurang-kurangnya lima peratus dalam KDNK dalam tempoh lima tahun lagi (2013). Justeru, koperasi perlu meningkatkan purata jualan pada kadar RM800,000 hingga RM1.5 juta setahun.

Setelah 86 tahun gerakan koperasi berada di negara ini jumlahnya hanya dalam 5,000 buah. Bilangan ini tidak cukup kuat untuk memberi kesan kepada ekonomi negara. Bilangan pertumbuhan koperasi perlu ditingkatkan pada kadar 1,000 setiap tahun. SKM mensasarkan bilangan koperasi meningkat kepada 10,000 pada 2013.

SKM juga menghadapi cabaran dalam mengekalkan prinsip dan falsafah berkoperasi dan memastikan koperasi-koperasi tersebut mematuhi perundangan. Kita dapati juga koperasi diperalatkan dan diperkudakan dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangna lumayan ala skim cepat kaya. Justeru, perlu ada pengawalseliaan yang berkesan. SKM akan memastikan 90 peratus daripada koperasi besar mengadakan mesyuarat agung dan akaun mereka diaudit. Pemeriksaan berkala (due deligent examination) akan dijalankan kepada 70 peratus koperasi.

Pendekatan SKM mengambil pendekatan bersepadu dalam usaha membangunkan koperasi berasaskan kepada dua strategi teras iaitu menambahbaik sistem perkhidmatan dan membuka peluang-peluang perniagaan bagi meningkatkan sumbangan koperasi kepada KDNK dan meningkatkan pengawalseliaan secara profesional bagi menghasilkan bilangan koperasi yang berkualiti. Pendekatannya juga memberi penekanan kepada program-program seperti penekanan kepada pembangunan berasaskan kluster yang menumpukan kepada aktiviti nilai tambah kepada keluaran sedia ada, menentukan penyertaan koperasi dan usahawan bumiputera di sepanjang rantaian nilai untuk koperasi menguasai dan mendominasi sektor tertentu negara. Mengambil bahagian dalam setiap aktiviti dalam rantaian yang terlibat dalam industri huluan hingga hiliran iaitu daripada peringkat pengeluaran bahan mentah, pemprosesan hingga pemasaran.

Penekanan kepada pembangunan berasaskan kelompok memberi tumpuan kepada sesuatu bidang yang sama supaya koperasi dapat menceburi aktiviti perniagaan secara bersama-sama dan berskala besar. Program ini akan menggalakkan penggabungan koperasi dan penubuhan koperasi sekunder. Pendekatan ini melibatkan pengurusan secara estet, program anchor-vendor, contract farming/manufacturing dan mentoring. Program kerjasama perniagaan adalah melalui kerjasama perniagaan antara koperasi dengan koperasi atau koperasi dengan syarikat swasta yang berjaya dan dibuat melalui program pemadanan perniagaan, co-branding dan mentoring, franchise.

Sebagai contohnya perniagaan berkonsepkan francais di mana koperasi melibatkan diri di dalam perniagaan yang telah berjaya melalui sistem francais. Co-Branding iaitu memasarkan produk koperasi dengan kerjasama swasta berlandaskan kepada produk yang telah berjenama. Contohnya koperasi dengan Bioworld Resources Sdn. Bhd. dalam penjualan produk minuman dan Koperasi FELDA dan FELCRA dengan Smart Stream Resources Sdn. Bhd. dalam jualan minyak petrol dan bahan bakar. Penglibatan koperasi juga dalam bidang-bidang baru lain yang berteknologi tinggi (technopreneur) yang menggunakan kerjasama dengan agensi-agensi teknikal besar seperti SIRIM, MARDI dan MIGHT.

Pengembangan perniagaan. Di dalam usaha untuk memperkembangkan gerakan koperasi, tumpuan juga diberi kepada promosi dan pemasaran serta pembangunan produk melalui R & D seperti dalam industri herba dan bioteknologi. Peluang Perniagaan Baru – melalui program-program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MeCD). Groom Big – membantu koperasi meningkatkan keupayaan melalui bantuan khusus di dalam penyelidikan dan pembangunan serta pemasaran produk. Techno-preneur – penglibatan koperasi di dalam bidang-bidang baru berteknologi tinggi dengan kerjasama agensi-agensi teknikal.

bersambung.....
Reply With Quote
  #17  
Old 03-12-2008, 07:16 PM
zack9199 zack9199 is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Posts: 439
Poster Rank: #6262
Thanked 7 Times
Active Level
My Mood:
Default Hala Tuju SKM Ke Arah Kecemerlangan Koperasi

sambungan...
Wawancara Bersama Pengerusi Eksekutif SKM Sempena HKN 2008
Hala Tuju SKM Ke Arah Kecemerlangan Koperasi

SOALAN : Ada koperator yang kurang bersetuju dengan penubuhan SKM mungkin kerana mereka kurang ketahui akan manfaat dan faedah SKM. Boleh Dato’ jelaskan faedah dan kebaikan yang boleh diperoleh oleh koperasi-koperasi di Malaysia dengan penubuhan SKM bagi menggantikan JPK dahulu.

DATO’ MANGSOR SAAD : SKM ditubuhkan untuk memberi manfaat kepada gerakan koperasi. Ianya bertujuan untuk membawa pembaharuan kepada pembangunan koperasi di negara ini di samping memastikan koperasi dapat bergerak untuk mencapai matlamat penubuhannya dengan berkesan. Ia merupakan hasrat kerajaan ke arah memperkukuhkan gerakan koperasi di Malaysia selaras dengan matlamat Dasar Koperasi Negara (DKN) untuk menjadikan koperasi sektor ketiga penjana ekonomi negara.

Matlamat penubuhan SKM yang digariskan dalam Akta Tubuh SKM secara umum ialah merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian objektif sosioekonomi negara, menggalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mapan dan mengekalkan keyakinan dalam pergerakan koperasi.

Bagi mencapai matlamat yang digariskan di atas, SKM mempunyai fungsi seperti menggalakkan serta mengelakkan kestabilan sektor koperasi, bertanggungjawab dalam memantau, menyelia dan mengawal selia koperasi dan sektor koperasi, menggalak dan mempromosi pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur, memelihara nilai dan prinsip koperasi, mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi menjalankan aktivitinya, mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi, bertindak sebagai pemegang amanah dan untuk menguruskan apa-apa skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk koperasi, menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berhubungan dengan koperasi dan sektor koperasi dan menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.

Bagi memastikan kepentingan anggota dan gerakan koperasi terpelihara maka SKM akan memastikan perkara-perkara seperti memastikan kedudukan kewangan dan operasi koperasi kukuh dan selamat. Pengawalseliaan dan program-program pembangunan secara berbeza akan diamalkan ke atas sektor koperasi mengikut kluster seperti besar, sederhana, kecil dan mikro. Koperasi berisiko tinggi yang pada amnya meliputi koperasi kredit dan koperasi saiz besar akan dikawal selia dengan lebih ketat dan rapi. Membuat peraturan-peraturan berhemat seperti keperluan modal minimum, tahap minimum mudah tunai dan peraturan-peraturan lain bagi mengawasi aktiviti pemberian pinjaman, aktiviti pengambilan deposit, pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi dan sebagainya akan dikenakan ke atas koperasi-koperasi berisiko tinggi ini. Penyeliaan seragam semua jenis koperasi dari segi pembangunan yang seimbang dalam semua sektor koperasi, memperoleh kemudahan pembiayaan yang sama dan meningkatkan rantaian nilai dalam aktiviti perniagaan koperasi.

Memastikan kestabilan dalam sektor koperasi. SKM bertanggungjawab mengekalkan kestabilan dalam sektor koperasi untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi kepada anggota tidak terganggu dan kepentingan anggota tidak tergugat. Ketidakstabilan timbul apabila koperasi mengalami masalah mudah tunai. Kumpulan Wang Likuiditi Pusat (CLF) - kemudahan mudah tunai kepada koperasi. Di bawah kaedah ini, koperasi tertentu seperti koperasi kredit dan koperasi bersaiz besar akan mencarum (bergantung kepada saiz liabiliti yang layak) ke dalam CLF. Koperasi yang mempunyai masalah kecairan boleh meminjam daripada CLF dengan syarat dan peraturan yang akan ditentukan oleh SKM. Risiko kredit bagi pinjaman mudah tunai ini akan ditanggungjawab oleh SKM. SKM akan melantik ejen, termasuk koperasi tertentu, jika sesuai, yang berkebolehan untuk menguruskan dana ini bagi pihaknya.

Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk koperasi menjalankan aktiviti. SKM bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk memudahkan koperasi memainkan peranan dengan lebih aktif. Ini termasuk memperluaskan akses kepada pembiayaan oleh koperasi yang memerlukan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan dan aktiviti mereka. Lebihan dana semua koperasi didepositkan kepada Akaun Deposit Koperasi (CDA).

Semua koperasi akan diwajibkan supaya mendeposit lebihan dana mereka yang tidak digunakan ke dalam Akaun Deposit Koperasi (Co-operative Deposit Account – CDA). Ia adalah satu kaedah di mana lebihan dana dalam sektor koperasi akan digembleng dan kemudiannya digunakan untuk membiayai pinjaman kepada koperasi-koperasi yang memerlukan dana untuk mengembangkan aktiviti perniagaan. Mewujudkan sistem pasaran kewangan tersendiri dan kukuh bagi sektor koperasi, sebagaimana pasaran kewangan yang terdapat dalam sektor perbankan.

SKM akan melantik ejen, termasuk koperasi tertentu yang layak untuk menguruskan CDA. Terma pinjaman dan risiko kredit akan ditanggung oleh pihak yang membuat pinjaman tersebut. Pulangan deposit tersebut akan dicarum semula dalam akaun tersebut sebagai pelaburan dan untuk tabung pinjaman. SKM akan menyusun dan mengatur operasi CDA supaya ketelusan pengurusan akaun ini dapat memberi manfaat kepada pemegang akaun tersebut.

Memastikan pembangunan sektor koperasi yang terancang dan mapan. Mempunyai dasar dan strategi pelaksanaan seperti yang telah diterangkan. SKM juga diberi kuasa di bawah Seksyen 43(2)&(3) – untuk membuat verification ke atas seseorang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang telah dipilih oleh mesyuarat agung tahunan ialah untuk memastikan sama ada beliau layak dan sesuai memegang jawatan itu dan kuasa ini bertujuan untuk menjaga kepentingan anggota, supaya pemimpin koperasi adalah dari kalangan mereka yang benar-benar jujur dan berintergriti tinggi.

SOALAN : Apakah rancangan pihak SKM untuk memajukan gerakan koperasi serta koperator di negara kita ini?

DATO’ MANGSOR SAAD : SKM mempunyai pelan pembangunan koperasi sehingga 2013 yang mensasarkan pembangunan koperasi di mana koperasi menyumbang sebanyak lima peratus dalam KDNK dan menjana RM800,000 purata jualan tahunan atau 10,000 koperasi. Dari segi pengawalseliaan, pematuhan kepada peruntukan akta yang mana 90 peratus koperasi berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunan dan akaun koperasi diaudit manakala 70 peratus koperasi diadakan pemeriksaan audit wajar (DDE) yang mana 80 peratus koperasi berjaya memperoleh keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Dari segi keyakinan masyarakat didapati dalam setahun 4,200 permohonan untuk menjadi ahli yang mana 80 peratus rakyat dewasa menjadi anggota dan didapati 100 peratus sekolah menengah mempunyai koperasi.

SOALAN : Boleh Dato’ berikan kata-kata peransang kepada koperator-koperator di negara ini agar dapat memajukan koperasi.

DATO’ MANGSOR SAAD : Saya mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan koperasi di negara ini. Saya berpendapat koperasi di Malaysia juga boleh berjaya dan berperanan sebagaimana koperasi-koperasi berjaya di luar negara seperti di Eropah, Jepun, Sepanyol dan sebagainya. Saya tidak mempunyai apa-apa agenda peribadi, apa yang saya harapkan segala rancangan dan strategi yang saya atur dapat disambut baik oleh semua penggerak-penggerak koperasi dan kita sama-sama melaksanakannya demi bangsa, agama dan negara. Melihat kejayaan koperasi memberikan saya satu kepuasan dalam hidup saya nanti.

moga maklumat di kongsi bersama....
maju koperasi untuk negara...

Last edited by zack9199; 03-12-2008 at 07:20 PM..
Reply With Quote
  #18  
Old 03-12-2008, 07:53 PM
Jakethitam Jakethitam is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2008
Posts: 641
Poster Rank: #4918
Thanked 2 Times
Active Level
My Mood:
Default

no komen. amat bagusssssss
Reply With Quote
  #19  
Old 08-12-2008, 10:34 PM
sementeb sementeb is offline
Junior Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2008
Posts: 70
Poster Rank: #16628
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Dari pada SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
Koperasi yang berjaya memberi dividen melabihi 25 % OLEH PM MALAYSIA

1. KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD 175%
2. KOPERASI PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK BERHAD 100%
3. KOPERASI PERKERJA-PERKERJA STEVEDORING TAWAU BERHAD @ KOPESTA 93.47%
4. KOPERASI DOKTOR MALAYSIA BERHAD 70%
5. UNITED DEVELOPMENT COOPERATIVE SOCIETY LIMITED 70%
6. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN BERHAD 70%
7. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK BERHAD 50%
8. KOPERASI KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI MAKANAN SABAH BERHAD 50%
9. KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN BAN HIN LEE BANK BERHAD 50%
10. KOPERASI MERCU WARISAN MALAYSIA BERHAD 40%
11. KOPERASI GABUNGAN PEKEBUN KECIL PERAK BERHAD 30%
12. KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD 30%
13. KOPERASI POLIS TERENGGANU BERHAD 30%
14. KOPERASI RANCANGAN TANAH BELIAWANIS BUKIT SEGAMAT BERHAD 30%
15. KOPERASI PERUSAHAN TANAH SUNGGAI LUI NEGERI SEMBILAN BERHAD 30%
16. KOPERASI WANITA KEPALA BATAS BERHAD 30%
17. KOPERASI JAKOPEN BERHAD 30%
18. KOPERASI KOLEJ ISLAM SAINS TERENGGANU BERHAD 30%
19. KOPERASI PEGAWAI PEGAWAI TADBIR NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD 30%
20. KOPERASI BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD 20%
http://www.mecd.gov.my/index.php?opt...912&Itemid=160
Reply With Quote

moga tahun depan makin tinggi dia pun dividen untuk ahlinya......kalau dah untung
apa salah bagi lebih kat ahli nya....terus maju koperasi[/QUOTE]

weh,knp yang nombor 3 kat atas tu jadi kopesta pulak??
Reply With Quote
  #20  
Old 08-12-2008, 10:35 PM
sementeb sementeb is offline
Junior Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2008
Posts: 70
Poster Rank: #16628
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by sementeb View Post
Dari pada SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
Koperasi yang berjaya memberi dividen melabihi 25 % OLEH PM MALAYSIA

1. KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD 175%
2. KOPERASI PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK BERHAD 100%
3. KOPERASI PERKERJA-PERKERJA STEVEDORING TAWAU BERHAD @ KOPESTA 93.47%
4. KOPERASI DOKTOR MALAYSIA BERHAD 70%
5. UNITED DEVELOPMENT COOPERATIVE SOCIETY LIMITED 70%
6. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN BERHAD 70%
7. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK BERHAD 50%
8. KOPERASI KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI MAKANAN SABAH BERHAD 50%
9. KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN BAN HIN LEE BANK BERHAD 50%
10. KOPERASI MERCU WARISAN MALAYSIA BERHAD 40%
11. KOPERASI GABUNGAN PEKEBUN KECIL PERAK BERHAD 30%
12. KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD 30%
13. KOPERASI POLIS TERENGGANU BERHAD 30%
14. KOPERASI RANCANGAN TANAH BELIAWANIS BUKIT SEGAMAT BERHAD 30%
15. KOPERASI PERUSAHAN TANAH SUNGGAI LUI NEGERI SEMBILAN BERHAD 30%
16. KOPERASI WANITA KEPALA BATAS BERHAD 30%
17. KOPERASI JAKOPEN BERHAD 30%
18. KOPERASI KOLEJ ISLAM SAINS TERENGGANU BERHAD 30%
19. KOPERASI PEGAWAI PEGAWAI TADBIR NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD 30%
20. KOPERASI BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD 20%
http://www.mecd.gov.my/index.php?opt...912&Itemid=160
Reply With Quote

moga tahun depan makin tinggi dia pun dividen untuk ahlinya......kalau dah untung
apa salah bagi lebih kat ahli nya....terus maju koperasi
weh,knp yang nombor 3 kat atas tu jadi kopesta pulak??[/QUOTE]

knp jadi kopesta pulak tu???nombor 3 tu
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 01:26 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE