HANYA minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. – Gambar hiasan
HANYA minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. - Gambar hiasan
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.
Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia.name.my.
update dari respon otai2 yang dah guna minyak masak sebagai minyak engin
Results :
[B]1) Mula-2 masuk, keta aku lembap skit pick-up.[/b]
2) Enjin bunyi senyap.
3) Pagi-2 start senang+smooth jer condition.
4) Journey semalam, enjin very-2 smooth (Km keta +/- dah 900Km), setakat 120-140km senang-2 jer... dgn muatan dlm keta 4 org dewasa & 1 anak aku 3 tahun plus barang dlm bonet belakang penuh barang (keropok etc...)
5) Pick-up dah ok...
6. Yang paling penting adalah ..... jimat duit....
Quote:
Originally Posted by wazir
ada beberapa mitos org yang 'pandai' terhadap minyak sawit ni.
1. minyak beku - aku taruk lam peti ais kasi experimen 2 hari, tak beku pun...minyak sapi beku la.
2. cepat jadi karbon hitam - memang la hitam kalau buat goreng ikan, goreng pisang, keropok lekor dll..carbon hitam tu dtg dari makanan tu sendiri, bukan minyak sawit tu tukar jadi karbon..dalam enjin kita bukan goreng benda makanan yg berkarbon..tu sebab ada kes minyak sawit masih kuning walaupun dah lama guna
3. tak tahan panas mcm engine oil - sorry la. aku cek flash point minyak sawit ni lebih tinggi dari minyak enjin mineral kat kedai2 tu. flash point minyak sawit ni lebih tinggi atau sama dengan sintetik oil.
4. takut meletop - apa pasal nak meletop pulak? tang mana penggunaan minyak enjin boleh bawak meletop? teruk teruk pun minyak enjin tak berfungsi, enjin akan jadi panas je, tapi kita boleh tengok kat meter temperature tu sebelum overheating.
oklah cuma minyak sawit ni tak optimum dari segi kelikatan dia, bahan detergent dan boleh makan gasket..tapi tu semua boleh modify secara kreatif.
nasihat pada org kita..jgn jumudkan fikiran dan jgn telan bulat2 iklan2 syarikat2 yg bermodalkan kapitalis untuk melakukan produk minyak enjin mereka..tapi terpulanglah kalau nak guna ke tak, hak memasing.
Quote:
Originally Posted by ExAvantz
aku tukar setiap 5k km...
sekarang dah 20,000 km ++... maknanya dah 4 kali tukar...
speed maintain 240kmh...
__________________
BERBANGGALAH DENGAN BAHASA MELAYU KITA
....AKU AMAT BERHARAP SUPAYA ISRAEL HAPUS DARI DUNIA....
DAULAT TUANKU
Last edited by yustaiping2; 21-05-2009 at 09:35 AM.
__________________ *~ Stokis Kolestrum Alpha Lipid™ Lifeline™ Sg. Buloh & Petaling Jaya ~* Ingin Order/ Menjadi Stokis / Pengedar di seluruh Malaysia [Ebistari Resources - Fairuz 0126409897]
Etiqa Takaful - Simpanan + Perlindungan + Mudharabah(Keuntungan). Cabang Muamalat Islam yang saling menjamin, menjaga dan memelihara sesama peserta berasaskan konsep Tabarru'
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE